Monday, May 12, 2025

Pengalaman Menjadi Pensyarah Sambilan Sepenuh Masa di Fakulti Pendidikan UiTM Puncak Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kembali semula aku dalam dunia penulisan setelah meninggalkan blog ini bersawang untuk beberapa bulan. Banyak cerita hendak diceritakan tapi masa untuk menaip dan menyiapkan tu tak ada. Semua tergantung je dalam draft. Menulis entri personal ambil banyak masa untuk disiapkan and i dont have the luxury of time at the moment. Jadi maafkan saya sebab dah lama tidak menulis cerita-cerita peribadi dalam blog nie.


Apa yang membuatkan aku kembali menulis sebab beberapa hari yang lalu, i was stumbled upon my student's instagram profile. Dalam hati aku, eh dia nie macam student aku. Scroll punya scroll. Sah! Memang student aku. Mengajar semasa musim pandemik, jadinya aku tak berapa cam sangat muka students. Cuma cam beberapa muka yang significant. Significant sebab mungkin dorang banyak tanya kot sewaktu aku mengajar, jadi aku ingat muka dorang. Or mungkin assignment dorang bagus, so aku akan ingat. 

Biasanya memang aku akan abadikan kenangan aku bekerja dalam blog nie untuk dijadikan kenangan di masa hadapan. Nie sudah di masa hadapan, tapi ceritanya tak tertulis-tulis lagi. Sekali lagi, maafkan saya. So kali nie, aku nak berceritakan pengalaman aku menjadi seorang pensyarah di UiTM ketika musim pandemik iaitu pada tahun 2020 sehingga 2021. Tak panjang jodoh aku dengan UiTM due to unforeseen circumstances. Kejap lagi aku perincikan okay ?

Sebelum kita mula, mari aku cerita dari sewaktu aku interview dan macam mana prosesnya sebelum aku dapat tawaran.


Aku ingat lagi, aku isi form tawaran kerja nie sangat last minute. Malam tu last untuk submit permohonan. Dahlah masa tu aku tengah bercamping dalam hutan. Setelah beberapa bulan ber-PKP, kerajaan mansuhkan sekejap perintah berkurung. Tu yang pergi bercamping tu. Gigihlah buka laptop tengah-tengah hutan isi borang. Mujur bawa laptop dan mujur line internet okay dekat situ. At that time, aku memang desperate gila nak bekerja sebab dah lama sangat aku menganggur. Mana tidaknya, ngam-ngam aku habis belajar Master, sebulan kemudian terus PKP. 

Aku submit permohonan tu dalam bulan July dan sebulan kemudian macam tu, aku dapat call dan email untuk temuduga dekat Fakulti Pendidikan UiTM Puncak Alam. Weyhhh masa nie gembira sangat. Temuduga je baru, belum lagi dapat kerja. Sangat nervous sebab agak ramai candidates yang hadir untuk temuduga. Less than 20 candidates lah tapi.


Makanya pada hari kejadian, aku pon bertolaklah menuju ke UiTM Puncak Alam. Masa nie surat-surat merentas daerah diperlukan jadinya memang kena bawa segala jadah surat unntuk elak daripada kena saman. Aku agak nervous sebabnya aku tak tahu macam mana sesi temuduga tu nanti. Yang pasti, masa dapat call untuk dipanggil inteview tu, pegawai tu suruh sediakan bahan mengajar.

Jadinya aku gunalah slide presentation assignment masa aku belajar Master dulu. Kebetulan slide presentation tu, aku sorang yang buat dan aku sorang yang present sebab groupmates aku drop the course. Jadinya aku agak pakarlah dalam topic tu. Topik yang aku ketengahkan untuk mengajar di depan panel ialah Maslow's Theory of Needs.


Masa aku sampai Fakulti Pendidikan tu, ramailah yang dah menunggu dekat ruangan depan makmal yang menjadi lokasi interview tu. Majoriti candidates adalah perempuan dan semuanya merupakan graduan UIA. Means Degree dan Master dorang dekat UIA. Dorang semua mungkin sekelas atau satu batch ke macam mana sebab dorang macam satu geng lah. Aku dah mula merendah diri sebab kitonyo Degree dekat UPSI sajo. Tak lah hebat macam UIA. Ahaks.

Ouh ya, masa nie interview bukan sahaja untuk Education psychology, tapi untuk course TESL, Pendidikan Seni dan juga subjek-subjek Sains. Tapi majoriti candidates adalah untuk subjek Education Psychology.


Aku duduk dengan sorang candidate Edu Psych nie asalnya. Sebab yelah, aku sorang-sorang je dekat situ, jadinya dia join aku sebab dia pon tak ada geng. Lepastu ada candidates untuk kos Biology dan kos Pendidikan Seni join kitorang. Dua orang nie memang bekas pensyarah PTFT nie. Kiranya, dorang memang ada pengalaman sebelum nie. So dorang berdua bagilah tips-tips and bagi kata-kata semangat semua tu. Ironi nya, kitorang berempat nie yang akhirnya dapat jawatan tu. Geng-geng UIA yang duduk satu kelompok tu tak dapat pon.

Asalnya aku agak kurang berkeyakinan untuk dapat, yelah nak kena bersaing dengan candidates lepasan UIA. Tapi kalau dah tuhan kata itu rezeki kau, kau akan dapat. Alhamdulillah sangat.


Interview Stage

Panel ada 3 orang. Dekan fakulti, ketua jabatan untuk program education psychology and lagi sorang tu pensyarah educational psychology kalau tak silap. Tak ingat sangat apa jawatan dia tapi aku ingat ketiga-tiga nama panel nie sampai sekarang. Interview dalam English. Adalah campur-campur Bahasa Melayu sikit. Tapi mostly Berbahasa Inggeris.

Pensyarah-pensyarah yang interview aku nie banyak puji rupa aku lah. Kembang semangkuk sekejap. Siap tanya aku dah ada pasangan ke belum untuk dijodohkan dengan anak mereka. Lepastu dorang ada cakap juga, nie kalau aku dapat jadi pensyarah, takut pelajar tak fokus belajar. Hahahaha. Dorang bergurau-guraulah semasa sesi interview tu. Tak adalah serious sepanjang masa.

Antara soalan-soalan yang dorang tanya sepanjang interview session aku tu ialah mengenai diri aku dan my education background dan pengalaman mengajar aku. So aku bagitahulah sebelum aku sambung Master, aku mengajar dekat sekolah menengah agama swasta selama setahun. Lepastu terus dorang proceed suruh aku mengajar. Nervous weyhh masa nie.

So aku pon proceed mengajar Maslow's Theory of Needs tu. Sesi mengajar nie aku rasa sama je macam kau buat presentation dalam kelas time belajar. Cumanya kau kena terapkan macam mana nak bagi orang yang mendengar tu faham dan boleh hafal apa yang perlu diingat untuk sesuatu topi tu. 

So aku selitkan lah few tips macam mana nak ingat the theory dalam pengajaran aku. Gituhh.


Aku rasa inilah titik yang menjadikan aku dapat offer nie. I dont know for sure tapi aku yakin ini salah satu penyumbangnya sebab panel pensyarah tu puji aku selepas aku selesai mengajar topik nie pada dorang. Dorang kata baguslah aku bagi tips macam mana nak senang ingat theory tu. Tapi dorang tegur pasal word "Shit" tu supaya ditukar kepada student friendly word. HAHAHAHA.

Sebagai seorang pelajar Psychology, korang akan jumpa banyak gila theory. So memang susah nak ingat satu-persatu. Jadinya aku buatlah cara acronym macam nie untuk senang mengingat. Aku terapkan bagaimana aku nak mengingat sesuatu theory tu dalam pengajaran aku. Mungkin part nie yang buatkan aku terpilih. Kot ? I don't know for sure, tapi yeah, i got the position.

Offering Stage

Semester bermula bulan October. Interview bulan August, sampai hujung September pon tak ada khabar berita. Aku syak macam aku tak dapatlah position nie. Aku sudah berada di tahap redha dan tak mengharap.

Minggu terakhir sebelum semester bermula, aku dapat call dari Fakulti Pendidikan UiTM Puncak Alam. Hari Rabu tau masa tu, aku dapat call mengatakan aku dapat jawatan Pensyarah nie. Aku punyalah gembira and aku terus call my mom. Aku menangis gila-gila masa nie. My mom pon ikut menangis. Kau tahu betapa struggle nya aku nak cari kerja masa musim pandemik tahun 2020 nie. Aku dah lama gila menganggur dekat rumah. Dan yang bestnya tu, my first job selepas tamat pengajian Master aku adalah kerja yang memang aku idam-idamkan. Sebab aku memang aim nak jadi pensyarah dan aku dapat. Menangislah aku masa tu.


Rabu dapat call, Jumaat buat sesi persediaan dengan one of the lecturers, hari Isnin minggu depannya terus lapor diri dan mengajar. Kau rasa? Aku tak sempat nak digest apa-apa lagi. Memang betul-betul last minute. 

Keputusan last minute dorang nie atas faktor pengumuman daripada kerajaan yang mengenakan semula perintah berkurung. Dorang teragak-agak untuk offer lebih awal sebabnya takut pelajar tak jadi masuk kampus. Memang betul pelajar tak jadi masuk kampus tapi dorang perlukan juga few leturers masa tu. Dan rezeki aku, aku dapatlah penuhkan position kosong itu. 


Lapor diri dan sesi pengajaran

Sangat nervous ya sebab bukan sekadar lapor diri tapi aku kena terus mengajar. Aku tak tahu nak expect apa. Masih ragu-ragu, boleh ke aku mengajar budak-budak universiti nie. Kalau budak-budak sekolah tu bolehlah lagi aku gula-gulakan. Hahahaha. Ini budak universiti weyhh Mind you that i was still in my 20s masa nie so aku rasa macam aku nie pon umur-umur pelajar lagi tapi dah mengajar dorang pulak. Layak ke ? Kau faham tak rasa aku tu macam mana ?

Hari pertama lapor diri

Aku mengajar pelajar-pelajar Fakulti Pendidikan. Pelajar aku terdiri daripada pelajar jurusan Pendidikan Jasmani, Fizik, Kimia, Biologi dan TESL. Dalam banyak-banyak nie, kelompok Tesl yang aku sangat tak confident nak mengajar. Yelah, kitonyo English biasa-biasa saja. Nak ajar pulak dorang yang power English nie, tak confident ya. 

Alhamdulillah semua pelajar-pelajar aku baik-baik je. Tak tahulah sebabnya pengajaran online kan, jadinya aku tak bersua muka secara fizikal dengan dorang. Hanya dapat judge based on sesi Zoom je. Ini juga merupakan aku mengajar secara atas talian menggunakan zoom. Masa first day tu terkial-kial lah nak setting. Dah lah pakai yang free puya, jadi sesi cuma 30 minit lepastu mati. lepastu eentah macam mana entah. Aku dah macam bengong gila guna benda alah tu. 

ISNIN - Pelajar Kos Pendidikan Jasmani dan Fizik

SELASA - Pelajar Kos Fizik dan Bio

RABU - Pelajar Kos Mathematics (Pagi)

RABU - Pelajar Kos Mathematics dan Kimia (Petang)

KHAMIS - Pelajar Kos Mathematics dan Kimia

JUMAAT - Pelajar Kos TESL dan Kimia (Pagi)

JUMAAT - Pelajar Kos Mathematics (Petang)

Setiap kali ada sesi mengajar, dihujung waktu pengajaran kena screenshot untuk letak dalam report. So aku sajikan screenshots utuk minggu pertama kelas berlangsung. Jadi ak cam muka pelajar aku berdasarkan screenshot session nie lah. Yang mana tak pernah buka kamera langsung tu memang aku tak tahulah muka dorang macam mana.

Kehidupan di Puncak Alam Musim Pandemik

Walaupun jodoh aku tak lama bersama dengan UiTM, tapi aku siap menyewa bilik ya dekat sekitar Puncak Alam sepanjang bertugas di UiTM. Sedangkan tak wajib pon masuk office hari-hari. Pengajaran online boleh dilakukan dekat rumah je. Oleh kerana masa nie aku dah terperuk lama dekat rumah, jadinya rasa teruja bila dapat merentas daerah tu. 


Aku menyewa dekat perumahan di Bandar Saujana Utama. Murah je weyhh, rumah landed dua tingkat sewa satu bilik non sharing RM250 je. Aku tak rasa dapat harga macam tu zaman sekarang nie. Mungkin masa tu musim pandemik tak ramai orang, jadinya sewa bilik jadi murah.



Seronok sebab tak ramai orang tapi dalam masa yang sama, kehidupan dekat Puncak Alam sangat sunyi terutama sekali bila dah malam. Ibarat macam sebuah bandar yang mati. Lengang dan kosong je. Even dekat kampus memang sunyi sangat sebab students tak ada langsung. Memang mati betul kampus Puncak Alam masa tu. Tak ada orang. Kau nak baring atas jalan pon tak apa.





Kenapa Tak Sambung Mengajar ?

Okay, ini merupakan soalan paling banyak ditanya kepada aku. Kenapa tak sambung mengajar? 

Jawapannya adalah timing tak kena. Atau aku boleh simpulkan sebagai tak ada rezeki. Aku dapat mengajar ketika musim pandemik dan ketika itu perintah berkurung berbolak-balik. Sekejap buka, sekejap tutup. Dan ketika itu memang pelajar-pelajar tak masuk kampus even perintah berkurung dilonggarkan. Mode pembelajaran masih lagi secara online. Jadinya, boleh squeeze ramai pelajar dalam satu kelas.

Kalau fizikal kelas, setiap kelas ada limit bilangan pelajar sebab yelah, macam mana nak muatkan ramai pelajar kalau kelas tu bersaiz kecil melainkan kelas tu lokasinya di dewan kuliah. Bila boleh squeeze ramai pelajar dalam satu masa, so tak perlulah banyak-banyak pensyarah kontrak nie. Makanya, kontrak aku tidak disambung.


Menunggu juga untuk dipanggil semula lepas habis kontrak bulan February tu, tapi sedih, tidak dipanggil sehinggalah semester baru bermula. Semester seterusnya pon tidak dipanggil lagi. Masa nie memang aku duduk rumah je tau, tidak bekerja. Aku jadi penganggur semula hampir setahun sebelum aku dapat kerja baru. 

Habis kontrak February 2021, aku dapat kerja baru January 2022. Hampir setahun aku menganggur ya. Tapi aku setia menunggu masa tu. Even kerja baru aku masa tu pon status kontrak. Nak dijadikan cerita, aku convert kepada status pekerja tetap di company baru pada bulan October 2022. Dan dalam masa yang sama UiTM panggil aku semula untuk mengajar. 

Masa nie aku betul-betul dalam dilema. Sebab dapat tawaran yang sama. Jadi pekeja tetap dan juga jadi pensyarah semula di UiTM berstatus kontrak. Oleh kerana pada masa itu aku sudah mulai ada komitmen iaitu kereta, makanya aku tak boleh nak risikokan diri join semula UiTM sebab aku takut kontrak aku tak disambung lagi macam dulu. Jadinya aku putuskan untuk menolak tawaran menjadi pensyarah semula.


Semester berganti semester, UiTM tetap memanggil aku lagi. Malangnya aku dah tak boleh berpatah balik untuk menjadi pensyarah kontrak. Aku takut kontrak tidak disambung. Umur aku pula semakin meningkat dan aku nak mula bina hidup. Jadinya aku perlukan sesuatu yang pasti. At that point of time, gaji aku hampir 2 kali ganda lebih besar berbanding menjadi pensyarah di UiTM. Banyak benda aku kena pertimbangkan. Aku nak status atau aku nak kestabilan. Aku pilih kestabilan.

Tapi percayalah, aku berani untuk drop everything yang aku ada sekarang, untuk berpatah balik bersama UiTM sekiranya aku ditawarkan sebagai pensyarah tetap. But that's not how it works. Especially waktu-waktu sekarang nie. Aku perhatikan pattern nya, bila kau dah lama menjadi pensyarah kontrak di sana, barulah kau diserap sebagai pensyarah tetap. Jadi aku dah redha, jodoh aku bersama UiTM sampai di situ sahaja.

So dah jelas erk ?

Hari terakhir berkhidmat di UiTM. Lunch dengan kawan yang datang melawat UiTM. Selalu aku lunch sorang je.

Dan ada satu sesi pengajaran tu, my student buat surprise pulak. Sumpah sweet dorang nie. Thanks!


Itu sahajalah cerita pengalaman aku menjadi pensyarah di UiTM. Walaupun jodoh tak panjang tapi menjadi seorang pensyarah ini merupakan salah satu kenangan paling manis yang akan aku kenang sampai bila-bila. Kalau ada rezeki untuk aku berpatah balik ke bidang pengajaran, insyaAllah aku akan kembali. 

Terima kasih kerana sudi membaca. Jumpa lagi di entri yang lain. Bye !

1 comment:

  1. Menarik pengalaman Zharif jadi pensyarah. Semoga terus berjaya dengan apa jua bidang kerjaya yang diceburi

    ReplyDelete