Assalamualaikum dan salam sejahtera
Gituhhhh sekali tajuk blog post kau. Dah macam sinopsis dijadikan tajuk. Kah ! Apa-apa pon, indeed memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Seronok sangat dapat meluangkan masa berkhemah bersama kawan-kawan aku. Apa yang dirancang akhirnya menjadi dan berjalan dengan lancar. Cuma masa nie aku ada masalah peribadi sikit, jadi emosi tak berapa nak stabil. Sedikit sebanyak buat aku rasa aku tak nak berada di sini dan nak cepat-cepat ianya berakhir. Ikuti butiran selanjutnya.
Perkhemahan nie merancangnya dekat sebulan lebih jugaklah. Sebab asalnya nak pergi bulan June, tapi ditunda sebab tapak khemah penuh. Ada pros dan cons lah bila tarikh berkhemah nie ditunda. Macam aku cakap tadi, aku seboleh-bolehnya nak benda nie berakhir cepat. So bila tarikh tu makin drag, buat aku makin rasa nak meletup menunggu. Untuk sisi baiknya pulak, baguslah tarikh tu ditunda sebabnya nak berkhemah nie perlukan banyak persiapan. Siapa bawa itu, siapa bawa ini. Maka disebabkan itu, banyaklah kami meeting untuk bincang itu ini.
Meeting tu buat syarat je. Banyaknya gelak ketawa hal dunia je sebenarnya. Hahahaa. Memang haru-birulah premis kalau pepondan nie semua datang. Eh tapi dalam pada itu, semua perform ya. Memikul tugasan masing-masing dengan penuh tanggungjawab ketika hari kejadian. Syabas semua !
Maka hari yang ditunggu-tunggu telah tiba dan aku dah cuba rasionalkan diri untuk tolak tepi masalah peribadi and just have fun. Walaupun pagi tu, ermmm tak ada apa-apa lah. Kita terus kepada penceritaan. Kata nak tolak tepi hal peribadi kan ? Okay jom mulakan cerita perkhemahan pepondan selama 3 hari 2 malam di Santai Riverside, Janda Baik.
So bertolaklah kami berenam menuju ke Santai Riverside, Janda Baik pada tengahari. Lagi dua akan menyusul pada belah petangnya. Macam biasalah, bila sampai tu kita setting tempat dulu. Hias-hias macam main rumah-rumah. Dah macam buat rumah sendiri dekat tapak khemah. Semua benda ada, lengkap. Actually kan, banyak perubahanlah Santai Riverside nie. Dulu masa awal January aku datang sini, kitorang sewa tapak khemah yang sama. Banyak perubahan dan penambahbaikan yang dorang buat semasa PKP dilaksanakan. Yang pasti makin selesalah.
Tempat nie dulu berlopak-lopak dan ada pokok besar tau.Tapi sekarang dah diratakan tanahnya dan ditebang pokoknya. Bolehlah kalau nak letak meja dekat depan nie, makan-makan sambil menikmati deras air sungai yang mengalir. Gituhhh.
Bab makan, Alhamdulillah, semua cukup. Menu masakan memang sudah dibincang semasa meeting. Siang makan apa, malam makan apa. Jadi semua bawa bahan mengikut menu yang telah dipilih. Untuk hari pertama nie, kami tak ada buat apa sangat pon. Hanya datang, setting tempat, borak-borak, dan tunggu lagi dua orang tu yang tak sampai-sampai.
Lewat juga kitorang tidur malam tu. Mujurlah tapak kiri kanan semua dah penuh dengan manusia. Jadi tak adalah takut dan sunyi sangat. Kali nie, tapak khemah yang aku tidur berlantaikan pasir, agak sakit jugak belakang aku tidur berlantaikan pasir. Walaupun dah alas guna sleeping bag, pasirnya tetap dirasai ya.
Keesokkannya pula, bangun pagi terus siap-siapkan bahan-bahan untuk menu sarapan. Rajin ya semua pepondan bangun pagi-pagi siap-siap untuk masak. Menu simple-simple je tapi aku lupalah kitorang makan apa pagi tu. Kalau tak silap, macam makan nasi goreng sardin. Tak berapa pasti.
Makan-makan tepi sungai yang mengalir. Sambil tu tengok anak teruna khemah sebelah yang ranum tidak berbaju membasahkan diri di dalam sungai. Tak senang duduk pepondan semua nie nak makan tau. Kah !
Macam biasalah, lepas dah kenyang perut dah terisi, masa untuk kami bermandi-manda. Aku tak lama pon mandi-manda nie sebabnya sejuk sangat. Sumpah tak tahan. Menggigil-gigil satu badan dibuatnya.
Puas je mandi, masa untuk siapkan makanan tengahari. Lauk tengahari masa nie sumpah sedap. Tak tahulah atas faktor perut lapar lepas mandi, atau memang naturally masakan pepondan nie semua sedap-sedap.
Anyway, pemilik Santai Riverside nie sangat mesra dan peramah ya. Pada satu-satu masa dia akan meronda dan tengok aktiviti yang pengunjung buat. Sambil tu akan tanya feedback, kekurangan dan cadangan untuk mereka buat penambahbaikan di masa akan datang.
Kerja kitorang memang makan je sepanjang berkhemah nie. Maklumlah, line internet sedikit mengecewakan, ada tu ada tapi lambat. Serupa macam tak ada line je. Plus, AJK aktiviti tak merancang aktiviti dengan sebaiknya. Props permainan pon tak bawa. Jadinya, apa yang kitorang boleh buat ialah makan jelah untuk mengisi masa lapang.
Untuk malam kedua nie, menu makan malam kami agak special sikit sebab kami buat bakar-bakar BBQ. Tengah sedap-sedap bakar, boleh pulak hujan. Tapi nasib baiklah ada tempat berteduh untuk buat bakar-bakar nie. Kalau tak, memang kena tunggu hujan berhentilah jawabnya.
Apa-apa pon, menu BBQ kami berjaya dibakar pada malam itu ya.
Seusai je makan malam, kitorang tengok Netflix cerita hantu. Ko ghase malam-malam tengok cerita hantu dalam hutan ? Tak ke mengundang ? Tapi entahlah, bagi aku okay je. Tak ada pulak rasa nak terbayang macam-macam ke apa. Kalau sorang atau berdua, mungkinlah kot takut sikit nak tengok cerita hantu malam-malam dalam hutan. Tapi kalau ramai-ramai macam nie, perasaan takut tu hilang.
Malam tu jugak hujan sambung turun ya. Sangat lebat gila sampaikan air sungai naik pada tahap yang membimbangkan. Sampaikan owner Santai Riverside nie jadi risau sebab tapak khemah sebelah sungai semuanya penuh. Tapi Alhamdulillah, tak ada apa-apa pon. Hujan berhenti je, air sungai mula kembali ke paras biasa.
Bangun pagi-pagi buat morning walk di kawasan sekitar Santai Riverside nie. Nyaman dan sejuk je rasa buat morning walk dekat sini. Kalaulah rumah aku dekat dengan sungai, hari-hari aku buat morning walk.
Persoalannya, selalu ke bangun pagi ? Kah !
Walaupun dah hari terakhir, tapi menu sarapan tetap all out ya. Habiskan menu-menu BBQ malam tadi yang tak habis, tambah menu sandwich je. Makan tepi sungai dengan air kopi o panas. Best !
Masa untuk pulang. Perkhemahan selama 3 hari 2 malam di Santai Riverside melabuhkan tirai. Survive juga pepondan semua duduk dalam hutan ya. Alhamdulillah, tak ada kejadian yang tidak-tidak berlaku. Semuanya berjalan dengan lancar. Paling best, berkhemah kali nie tak ada pakcik tua acah-acah dari khemah sebelah datang tegur suruh senyapkan suara sebab berada dalam hutan. Last time aku datang sini, kitorang kena tegur kot dari pakcik tua khemah sebelah. Choi !
Tapi tak terus balik, kitorang singgah makan tengahari dekat Melawati Mall. Sebab kitorang tak masak makanan tengahari sebab kena kemas-kemas sebelum jam 12-1 tengahari untuk check out. Tapak khemah kitorang ada pengunjung lain dah book untuk hari itu. Jadinya, kenalah kemas-kemas awal. Tak sempatlah nak masak makanan tengahari.
Sebelum balik, singgah Starbucks dan sambung borak-borak. Starbucks dan pepondan nie semua memang berpisah tiada. Lepastu barulah semua membawa haluan masing-masing. Maka tamatlah sudah cerita perkhemahan ini. Itu je.
Alhamdulillah, mujur ada juga banyak gambar yang aku boleh upload dalam blog. Ihsan gambar dari dorang semua nie. Yang mana tak ada watermark tu, tu gambar dari kamera phone dorang lah tu. Maklumlah masa nie kan emosi masih bergolak, jadinya tak berapa nak bergambar sangat. Tibehhh
BOLEH JUGA BACA PENGALAMAN PERTAMA RANCANG PERKHEMAHAN DI SANTAI RIVERSIDE DI SINI : KLIK
SANTAI RIVERSIDE, JANDA BAIK PAHANG
Whatsapp : KLIK SINI
Tel : En Azlan (012-921 3009 / 019-966 0196)
Facebook : Santai Riverside
Butiran harga berkhemah di Santai Riverside,
Sewa tapak khemah : RM60/malam
Sewa khemah : RM30/khemah (Boleh muatkan 4-5 orang bergantung saiz badan)
**Tempat barbeque disediakan, tapi jaring besi dan arang kayu bawa sendiri
Terima kasih buat Abg Rizman, Kak Lily, Rawlins, Maha, Zuzu, Kifly dan juga Faries for the lovely trip. Looking forward to our next trip soon. Where could it be ya ? Stay tuned.
Rindu sangat dengan aktiviti macam ni hehehehe kenapa aku tak ada semua gambar menarik ni hehehehe next trip... Paling rindu cekodok Mipan Zuzu Zuzu...
ReplyDeleteAktiviti berkhemah ni memang sangat menarik dan tak boleh dilupakan.. Leya pun dah lama tak beraktiviti mcm ni.
ReplyDelete