Monday, September 7, 2020

Sewa Alat Kelengkapan IT dari SMARTRENTAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pandemik Covid-19 banyak memberi kesan kepada kehidupan manusia. Ramai diantara kita kehilangan pekerjaan, kehilangan sumber pendapatan dan kehilangan rutin-rutin harian yang biasa kita lakukan. Terutama sekali buat usahawan-usahawan kecil, memang banyak yang terjejas akibat pandemik ini. Namun, perniagaan tetap kena dijalankan, kehidupan perlu diteruskan.


Pada mereka yang hendak memulakan perniagaan dalam situasi yang sukar ini, pasti sedikit sulit. Al-maklumlah, kebanyakkan perniagaan memerlukan peralatan IT seperti laptop, PC, notebook dan sebagainya untuk memastikan kelancaran dan efisien sesuatu urusniaga itu. Boleh dikatakan, peralatan IT sangat penting di era perniagaan masa kini. Hampir kesemua urusan menggunakan teknologi kerana keberkesanan dan kelancaran sesuatu sistem itu. Tapi macam mana pula buat mereka-mereka yang tidak mampu dan terkesan untuk membeli peralatan IT di era pandemik ini ?

Nak kongsi satu syarikat yang menawarkan kerja-kerja membaik pulih, menyewa dan menjual peralatan IT, iaitu Syarikat SMARTRENTAL. Jadi buat mereka-mereka yang terkesan akibat pandmeik ini dan memerlukan peralatan IT, boleh menyewa dengan SMARTRENTAL sebab mereka menawarkan pelbagai peralatan IT pada harga yang sangat berpatutan.


Nak beli terus mungkin terlampau mahal. Bajet yang ada pon cukup-cukup makan untuk tampung kos-kos lain. Walaupun pelaburan kepada peralatan IT itu satu pelaburan yang baik dalam perniagaan, namun untuk waktu-waktu kecederaan seperti ini, banyak aspek lain perlu difikirkan. Jadi jalan penyelesaiannya ialah dengan menyewa.

Dan seperti yang kita sudah sedia maklum, bila bab sewaan nie, banyaklah terma dan syarat yang ketat perlu diikuti. Majoriti syarikat penyewaan akan buat pemeriksaan kredit dan audit terhadap perniagaan sesuatu syarikat itu sebelum memberikan sewaan. Tambahan pula, peniaga kena memenuhi syarat-syarat minimum yang ditetapkan dan rata-rata usahawan kecil dan mikro sukar untuk melepasi syarat minimum ini. Jadi menyukarkan lagi mereka untuk menyewa peralatan IT dari syarikat-syarikat sewa di luar sana.


Kelebihan menyewa peralalan IT melalui program SMARTRENTAL ini :
  • Kadar sewaan pada harga yang berpatutan tanpa ada kos penyelenggaraan
  • Kelonggaran dari segi pemeriksaan dan pemprosesan kredit syarikat
  • Penjimatan sehingga 60% pemasangan peralatan IT
  • Tiada jangka minimum kontrak sewaan
  • Proses penyewaan boleh dibuat terus dalam atas talian

Mr Joshua Chin, Pengarah Urusan syarikat SMARTRENTAL, turut menambah bahawa program Smart Rental yang ditawarkan ini dapat membantu dan memberi manfaat kepada usahawan-usahawan kecil yang hendak memulakan perniagaan atau usahawan yang cuba bangkit akibat pandemik Covid-19 ini. Sedikit-sebanyak, dapat mengurangkan kos dari segi perbelanjaan peralatan.


Melalui program Smart Rental ini juga, mereka juga menawarkan sokongan dari segi teknikal, pembaikan dan penyelenggaraan secara percuma sekiranya menyewa lebih dari lima unit peralatan IT. Sekiranya terdapat kerosakkan pada peralatan IT tersebut, mereka boleh terus menukarnya di pusat servis SMARTRENTAL.

SMARTRENTAL akan terus mencuba untuk membantu usahawan-usahawan di luar sana untuk menggunakan teknologi dalam perniagaan dengan menawarkan perkhidmatan penyewaan sebaiknya. Sekiranya perkhidmatan ini terus berkembang, mereka juga merancang untuk menubuhkan pusat 3S secara berperingkat di seluruh Malaysia.


Sewaan peralatan IT ini bukan sahaja memfokuskan pada usahawan-usahawan, tapi juga buat pelajar-pelajar terutama yang mempunyai kekangan kewangan untuk membeli peralatan IT untuk kegunaan belajar.

Sebarang maklumat lanjut mengenai program SMARTRENTAL ini, boleh dapatkan maklumat melalui butiran yang berikut.

Email : info@smartrental.my
Tel : 03 - 78904400


SMART RENTAL
17, Jalan Kuchai Maju 13, Kuchai Entrepreneurs Park, 58100 Kuala Lumpur, Malaysia

Waktu operasi :
Isnin - Jumaat (10.00 AM - 7.00 PM)
Sabtu (10.00 AM - 4.00 PM)
Ahad dan cuti umum (TUTUP)

16 comments:

  1. jarang ada sewa barang2 IT macam ni. betul tu rmai org hilang punca pendapatan.bagus jgk cara mcm ni at least boleh membantu mereka yg xmampu nak beli kelengkapan IT

    ReplyDelete
  2. bagus jugak ye. Kadang kadang kita nak guna gajet tu kejap je. rasa membazir kalau nak beli sewa sebulan lagi jimat dan berbaloi

    ReplyDelete
  3. wahhh bagusnya! Bijak jugak buat sewaan untuk gadget hi-tech ni sebab budget selalunya limited. Nak guna pun satu dua projek je. Nice lah

    ReplyDelete
  4. Baguslah ada perkhidmatan seperti ini.. memang ramai yang terkesan dengan pandemik ni.. nak bangkit semula memang perlukan kos yang besar. Untung ada Smartrental..

    ReplyDelete
  5. Wow. First time ni dengar syarikat yg buat servis sewa keperluan IT. Rasa ketinggalan sgt. Mujur baca post ni. Tq share

    ReplyDelete
  6. Wow we have the same laptop hahaha. I agree, laptop is very important to business and now we can save cost by renting it

    ReplyDelete
  7. Senang dan sangat praktikal terutama pada mereka yg urgent nak gunakan gadged. Memang terbaik

    ReplyDelete
  8. Pestime tahu ada sewa IT gini.. bagus untuk mereka yang takde data, gadjet atau yang memang memerlukan.. moga diperluaskan rezeki mereka semua ini...

    ReplyDelete
  9. ini pestime jugak ni dengar pasal ni. thanks share. nanti boleh la share dekat org yang nak sewa keperluan IT.

    ReplyDelete
  10. Boleh sewa nanti sebab nak buat kerja susah sikit. Nak beli baru kena tunggu bajet. Ok gak harga dia. Masih berpatutan.

    ReplyDelete
  11. Smart, really SMARTRENTAL ni. tak banyak orang buat penyewaan barang IT and sesuai untuk mereka yang urgently perlukannya tapi tak kemampuan buat sementara ni.

    ReplyDelete
  12. Pergh firstime nnpk sewa brg it ni.. Yela takut rosak ke apa.. Tapi kalau org bijak mesti jaga elok kan. Harga sewa pun takdela mahal.. Memg berpatutan..

    ReplyDelete
  13. Seriusnya dia buat kerja tu ada banyak kerja ker hehehehe sibuk sangat nampak wakakakka tapi sekarang untung dapat semua rental nak buat business online....

    ReplyDelete
  14. Bagus ada servis sewa peralatan IT macam ni. Sangat membantu terutama mereka yang baru nk run business dan takde modal besar.

    ReplyDelete
  15. Sewa gadget ni bukan pelajar aje perlu kan. Orang yang bekerja macam akak ni pun perlu. Kadang-kadang laptop buat hal pun kena segera ada laptop yang boleh diharapkan. Nanti nak bg tau info sewa camni kat kawan-kawan. Hehe. Tq info ni Zharif.

    ReplyDelete
  16. Wahh laptop pun boleh sewa. Menarik ni. Sesuai la untuk student yang takde laptop kalau nak sewa laptop nak buat kerja kan :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini