Thursday, January 20, 2022

Kisah Sedih Ringkas Pre-convo Photoshoot Kali Ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, setelah 2 tahun menunggu, akhirnya tarikh untuk aku berkonvo diumumkan. Rasa seronok tak terhingga bila mendapat khabar berita itu. Yelah, takut juga bila lama sangat tangguh, majlis konvokesyen dibuat secara maya. Tak mustahil ya, sebab banyak universiti yang aku perhatikan adakan majlis konvokesyen secara maya. Tak seronoklah buat majlis konvokesyen secara maya. Tak ada feeling. Aku lebih rela menunggu, daripada adakan konvokesyen secara maya.


Jubah konvo boleh diambil bermula 11 Disember. Aku sebagai seorang graduan yang sangat teruja dengan hari konvokesyen, haruslah ambil jubah pada hari pertama. Nampak ke tidak semangatnya tu macam mana ? Tapi minta maaflah, proses untuk ambil jubah konvo UPM tidak berapa jelas. Kami sesama batch sampaikan clueless. Bila di telefon, tak ada yang angkat. Payah betul.


Jadinya pada hari kejadian aku ambil jubah, ternyata borang yang kena isi dan disahkan tidak diisi. Mujurlah boleh isi on the spot dan pegawai yang bertugas luluskan masa tu juga. Maka dapatlah aku ambil jubah pada hari tersebut. Kalau tidak, terpaksalah balik semula dan tunggu permohonan tu diluluskan. 



Tak sabar nak photoshoot pre-convo katanya. Sudahnya, dekat sebulan dok peram jubah tu dalam bilik. Dia punya sibuk, sampai dekat hari konvokesyen baru kelam kabut cari masa untuk bergambar. Nama pon buat saat-saat akhir, makanya mestilah ada sesuatu yang berlaku. Hahahaha

Aku dah target nak ambil gambar konvo dekat Eco Grandeur Puncak Alam. Beriya malam tu gosok beberapa pasang baju. Kononnya nak tukar-tukar persalinan lah. Sekali besoknya, bila dah sampai ke lokasi bergambar, aku baru perasan yang aku terlupa nak bawa jubah dan cape convo bersama aku. Aku cuma bawa mortar board sahaja.  Bayangkanlah, 1 jam 30 minit kot aku memandu. Bila dah sampai, benda yang paling penting terlupa nak bawa. Kau ghase ? Takkanlah nak balik dengan tangan kosong. Berbekalkan mortar board, aku ambillah beberapa keping gambar sebagai kenangan. Alang-alang dah sampaikan. Tak tahu masa nie nak rasa apa. Rasa marah, rasa sedih, rasa kelakar semua ada. 


Sampai je rumah, cepat-cepat ambil jubah dan cape, terus pergi ke Pantai Kelanang. Dekat sini pon ada spot cantik untuk bergambar. Tak jauhpun dari rumah. Lebih kurang dalam 15 minit perjalanan je. Aku tak pilih tempat nie awalnya sebab tempat nie merupakan lokasi aku pre-convo photoshoot masa konvo dari UPSI dulu. Taknaklah ulang tayang tempat yang sama. Sudahnya, tempat nie juga jadi lokasi bergambar sebab dah last minute dan hari konvo lagi dua hari. Masa nie memang dah tak sempat sangat untuk bergambar sebabnya aku agak sedikit sibuk sehinggalah hari konvo aku.


Berbekalkan 30 minit cahaya matahari yang tinggal, ku gigihkan juga berposing dan bergambar. Mujur dapatlah juga beberapa shot yang cantik sebelum hari gelap. Mari aku sajikan hasil-hasil yang sudah berjaya ditapis. Hahaha














Lesson learned, jangan buat kerja last minute. Benda dah dapat lama, dah hujung-hujung jugalah baru nak buat. Apa-apa pon, aku gembira dengan hasilnya. Itulah cerita pre-convo photoshoot aku untuk konvokesyen pada kali ini. Tak sabar nak cerita hari konvokeseyn yang sebenar. Nantikan entrinya. 


Apa-apapun, nak ucap terima kasih dekat adik aku sebab tolong ambilkan gambar pre-convo aku. Abang sayang Hajid 😘

Terima kasih kerana sudi membaca. Bye. 

1 comment:

  1. Inilah namanya, make it werk! Attitude tu penting! Kelas photoshoot uols!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...