Tuesday, July 30, 2019

Cawangan Starbucks Signing Store Menyambut Ulangtahun ke-3

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pejam celi pejam celik, dah masuk ulangtahun ketiga pembukaan Starbucks Signing Store di Bangsar Village II. Rasa macam baru semalam pergi ke pelancaran pembukaan Starbucks Signing Store nie. Starbucks Signing Store merupakan cawangan Starbucks pertama di dunia yang menggunakan bahasa isyarat secara khusus. Ikuti butirannya !


Sangat menarik ketika kunjungan aku ke cawangan Starbucks Signing Store nie kerana segala tempahan dibuat menggunakan bahasa isyarat. Majoriti barista dan staff di cawangan Starbucks Signing Store di sini terdiri daripada mereka yang mengalami kurang pendengaran dan juga bisu. Jadinya, pengunjung secara tak langsung dapat belajar order air dan makanan dalam bahasa isyarat. Sangat menarik !



Tidak perlu risau, pengunjung akan dibantu oleh staf di situ juga untuk menggunakan bahasa isyarat. Banyak bahasa isyarat yang aku belajar ketika kunjungan aku ke situ tempoh hari. Bangga untuk aku katakan, sekarang aku dah tahu bahasa isyarat asas untuk order air Starbucks. Kalau korang nak aku ajar, boleh je asalkan belanja aku satu Frappucino Tall Mocha Praline with Cream on top. Tu je. Uhuks 😋

Pengunjung akan dibantu oleh pakar bahasa isyarat untuk order air dan makanan di sini

Berkat menghafal beberapa perkataan asas bahasa isyarat, kami menang merchandise daripada Starbucks

CUBAAN UNTUK ORDER AIR MENGGUNAKAN BAHASA ISYARAT


Cawangan Starbucks Signing Store ini juga sangat bagus diwujudkan kerana memberi peluang kepada mereka yang kurang pendengaran dan bisu untuk bekerjaya dan memiliki pekerjaan yang tetap. Mereka mungkin tidak sesempurna kita dan kurang dari beberapa sudut tapi orang-orang sebegini bukanlah tiada harapan untuk berjaya, cuma kita tidak memberi peluang dan ruang untuk mereka tonjolkan bakat dan kelebihan mereka. Dengan adanya konsep store seperti ini, sekaligus kita membuka peluang untuk mereka menceburi bidang yang mereka minat. Pihak Starbucks bercadang untuk membuka satu lagi Signing Store di Penang pada hujung tahun ini.

Tahniah buat kalian bertiga, sangat hebat !

Bersempena ulangtahun ke-3 Signing Store Starbucks ini, pihak Starbucks menganugerahkan gelaran dan sijil "Advanced Coffee Masters" kepada 3 barista nya, yang juga merupakan golongan yang kurang pendengaran dan bisu. Sangat bangga dan tabik dengan semangat dan keccekalan mereka. Mereka kini mempunyai kepakaran dalam teknik penyediaan "Pour Over Brewing" di Starbucks ini. Tahniah buat kalian bertiga di atas pencapaian yang sangat hebat ini.

Barista mengajar teknik Pour Over Brewing Method

Pour Over Brewing Method demonstration

Pour Over Brewing method ini boleh dinikmati bermula 25 July 2019 di Starbucks Signing Store, Bangsar Village II. Jangan lupa dapatkan penyediaan kopi istimewa ini !

13 comments:

  1. Wah bagusnya starbucks ni, bukak peluang pekerjaan kepada mereka yang kurang upaya dalam pertuturan dan pendengaran

    https://tarotthefool.blogspot.com/2019/07/lunch-at-cafe-hipster-red-card-bandar.html

    ReplyDelete
  2. Peluang pekerjaan kat golongan macam ni kurang jadi usaha Starbucks ni dipuji. Akak ada belajar juga bahasa isyarat ni tapi mengeja. Boleh la sikit2. Kalau nak berkomunikasi dengan bahasa isyarat la tak pun tunjuk je menu apa kita nak...

    ReplyDelete
  3. Bagus betul dieorang ada ilmu pasal sign language ni. Selalu je Fadzi tengok orang kurang upaya jenis bisu dan pekak ni dekat area Fadzi. Kalau nak berkomilunikasi dengan orang, dieorang akan keluarkan buku nota dan pen. Kalau semua kedai buat macam Starbucks, lebih mudah dieorang nak berkomunikasi. Tak payah guna notebook dan pen lg

    ReplyDelete
  4. Wah... Tahniah Starbucks! Bagusnya inisiatif Starbucks memberi peluang dan ruang pada golongan kurang upaya pendengaran dan kurang pertuturan ini. Patut dicontohi oleh company lain juga.

    ReplyDelete
  5. Bila ada peluang untuk orang kelainan upaya ini na bersaing dalam dunia pekerjaan rasa sekarang dah makin mudah kerana ada peluang seperti yang di adakan oleh Starbuck ni. Bagus dan kita sebagai orang biasa pun boleh belajar juga nak menggunakan bahasa isyarat lepas ni...

    ReplyDelete
  6. Baguslah ada peluang bagi masyarakat OKU pendengaran untuk bekerja. Usaha yg baik dr Starbuck. Patotlah nampak kamu order guna bahasa isyarat.

    ReplyDelete
  7. bgus starbucks ambil pekerja kurang upaya ni..kita juga boleh beljr menggunakan bahasa isyarat..suka tengok..tapi kalau tak pahamjuga tunjjuk menu je kan..hehee..

    ReplyDelete
  8. Bahasa isyarat ni best belajar. Cuma kena ambil masa sedikit. Hehehe. Tahniah Zharif menang merchandise Starbucks. Hehehe

    ReplyDelete
  9. wah baru tahu ada starbuck versi macam ni. sangat2 bagus usaha starbuck ni, semoga mereka yang kurang upaya tidak rasa tersisih dan dapat mencari rezeki yang halal dan berkat. tahniah starbuck!

    ReplyDelete
  10. teringin je sebenarnya nak belajar sign language ni. rasany kat penang pun nanti dah ada starbucks yang gunakan sign language gak. tak sabar plak. dah starbucks memang my favorite.

    ReplyDelete
  11. bagus belajar sign ni akak pun belajar jugak sign dengan team signon ...nanti boleh search kat fb

    ReplyDelete
  12. Teringat branch KFC di Tanjung Aru Sabah yang semua staff mereka adalah pemegang kad OKU. Semua hanya menggunakan bahasa isyarat..terbaiklah la kan kompani yang begini bukan diskriminasi atau mempergunakan tapi sebagai medium memberi peluang dan keyakinan diri untuk maju bersama dengan orang lain. Terbaiklah tuan

    ReplyDelete
  13. Kat Kuching ada satu cawangan KFC yang mengambil pekerja kelainan upaya yang mana semua orang kena berkomunikasi dengan bahasa isyarat untuk order makanan.

    Good job Starbucks

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...