Wednesday, January 5, 2022

Jadi Event Crew Malaysia Purple League 2021

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ini merupakan kali pertama aku jadi event crew untuk sebuah perlawanan badminton. Perlawanan badminton ini diberi nama Malaysia Purple League 2021. Baru aku tahu, MPL mempunyai banyak siri dan boleh dikatakan cukup terkenal dalam Malaysia kerana ia menampilkan bakat-bakat muda yang hebat dalam arena sukan badminton. MPL ini juga merupakan satu perlawanan peringkat nasional. Siri MPL siri kali ini ibarat siri penutup untuk tahun 2021. Ikuti butirannya.


Badminton bukanlah satu sukan yang aku fanatik pon. Hanya suka tengok gitu-gitu je. Tak adalah fanatik sangat. Bagi aku tengok sukan nie hanyalah mendatangkan stress dan keresahan yang melampau. Kita jadi resah tanpa sebab hanya untuk pastikan pasukan yang kita sokong tu, menang. Aku ingat lagi masa olimpik perlawanan badminton Malaysia menentang China untuk pingat emas. Pemain masa tu merupakan Datuk Lee Chong Wei dan juga Lin Dan. Kerisauan dan keresahan yang sebeginilah menyebabkan aku tak berapa suka tengok. Aku jadi tak tenang. Aku lebih rela tunggu keputusan je.


Perlawanan untuk siri MPL kali ini diadakan di Kompleks Kejiranan Presint 11 Putrajaya. Ini merupakan kali pertama aku jejakkan kaki di kawasan nie. Sebagai salah seorang event crew, kami kena pastikan gelanggang mengikut standard yang telah ditetapkan. Susun segala jadah airbod dekat sekeliling gelanggang dan macam-macam lagi. Tambah-tambah kita masih berada dalam pandemik Covid-19, makanya semua benda mestilah kena mengikut SOP yang telah digariskan. Banyaklah kerja kami nak mengikut semua yang telah digariskan.

Sebelum

Selepas

Tugasan aku untuk siri MPL kali ini ialah sebagai player marshall di mana aku bertindak sebagai crew yang memanggil atlet untuk bersiap sedia bagi perlawanan mereka. Tak susah pon jadi player marshall nie sebabnya bukan kena berada di gelanggang sepanjang masa pon. Aku siap boleh jalan-jalan lagi di kawasan sekitar sewaktu perlawanan berlangsung. Agak-agak perlawanan dah nak tamat, cepat-cepat panggil player untuk siap sedia. Satu gelanggang satu player marshall.

Senarai nama pemain pada pusingan tersebut di gelanggang yang aku jaga

Perlawanan badminton di MPL nie merupakan perlawanan antara kelab-kelab badminton di Malaysia dan siri MPL kali ini menampilkan 10 kelab badminton dari serata negeri. Ada pasukan dari Bandar Maharani BC, Rawang BC, Bangi City BC, Labuan BC, Butterworth BC, Serdang BC, Jinjang BC, Seremban BC dan banyak lagilah. Kesemua pemain badminton yang bertanding berumur bawah 23 tahun. Hebat, muda-muda sudah bertanding di peringkat nasional.


Pertandingan berlangsung selama seminggu. Setiap kelab badminton berentap mengumpulkan mata untuk melayakkan diri ke final. Tuah menyebelahi Butterworth BC dan Bandar Maharani BC yang melayakkan kedua-dua pasukan ini berentap di pusingan akhir bagi merebut gelaran juara.


Agak mendebarkan semasa perlawanan akhir ini kerana kedua-dua kelab badminton ini sangat hebat dan pemain-pemain mereka bukan calang-calang orang. Ada tu merupakan pemain badminton Malaysia yang sedang cuti rehat. Dan akhirnya kemenangan milik Bandar Maharani BC untuk siri Malaysia Purple League Pro-AM 2021 ini. Tahniah buat semua pemain pasukan Bandar Maharani BC. Satu kumpulan yang senyap-senyap berisi. Tidak berapa menyerlah dari segi sorakan tapi akhirnya merangkul gelaran juara. Hebat !



Ada satu pemain badminton wanita dalam Bandar Maharani BC yang cukup hebat dan bersahaja. Nama beliau ialah Dania Sofea Binti Zaidi. Satu-satunya pemain badminton melayu dalam pasukan tersebut. Kecil je orangnya dan usianya baru mencecah 14 tahun. Gilalah. Umur 14 tahun dah bertanding di peringkat nasional.

Aku dulu 14 tahun buat apa erk ? Hahahaha


Satu pengalaman yang cukup menyeronokkan menyaksikan bakat-bakat muda yang berpotensi besar untuk mengharumkan nama negara kita. Tahniah buat semua pemain. Kalah dan menang adat pertandingan. Yang penting kalian semua hebat kerana sudah layak bertanding dalam perlawanan yang cukup gah dalam arena sukan badminton.

2 comments:

  1. wahh bestnya.. suka jadi crew camni. banyak experience dan banyak boleh belajar. terbaik zharif

    ReplyDelete
  2. best dapat ygk badminton live.. pengalaman baru juga kan terpilih sebagai salah seorang urusetia

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...