Friday, September 11, 2020

Sambut Hari Merdeka di Bukit Batu Putih, Port Dickson

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku berkesempatan mendaki sekali lagi Bukit Batu Putih yang terletak di Port Dickson. Bersempena dengan hari kemerdekaan, saja nak feeling kibar bendera dekat tempat tinggi. Tibehhh. Ikuti butirannya !


Lokasi pendakian di pilih atas faktor tidak berapa mencabar. Maklumlah, aku nie pon bukan rajin sangat nak mendaki-daki nie. Jadi Bukit Batu Putih pilihan yang sesuai untuk mereka yang malas nak mendaki penat-penat. Lagipula, pemandangan dari puncak Bukit Batu Putih sangat cantik. Atas faktor itu, lokasi ini dipilih. Plus, kitorang bercadang nak mandi-mandi sekali. Oleh kerana Bukit Batu Putih nie sangat berhampiran dengan pantai, sesuai sangatlah tu.

Pengalaman pertama mendaki Bukit Batu Putih : KLIK

Kami memulakan perjalanan seawal jam 5 pagi dengan menaiki dua kereta. Kereta A yang terdiri daripada Zul, Marou, Murni dan Ady, bergerak daripada Serdang. Manakala kereta B yang terdiri dari aku dan Faries, memulakan perjalanan daripada Banting. Seawal jam 6.30 pagi kami sudah sampai di Tanjung Tuan, iaitu lokasi permulaan untuk memulakan pendakian. Masa nie langit masih lagi gelap gelita ya. Langsung tak nampak apa. Nak masuk pon takut-takut.


Oleh kerana kami pergi berenam, jadi tak adalah takut sangat. Kami target sampai ke puncak sebelum langit cerah. The boys okay je, steady mendaki. Tapi hazab sungguh ya bawa si Murni. Manjang asyik nak berhenti. Sabor jelah. Tapi gigih dia ajak pergi mendaki. Tak tahu mimpi apa tetibe ajak mendaki. Nasib baiklah pilih Bukit Batu Putih, buatnya pilih Gunung Angsi ke Gunung Datuk, mahu satu hari mendaki baru sampai puncak agaknya. Hahahaha


Alhamdulillah, langit mula mencerah kami sudah sampai ke puncak. Masa nie dekat puncak tak ramai lagi, jadi bolehlah ambil gambar lama-lama. Tapi lama-kelamaan, semakin ramai pula yang datang. Mujurlah kami datang awal. Kalau tak, mesti tak cantik nak ambil gambar. Aci tak kalau aku nak spam gambar aku banyak-banyak dalam nie ? Maklumlah, tak banyak sangat ambil gambar keliling. Gambar syok sendiri je penuh dalam phone. Kah !


Tak lama pon kitorang bertenggek atas puncak tu. Selesai je bergambar, terus turun untuk beri laluan pada yang lain untuk naik ke atas. Masa nie memang dah penuhlah puncak Bukit Batu Putih nie. Mujur kami sampai subuh-subuh gajah. Kalau tidak, kena bersesak-sesaklah dengan manusia kat atas puncak.

Kami terus ke pesisiran pantai Bukit Batu Putih nie. Sebelum kami keluar, kami mandi-mandi manja dekat sini. Masa pertama kali datang sini haritu, aku tak bawa baju lebih. Tak tahu pulak ada pantai tempat untuk bermandi. Walaupun begitu, masa kitorang mandi-mandi tu, tak ada orang lain pon mandi. Kami je gigih mandi kat sini. Tertanya-tanya jugak, kawasan nie boleh mandi ke tidak ? Apa-apa pon, kami mandi je. Kesah pulak dengan pendapat netizen. Kah !


Oleh kerana kami tak puas mandi, makanya kami singgah ke Pantai Teluk Kemang. Tak jauh pon dari Tanjung Tuan nie. Dalam 10 minit macam tu dah sampai. Banyak sungguh perubahan di Pantai Teluk Kemang nie ya. Serious aku dah lama gila tak datang bermandi-manda di sini. Masa nie matahari memang tegak dekat atas kepala. Bahang dia tuhan saja yang tahu. Tapi syioklah, dapat cuci mata melihat keindahan tuhan yang maha Esa. Tibehhhh ! 😜


Pon tak lama mandi-manda nie sebab perut dah berkeroncong minta diisi. Mandi pon buat syarat je, dapat celup-celup sekejap jadilah. Kitorang isi perut dekat Restoran Cowboy apa ntah nama dia. Tak ingat. Kat tepi jalan je. Rasa makanan dekat sini not bad, harga pon okay. Lepastu singgah beli coconut shake. Nampak ramai yang beratur, jadi teringin pulak nak cuba. Tapi hampa sekali ya, coconut shake dia rasa sangat meyhh. Manis susu je lebih instead of rasa kelapa. Kah !



So begitu jelah sambutan kemerdekaan tahun nie. Ini pon plan tiba-tiba je. tuptup menjadi. Seronok dapat luang masa dengan mereka. Ingat nak teroka lebih banyak tempat lagi dekat PD nie, tapi banyak tempat tutup. End up, kitorang putuskan untuk terus balik. Tapi kereta A balik tu dorang terus pergi karaoke. Aku dan Faries terus balik ke Banting.

Itu je. Cerita pon dah tamat. Semua boleh balik. Kbye.  

2 comments:

  1. Wahh bestnya bro... Love Love Love your photo with Bendera Malaysia on the rock... Nak pergi hiking juga la nanti kat situ... aritue just sampai sampai dia jer...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...