Sunday, May 14, 2023

Kedai Repair Phone Murah Semenyih - Gila Gadgets

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Buat mereka yang tinggal di kawasan sekitar Semenyih dan tercari-cari kedai baiki telefon bimbit murah dan pantas, bolehlah singgah ke Gila Gadgets Semenyih. Cawangan Gila Gadgets di semenyih ini baru sahaja dibuka rasmi kepada umum. Gila Gadgest merupakan pilihan aku bila bab membetulkan telefon bimbit kerana ketelusan dan kepantasan servis mereka.


Gila Gadgets merupakan sebuah kedai membaiki telefon bimbit yang cukup berpengalaman dalam membaik pulih telefon bimbit yang rosak. Pengalaman mereka berkecimpung dalam industri pembaikian telefon bimbit ini sudah menjangkau 16 tahun lamanya. Rangkaian Gila Gadgets juga sudah semakin meluas dengan pembukaan satu lagi cawangan di Semenyih. Sebenarnya, mereka sudah mula beroperasi sejak bulan April lagi. Namun, mereka baru sahaja merasmikan pembukaan cawangan mereka di Semenyih ini pada minggu lalu.


Banyaklah promosi yang mereka adakan sepanjang 3 hari pembukaan cawangan tersebut. Antaranya ialah penukaran tempered glass untuk semua jenis handphone secara percuma dengan melakukan satu langkah mudah iaitu rate mereka di Google. Sangat mudah kan ? Kebetulan masa tu memang tempered glass handphone lama aku dah retak seribu, rezekilah dapat tukar secara percuma. 


Bukan itu sahaja, promosi beli dua percuma satu juga turut diadakan sepanjang 3 hari tersebut. Promosi ini terhad untuk pembelian cable dan juga casing phone. Casing phone di Gila Gadgets cawangan Seemenyih memang pelbagai dan harganya sangat murah dan berpatutan. Rambang mata dibuatnya. 


Untuk korang yang mencari kedai pembaikian telefon bimbit, memang aku cukup sarankan untuk ke Gila Gadgets. Mereka menawarkan servis pembaikian telefon bimbit secara berhadapan dan servis pembaikian hanyalah dalam lebih kurang 30 minit sahaja. Tapi bergantung jugalah pada jenis kerosakan peranti tersebut. Sebab tak semua alat gantian adalah ready stock, jadinya kena tempah terlebih dahulu alat gantian tersebut dan barulah merea menukarkan kerosakan tersebut dengan alat gantian yang barharu.


Konsultansi adalah secara percuma di mana pelanggan boleh bawa peranti atau telefon bimbit yang roak itu ke kedai dan technician mereka akan memeriksa kerosakan yang mungkin dialami dan barulah mereka menawarkan solusi yang diperlukan untuk peranti tersebut. Sekiranya ia boleh dibetulkan secara on the spot, mereka kan terus membaikinya, namun sekiranya kerosakkan itu lebih serius, mereka akan membuka satu resit untuk meninggalkan peranti tersebut untuk dibetulkan.


Di Gila Gadgets Semenyih ini juga menawarkan pelbagai jenis aksesori telefon bimbit dan juga laptop pada harga yang cukup mampu milik. Cakap jela nak apa, pasti semunya ada. Antaranya ialah casing telefon bimbit pelbagai jenis model, tempered glass berkualiti, wayar USB, earphone, headphone, speaker, phone holder untuk kereta, tripod dan banyak lagilah. Ibarat one stop center untuk segala jenis aksesori peranti.



Tahniah buat Gila Gadgets di atas pembukaan satu lagi cawangan baharu iaitu di Semenyih. Buat warga Semenyih dan kawasan sekitar, bolehlah berkunjung ke Gila Gadgets Semenyih untuk membaik pulih telefon bimbit atau laptop.

GILA GADGETS SEMENYIH
No 8 Tingkat bawah, Jln TPS 1/4, Taman Pelangi, 43500 Semenyih, Selangor
Tel : 019 - 5800 0531

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...