Sunday, May 7, 2023

Dapatkan Rawatan Kaki di Sunfeet Orthotics Expert di Cawangan Baharunya di Cheras Selatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Tahukah korang bahawasanya masalah tumit kaki boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit ? Tak tahu ? Okay ini aku nak berkongsi satu ilmu yang aku baru tahu selepas mendengar taklimat mengenai penjagaan kaki di Sunfeet Orthotics Expert yang baru sahaja dibuka di Cheras Selatan. Ikuti butirannya !


Aku nie dengan masalah sakit belakang berpisah tiada. Pada mulanya aku hanya menyangka sakit belakang aku nie akibat material katil dan tidur habit yang tidak menentu. Rupa-rupanya, masalah sakit belakang ini juga boleh disebabkan oleh tapak kaki yang tidak sihat.


Jangan fikir bila dah berusia sahaja baru sakit-sakit kaki nie datang. Kita masa muda-muda nie lah yang sepatutnya lebih peka supaya tidak terlambat nanti. Kalau aku tanya bila kali terakhir kita buat pemeriksaan tapak kaki ? Pasti ramai tidak pernah melakukan sebarang pemeriksaan tapak kaki sedangkan kaki merupakan anggota yang paling kerap kita gunakan dalam kehidupan sehari-hari.


Sunfeet Orthotics Expert merupakan tempat yang khas untuk mengenalpasti masalah tapak kaki. Di sini ada menyediakan pemeriksaan tapak kaki secara PERCUMA dan dapat konsultansi daripada Dato' Dr. Edmund Lee sendiri. Dari situ barulah kita dapat tahu masalah dan jenis kasut seperti mana yang perlu kita dapatkan bagi mengatasi masalah tapak kaki yang kita alami. Terdapat banyak masalah tapak kaki yang mungkin dialami oleh manusia. Antaranya ialah : 
  • Flat feet (tapak kaki yang rata dan tidak mempunyai lengkungan yang tepat untuk sokongan)
  • Bunion (lebihan tulang terkeluar di bahagian sisi ibu jari kaki)
  • Callus (sel kulit mati tebal di bawah pangkal kaki anda)
  • High arch (lengkungan kaki tinggi)
  • Intoeing (kaki merpati - berjalan dengan kedua-dua kaki menghala ke dalam)
  • Toe walking (hujung kaki ketika anda berjalan)
  • Bowleg (bahagian kaki dari lutut ke bawah terbuka dan tidak rapat) 


Setelah aku buat pemeriksaan tapak kaki di Sunfeet Orthotics Experti nie dan dapat konsultansi daripada Dato' Dr. Edmund Lee. Mengikut scanning kaki tu, aku ada masalah "High Arch" yang mana lengkungan kaki tinggi. Tanpa menggunakan insole yang betul, masalah nie akan melarat dan membawa banyak penyakit jangka panjang. Antaranya ialah sakit belakang. Tak hairanlah  aku kerap rasa sakit belakang je.


Untuk mereka yang rasa untuk teruskan mendapatkan kasut dengan insole khas buat consultation, bolehlah tengok-tengok pelbagai jenis kasut yang ditawarkan di sini. Kasut yang ditawarkan di sini sangat stylish dan design yang sangat terkini. Sure korang akan rambang mata. Cantik-cantik ! 



Sangat puas hatilah datang sini. Staff sangat mesra dan sangat helpful. Especially untuk kita fahamkan mengenai penjagaan kaki dan masalah kaki kita. Bagi aku ilmu mengenai tapak kaki nie merupakan sesuatu yang baharu dan tak ramai yang cakna akan ilmu ini. Sangat berterima kasihlah dengan Dato' Dr Edmund Lee yang menerangkan secara terperinci mengenai anatomi kaki manusia. 


Dato' Dr Edmund Lee memang sangat berpengalaman dan merupakan seorang graduan dalam bidang orthotic ini. Sunfeet merupakan perniagaan keluarganya dan telah menjadi legasi untuk keluarga Dato' Dr Edmund Lee sebanyak 3 generasi. Ia telah mula beroperasi semenjak tahun 1978 lagi. Bagi menyambung legasi ini, beliau terus berkecimpung dalam bidang orthotic sehingga melanjutkan pelajaran di Australia, USA dan juga UK bagi mendapatkan kemahiran praktikal dan license dalam bidang ini.


Buat mereka di luar sana, selamat untuk saya katakan anda berada di tangan yang baik bila bab penjagaan dan masalah kaki.


Ketika kunjungan aku ke sana juga, beliau sempat berkongsi pelbagai isu berkaitan kesihatan kaki. Banyak benda yang kita terlepas pandang tak cakna. Masalah kaki sepatutnya booeh dibendung sekiranya kita masih di alam persekolahan di mana tubuh dan tulang kita masih lagi membentuk dan membesar. Acap kali berlaku, kondisi kaki sudah teruk baru pesakit datang untuk dapatkan rawatan. Oleh sebab itu, alanglah bagusnya sekiranya sebagai ibu bapa kita cakna akan kesihatan kaki ini dengan membawa anak-anak mendapatkan pemeriksaan kaki bagi memastikan kesihatan kaki mereka.


Ouh ya, bersempena hari Ibu akan datang, Sunfeet mengadakan satu promosi untuk mereka yang bergelar ibu. Promosi tersebut diberi nama Rawatan Penjajaran kaki percuma (1x) Tawaran 'One for Mom & One For You' yang mana anda membeli satu perkhidmatan yang ditawarkan dan berpeluang mendapatkan rebat sebanyak RM 1,000. 


Selain itu, anda juga berpeluang memenangi sepasang tapak dalam (insoles) bernilai RM 899 jika anda menyertai pertandingan Mothers's Day Giveway. Untuk pertanyaan dan butiran lanjut, bolehlah berkunjung ke cawangan baharu mereka di Kompleks Komersil Akasa yang terletak di Cheras Selatan. Mereka baru sahaja membuka cawangan di sini yang mana ia lebih besar dan lebih selesa. Jom !


Sunfeet Orthotics Expert Cheras South
Level 3A Block E, Kompleks Komersil Akasa, Jalan Akasa,
Akasa Cheras South, 43300 Seri Kembangan, Selangor
Waktu Operasi : 10 AM - 5.30 PM (Setiap hari kecuali hari Ahad)
Telefon : 013 - 5283939
Laman sesawang : www.sunfeet.com.my

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...