Wednesday, July 24, 2019

Tempat Makan dan Tarikan Menarik di Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku berkesempatan berkunjung ke negeri Pulau Pinang. Lama sudah aku tidak berkunjung ke sana, teringat detik-detik masa belajar di Matrikulasi Pulau Pinang satu ketika dahulu. Tak banyak tempat dapat aku jejak kerana kekangan masa. Apa yang aku boleh katakan, korang WAJIB bawa student card sekiranya berkunjung ke negeri Pulau Pinang nie sebabnya banyak tempat menawarkan harga istimewa buat pelajar. Ikuti butirannya !


GHOST MUSEUM

Ini bukanlah kunjungan pertama aku ke Pulau Pinang. Tapi ini merupakan kali pertama aku masuk ke dalam muzium hantu ini. Selalu nampak dan lalu je. Tak terasa nak masuk. Tapi lawatan aku beberapa hari lalu, aku penasaran untuk tahu apa yang terdapat dalam muzium ini, makanya aku singgah.



Di dalam muzium hantu ini terdapat banyak hantu-hantu daripada seluruh negara, tapi kebanyakkannya hantu-hantu yang terdapat di Asia sahaja. Terdapat penerangan dan cerita di sebalik kewujudan hantu-hantu tersebut. Agak menarik mengetahui kisah bagaimana hantu-hantu ini terhasil dan cara mereka menghantui penduduk bumi.


Lebih menarik lagi, pengunjung boleh mengenakan busana-busana hantu yang disediakan di sini untuk bergambar. Yer, korang boleh jadi hantu apa sekalipon terserah. Nak jadi pontianak ke, nak jadi hantu cina ke, nak jadi mumia ke, semua boleh. Hampir semua costume hantu disediakan buat pengunjung. Bolehlah korang melaram busana hantu nanti. Hihi


GHOST MUSEUM
57 Lebuh Melayu, 10300 Georgetown, Pulau Pinang

Waktu Operasi : 10.00 AM - 7.00 PM (Setiap hari)
Tel : 04 - 261 2352

Harga Tiket : 
Dewasa : RM 18.00 | Kanak-kanak : RM 10.00 | Student Card : RM 10.00

MAGIC WORLD

Magic World merupakan sebuah lokasi yang menempatkan pelbagai trik magik dan ilusi mata. Pengunjung yang datang ke sini pasti terpukau dengan ilusi mata yang terdapat di sini. Ianya merupakan salah satu tempat yang sangat instagrammable tau. Pengunjung boleh bergambar dan pasti kelihatan sangat cool untuk dimuatnaik ke dalam Instagram.



Ouh ya, setiap spot yang terdapat di sini terdapatnya contoh gambar dan arahan bagaimana nak menghasilkan gambar yang terbaik. Tapi kalau tak berapa faham juga, tidak mengapa kerana staf-staf di sini sangat mesra dan sangat membantu. Mereka boleh terangkan dan boleh tolong ambilkan gambar sekali.



Jadi kalau korang berkunjung seorang diri ke sini, tidak mengapa. Boleh minta tolong staf tolong ambilkan gambar. Ouh ya, juga terdapat magic show pada waktu yang telah ditetapkan. Jadi boleh datang ketika dekat-dekat waktu magic show (12PM, 2.30PM, 5PM). Banyak trik-trik magic korang boleh saksikan dan ketahui bagaimana ahli magik melakukan trik magik-magik tersebut.


MAGIC WORLD
193 Lebuh Victoria, 10300 Georgetown Penang

Waktu operasi : 10.00 AM - 7.00 PM (Setiap hari termasuk cuti umum)
Tel : 04 - 263 3193

Harga tiket masuk (Warganegara)
Dewasa : RM 18.00 | Kanak-kanak : RM 12.00

ICE CAFE


Ice Cafe ini satu ketika dahulu pernah tular di media sosial ketika pembukaannya. Ia merupakan sebuah kafe yang menawarkan pengalaman yang unik dan berbeza dan tidak dapat di kafe yang lain. Pengunjung berpeluang menikmati hidangan-hidangan pencuci mulut di dalam kafe yang bersuhu bawah 10c ini. Sejuk !


Aku telah menikmati milkshake caramel yang sejuk ini di dalam kafe yang sudah sedia ada sejuk. Boleh bayangkan tak betapa sejuknya aku rasa ? Hahahaha. Milkshake tu agak manis ya, jadi buat mereka yang tak berapa gemar makan manis, boleh minta untuk kurangkan manis dalam minuman dan dessert yang ditempah.


ICE CAFE
193 Lebuh Victoria, 10300 Georgetown Penang
(Bersebelahan dengan Magic World)

Waktu operasi : 10.30 AM - 10.00 PM (Setiap hari termasuk cuti umum)
Tel : 04 - 263 3193

Ais Tingkap @ Ais Sarbat


Ini merupakan kali pertama aku mencuba Ais Tingkap atau juga dikenali sebagai Ais Sarbat. Rasanya sangat unik dan tak dapat nak diterangkan menggunakan kata-kata. Apa yang aku boleh kata, rasa dia manis-manis kelapa dan sedap.


Ais Sarbat ini merupakan campuran biji selasih, air kelapa, isi kelapa, jelly dan air herba. Rasanya sangat-sangat sedap ! Tambah-tambah kalau menikmati air ini tika terik mentari, sangat umphhh ! Ais Sarbat ini sudah menapak sejak tahun 1928 lagi dan ais sarbat ini berfungsi untuk menyejukkan badan. Sangat segar bila pekena air nie.


Terdapat juga air-air lain yang dijual di sini tapi ramai yang singgah sini untuk menikmati ais tingkap @ ais sarbat mereka yang istimewa itu. Kalau korang datang ke sini, jangan lupa cuba tau !


AIS SARBAT @ AIS TINGKAP
2 Lebuh Tamil, 10100 Georgetown, Pulau Pinang.

Waktu operasi : 11 AM - 7 PM (Setiap hari)
Harga : RM 2.50 (Minum), RM 3.00 (Bungkus)

JERUK MADU PAK ALI


Kalau sudah datang ke Pulau Pinang, pasti tidak sah kalau tak membawa pulang Jeruk Madu Pak Ali sebagai buah tangan untuk kawan-kawan dan sanak-saudara. Jeruk Madu Pak Ali sangat terkenal di seluruh Pulau Pinang. Terdapat banyak cawangan Jeruk Madu Pak Ali di sekitar Pulau Pinang. Jadi pengunjung boleh pergi ke salah satu cawangannya.


Terdapat banyak jeruk buah yang dijual di sini. Rambang mata dibuatnya. Harganya pula sangat berpatutan. Aku nasihatkan supaya beli Jeruk Madu Pak Ali nie di kedainya sendiri daripada beli di kedai-kedai tepi jalan sebab harganya mungkin berbeza. Lokasi kedai yang aku pergi nie berada betul-betul di sebelah gerai Ais Sarbat tu.

HOP-ON HOP-OFF PENANG CITY TOUR


Salah satu tarikan yang pengunjung boleh nikmati di Pulau Pinang ialah perkhidmatan bas Hop-On Hop-Off mengelilingi bandaraya Pulau Pinang. Bas HOHO ini mempunyai dua route, satu mengelilingi bandaraya Pulau Pinang dan satu lagi ke Bukit Bendera dan juga Kek Lok Si Temple. Pengunjung juga boleh memilih untuk ambil kedua-dua route ini dalam satu pakej dengan harga yang sangat berpatutan.


Oleh kerana kekangan masa, kami memilih route yang mengelilingi bandaraya Penang sahaja. Terdapat 11 pit stop yang akan dilalui oleh pengunjung yang mengambil perkhidmatan bas HOHO ini, dan pengunjung boleh memilih untuk berhenti di mana-mana pit stop yang mereka mahukan. Bagi melengkapkan kesemua 11 pit stop, pengujung boleh ambil bas HOHO yang seterusnya.


BAS HOP-ON HOP-OFF PENANG CITY TOUR
Starting point : Chowrasta

Harga tiket : RM 25.00
Waktu operasi : 10.00 AM - 12.00 PM & 2.00 PM - 4.00 PM (Isnin sehingga Khamis)

Sebarang tempahan boleh rujuk laman sesawang berikut : http://www.myhoponhopoff.com/tours/shop/


DEEN'S MAJU NASI KANDAR


Aku nie bukanlah peminat nasi kandar secara jujurnya, tapi Deen's Maju Nasi Kandar nie seriously sedap. Dan kalau korang nak datang ke sini, kena bersabar sikitlah sebabnya kena beratur panjang. Punyalah ramai yang menggemari Nasi Kandar Deen's Maju nie. Tempahan Grab Food pon banyak kot. Hebat !


Parking juga agak limited dan sekiranya pengunjung parking di tempat yang tak sepatutnya, akan ada polis trafik mengarahkan untuk alihkan kenderaan. Kalau dah suruh alihkan kenderaan tu, cepat-cepatlah alihkan sebelum kena saman. Jadinya kalau nak makan dengan tenang dan aman di sini, parking lah kereta di tempat yang sepatutnya. Hihi



Taste wise, apa yang aku boleh cakap ianya sedap berbanding kedai-kedai nasi kandar yang aku pernah cuba sebelum nie. Pertama kali aku cuba makan telur sotong ya dan rasanya agak sedap. Selama hari ini kalau aku masak sotong, aku buang segala isi dalam tu. Hahahaha


Sangat disarankan untuk singgah makan tapi kena bersabar sikit. Pelayan mereka pon agak sibuk dan kelam-kabut, jadinya kalau tak dilayan tu, janganlah marah. Fahamilah situasi mereka. Gitueee !

DEEN'S MAJU NASI KANDAR
170 Jalan Gurdwara, 10300 Georgetown, Pulau Pinang

Waktu operasi : 2.30 PM - 12.00 AM (Setiap hari)

RESTAURANT D'DAPOR


Restoran seterusnya ialah restoran D'Dapor yang terletak di Lebuh Union Georgetown. Restoran ini menawarkan pelbagai menu tradisional klasik masyarakat Melayu. Bahkan tatarias dalaman restoran ini bercirikan Melayu klasik. Dinding-dindingnya berhiaskan lukisan-lukisan daripada filem P. Ramlee dan terdapatnya perkakas rumah yang antik dijadikan hiasan di restoran ini.



Kami telah singgah makan malam di sini dan apa yang aku boleh katakan ialah semua hidangan yang disajikan sedap-sedap belaka. Menu-menu makanan laut yang disajikan juga sangat segar. Dari segi rasa, semuanya sempurna !



D'DAPOR RESTAURANT
7 Lebuh Union, 10200 Georgetown, Pulau Pinang

Waktu operasi : 11.00 AM - 10.00 PM (Setiap hari)
Tel : 04 - 262 9323

Laman sesawang Facebook : https://www.facebook.com/ddaporexpress/

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat menarik dan tempat makan best di sekitar Penang nie tapi ketika kunjungan aku ke sana baru-baru ini, ini sahaja yang sempat aku lawat. InsyaAllah akan datang semula ke Penang nanti. Kalau korang ada cadangan tempat menarik yang perlu dilawati di Penang nie, boleh usulkan di ruangan komen di bawah.

18 comments:

  1. Setiap kali pergi ke utara untuk meeting confirm akan singgah ke kedai Jeruk Madu Pak Ali...biasanya akan minta ex cikgu kat Kulim untuk pesankan tempahan yang saya nak beli. nanti akan singgah ke kedai jeruk madu Pak Ali untuk ambil tempahan yang telah saya buat sebelum pecut ke airport penang untuk balik KK. Nice sharing tuan.

    ReplyDelete
  2. wah..nanti pergi sana boleh la singgah pula. Dulu pergi tak singgah pun semua temoat ni sebab ramai orang...kesian kat anak2 nak kena beratur panjang. Al maklumlah cuti sekolah. Untungla siapa ada sudent card tu...nak belajar balik la macam ni.hahaha

    ReplyDelete
  3. Kalau mai utagha , tak pekena nasi kandaq tak sah kan. hehe. Sempoi punya. hehe. maaf tertulis dalam loghat utagha pulak. Kena lajak mai kedah sama. baru A. :)

    ReplyDelete
  4. datang pulau pinang kalutak bawak balik jeruk madu pak ali memang tak sah. menarik betul zharif tempat-tempat makan best sekitar area penang ni. dah lama tak datang jalan-jalan sini. makin banyak tempat best boleh datang lawat.

    ReplyDelete
  5. Lama tak pergi Pulau Pinang teringin nak pergi gost musuem tu... suka bergambar dekat situ. makanan dekat Pulau Pinag memeng superb awesome! tq Zharif kongsi info.

    ReplyDelete
  6. deyyyyyyyyyyyyyyy.. salah tengok entri aa.. tengah malam nampak nasi kandar, pedih hati.. hahahaha~ pape pun Penang memang best.. syurga makanan dan sejarah..

    ReplyDelete
  7. ya ampun zharifff semua makanan kat sini sedap-sedap..ice cafe tu cantiknya...tapi orang kat akalau turun penang wajib pekena nasi kandaq..kalau tak memang rugi hoiii hahahah

    ReplyDelete
  8. Jeruk Madu Pak Ali kat KL pun dan ada hehehehe tapi banyak tempat menarik ini ker percutian awak dengan team sado tu hehehe bestnya dapat pergi banyak tempat untung lah....

    ReplyDelete
  9. Terbaik lah. Kena bookmark sesiap ni. Nanti nak g penang boleh la refer balik. Thanks for sharing!

    ReplyDelete
  10. TQ sharing entry yg sangat informative ni. Memang boleh di jadikan rujukan lagi lagi cuti sekolah dah dekat ni.

    Banyak tempat menarik dan tempat makan sedap kat Penang rupanya.

    TQ, sharing yg bermanfaat..👍👍

    ReplyDelete
  11. Selalu jugak ke penang tapi belum naik hop on hop off dia lagi. Asyik missed je. Nanti nak ke tempat2 yang zharif share ni lah

    ReplyDelete
  12. best giler semua tempat dia..hantu museum, triclk museum..uish nak pergi la nnti..naik bas lagi..seronokla tengok..enjoy ni

    ReplyDelete
  13. Wah Jeruk Pak Ali tersenarai! Dan muzium hantu tu menarik sebab selama ni masuk rumah hantu je. Hehe. Banyaknya tempat menarik kat Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  14. Pineng ni terkenal dengan keunikkan tempatnya kan..
    tapi tak tahu celah mana..
    yang tahu bukit bendera.. terkenal dengan nasi kandar..
    jeruk pak ali tu.. hihi
    akk belum pernah pusing pineng.
    pernah sampai balik pulau je.
    itu pun sebab adik sepupu suami kawen dengan orang sana.. hehehe

    ReplyDelete
  15. Amboi sedapnya makanan die. Penang mmg syurga makanan! Air sarbat tu mcm menarik. hehehe. Btw kenapa baru tahu banyak tmpt menarik kt penang. huishh

    ReplyDelete
  16. kat penang memang banyak tempat best kan..boleh masuk wishlist ni jalan-jalan bawa anak cuti sekolah nanti..ghost museum tu tak sampai lagi..

    ReplyDelete
  17. Thanks for this! Will be very helpful when I visit Penang again someday with my family. It has been many years since I visited Penang.

    ReplyDelete
  18. Nak pergi Pulau Pinang juga ni heheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...