Sunday, May 14, 2023

KOPETRO Rasmi Cawangan Kedua ArRahnuKita di Bangi

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) mengembangkan rangkaian perniagaan perkhidmatan pajak gadai milik mereka, ArRahnuKita dengan merasmikan cawangan terbaharu yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, Selangor. Untuk pengetahuan semua, ArRahnuKita cawangan Bangi telah mula beroperasi semenjak 28 Februari yang lalu namun majlis rasmi pelancaran cawangan ini baru sahaja diadakan beberapa hari yang lalu.


ArRahnuKita cawangan Bangi merupakan cawangan kedua mereka yang mana ia merupakan sebuah perkhidmatan pajak gadai yang patuh syariah. Menurut Pengerusi KOPETRO, En Roslan Abdul Rahim berkata kejayaan membuka cawangan kedua membuktikan komitmen KOPETRO terhadap anggota-anggota koperasi dalam meluaskan rangkaian perniagaan yang sedia ada demi memberikan peluang dividen yang lebih lumayan.


Pembukaan cawangan ArRahnuKita yang kedua ini juga membuktikan bahawa masyarakat kini lebih menyedari kelebihan membuat simpanan dan pelaburan jangka masa panjang melalui emas. Situasi semasa yang mana kadar inflasi yang semakin membimbangkan serta harga barang semakin melonjak naik. Hal ini cukup membimbangkan dan masyarakat sangat terkesan.


Seperti yang kita sudah sedia maklum, biarpun dunia menghadapi pelbagai masalah dari segi ekonomi, namun harga emas tetap meningkat setiap tahun. Ini menunjukkan bahawa pelaburan melalui emas merupakan satu langkah yang terbaik untuk orang ramai membuat simpanan, pelaburan dan modal perniagaan.


ArRahnuKita juga masih mencari peluang dan sedang mencari lokasi baharu yang sesuai untuk mengembangkan lagi rangkaian perniagaan perkhidmatan pajak gadai itu. Menurut Tuan Haji Shamsudin Haron, Ketua Bahagian Keanggotaan dan Servis Kewangan yang bertanggungjawab di dalam menerajui perniagaan ArRahnuKita, selain cawangan di Sungai Besi dan Bangi, cawangan ArRahnuKita di Ampang juga sudah pun memulakan operasinya bulan ini.


ArRahnuKita merupakan satu skim pajak gadai emas yang berlandaskan syariah Islam di mana cawangan pertama perkhidmatan itu beroperasi sejak tahun 2022 di Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi. ArRahnu Kita ingin menjadi contoh kepada ArRahnu yang lain yang mana mereka ingin menawarkan perkhidmatan yang mesra pelanggan dan sebuah jenama pilihan yang dipercayai.


Pembiayaan Ar-Rahnu adalah produk pembiayaan yang membenarkan barang kemas dijadikan sebagai cagaran untuk dijadikan wang tunai. Pembiayaan yang dijalankan ArRahnuKita adalah berlandaskan Konsep Syariah Tawarruq dan terbuka kepada semua bangsa dan agama. ArRahnukita juga mampu memberi persepsi yang positif terhadap masyarakat malah dapat membantu mengatasi masalah kewangan dan menawarkan tempat penyimpanan barangan kemas yang selamat dan terjamin.


ArRahnukita menerima semua jenis barang kemas dengan mutu emas 750 sehingga 999, iaitu bersamaan 18 karat sehingga 24 karat. Bukan itu sahaja barang kemas yang berbentuk permata, rose gold, jongkong emas dan syiling emas juga diterima. ArRahnukita juga menawarkan margin pembiayaan sehingga 80% dari nilai emas atau sehingga RM300,000 nilai terkumpul.


Menarik buat pelanggan, ArRahnukita menawarkan peluang untuk memenangi bar atau wafer emas selepas tempoh enam bulan apabila pelanggan mencagar emas di ArRahnuKita dengan nilai minimum RM5,000 sebelum 30 Jun 2023. 100 orang bertuah bakal memenangi cabutan bertuah ini di mana pemenang bakal diumumkan secara bulanan bermula Julai ini.


Untuk promosi terkini dan kadar emas terkini daripada ArRahnukita, layari www.arrahnukita.com.my atau ikuti akaun media sosial @ArRahnukita di Facebook dan Instagram atau hubungi hotline ArRahnukita di talian +603-90559839 (Sungai Besi) dan +603-89204518 (Bangi) untuk sebarang maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ArRahnukita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...