Saturday, February 5, 2022

The Best January Ever

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bulan Januari baru sahaja melabuhkan tirainya. Sedar tak sedar, dah sebulan kita berada dalam tahun 2022. Cepat betul waktu berlalu. Apa-apapun, aku cukup bersyukur sebab banyak benda baik berlaku pada aku pada bulan Januari, Alhamdulillah. Sukalah untuk aku berkongsi benda-benda baik itu dalam blog aku nie untuk tatapan di hari tua nanti sekiranya dipanjangkan umur untuk baca semula dan suka juga untuk berkongsi kegembiraan aku ini dengan pembaca blog Jejakakaula semua. Ikuti butirannya !


Pertamanya, sudah pastilah mengenai hari konvokesyen aku. Majlis konvokesyen merupakan detik yang paling ditunggu-tunggu oleh semua graduan. Yelah, nak dapatkan sekeping sijil akademik, perjalanannya bukanlah mudah. Perjalanan setiap orang berbeza. Jadinya, bila mana kita berjaya sampai ke garisan penamat, sudah semestinya kita ingin meraikan kejayaan itu. Betul tak ? Majlis konvokesyen inilah merupakan satu keraian yang graduan tunggu-tunggu untuk meraikan kejayaan tersebut.


Setelah dua tahun habis belajar, akhirnya tarikh konvo aku keluar. Satu berita yang cukup buat aku gembira walaupun hakikatnya ketika itu aku banyak fikir masalah dan otak aku serabut dengan banyak benda. Secara jujurnya, aku sangat sedih dan tak tahu nak expect apa untuk tahun 2022 sebabnya tahun 2021 merupakan satu kegagalan untuk diri aku. Tapi disebabkan majlis konvokesyen nie, sedikit sebanyak ia membuatkan aku sangat look forward untuk tahun 2022. Cerita konvokesyen aku, boleh baca di entri ini : Majlis Konvokesyen UPM kali ke-44

Keduanya, aku akhirnya dapat kerja setelah 11 bulan tidak bekerja, Alhamdulillah. Hampir setahun menunggu rezeki yang satu ini. Aku tidak dapat sambung kontrak untuk pekerjaan aku sebelum ini disebabkan pandemik yang semakin meneruk ketika itu. Dengan tamatnya kontrak aku di hujung bulan Februari tahun lalu, semenjak itulah bermula tempoh pengangguran aku. Menganggur tidak bekerja inilah yang banyak buat aku serabut menjalankan hidup aku sehari-hari. Orang dekat luar sana mungkin nampak aku enjoy-enjoy berjalan kesana kesini dan beli itu ini, tapi hakikatnya otak aku serabut fikir pasal kerja. Aku sangat sedih dan tidak bermotivasi sebenarnya bila tidak bekerja. Terutama sekali bila fikir bab duit. Simpanan aku dari angka sekian-sekian, tinggallah sekian-sekian. Takut tau tengok angka tu berubah semakin nak cecah dua digit. Mujurlah aku mempunyai tulang belakang yang kuat iaitu keluarga dan kawan baik dunia akhirat aku. Dengan adanya tulang belakang aku nie, aku boleh survive.


Orang tak tahu kita struggle dan aku pon memang pilih untuk tidak bercerita dan tunjuk yang aku tengah struggle. Untuk apa pon bercerita struggle kita, orang takkan faham. Kalau kita bercerita pada orang yang salah, orang malah tepuk tangan tengok kita struggle. Kalau mereka faham sekalipun, apa je yang kita dapat ? Sokongan moral ? Kehidupan dan masalah kita berubah ke, dengan adanya sokongan moral ? Alih-alih begitu juga tiada perubahan. 

My backbone

Sokongan moral cukuplah dapat dari keluarga sendiri. Tak perlu ramai-ramai. Sebab tu aku memilih untuk tidak bercerita. Biarlah kita pamerkan yang bahagia-bahagia sahaja. Tak perlu cerita masalah dan struggle kita. Terutama di sosial media nie. Apa-apapun, terima kasih buat insan-insan yang pernah bertanya, pernah cuba bantu dan pernah prihatin pada aku sepanjang tempoh "sedih" aku tu.


Baru je masuk minggu kedua aku bekerja. Korang doakan supaya dipermudahkan ya untuk aku biasakan dengan norma baharu. Sekarang aku berada dalam bidang korporat, tidak lagi di bidang pendidikan. Ia sesuatu yang sangat baru buat aku. Banyak benda kena belajar. Bila menceburi bidang baru nie, aku rasa macam bodoh gila. Bab kerja nie, insyaAllah aku bercerita lebih terperinci lain kali naa. Cukup sekadar hebahan di sini, aku sudah bekerja. 

Allah mungkin tak bagi apa yang kita mahukan, tapi Allah bagi apa yang kita perlu. Dengan itu, aku sangat bersyukur. Alhamdulillah. Sentiasa bersangka baik dengan perancangan Dia. Kita tawakkal dan buat yang terbaik.

Ketiganya, January is my birthday month. Memang dah gembira dah bila dapat tahu tarikh konvo dan dapat kerja tu. Dia jadi bertambah-tambah gembira sebab dua-dua nie berlaku dalam bulan kelahiran aku. Tarikh lahir aku pula jatuh di penghujung bulan Januari. Ibarat macam penutup berita gembira untuk segala kegembiraan yang berlaku dalam bulan ini. Gituhh. Tambahan pula, kawan-kawan ada buat kejutan dan raikan hari lahir aku. Sweet tau dorang nie. Yang niepon nanti aku cerita dekat lain entri naa. 


Dengan benda-benda gembira yang berlaku pada aku bulan Januari haritu, buat aku rasa bulan Januari tahun 2022 merupakan the best January ever sepanjang 29 tahun aku hidup di atas muka bumi. Semoga khabar-khabar gembira ini berterusan diterima sepanjang tahun dan tidak terhenti di bulan Januari sahaja. Terima kasih Allah untuk rezeki, kesihatan dan umur yang diberi. Alhamdulillah. Semoga kawan-kawan yang baca entri ini pon dikurniakan berita-berita gembira hendaknya. Terima kasih dan jumpa lagi di lain entri. Bye. 

1 comment:

  1. Alhamdulilllah...Tahniah Jejakakaula. Happy tengok kejayaan orang.. Semoga terus berjaya.. 😍

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...