Thursday, September 24, 2020

Realme 7 Series Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Dua lagi telefon pintar dilancarkan oleh realme Malaysia pada hari ini dengan menampilkan realme 7 dan realme 7 Pro. Kedua-dua peranti ini cukup dikenali dengan pengecasan pantas dan reka bentuknya yang cukup bergaya.



Pengurus jenama realme, Tiffany Teh, berkata dengan meningkatkan spesifikasi kamera dan prestasi sesebuah peranti pasti membawa pengalaman yang lebih kepada pengguna. Oleh itu, Realme 7 Series terhasil untuk pengguna di Malaysia merasai sendiri kecanggihannya.


realme 7 Pro



Bateri : 

  • Lengkap dengan Super Wart Charge 65W.
  • Pengecasan penuh dalam masa 34 minit.
  • Kapasiti bateri 4500mAh


Kamera :

  • Kedua-dua peranti menampilkan sistem quad-kamera 64MP dengan sensor Sony IMX682
  • Realme 7 Pro fokus kepada Video Ultra Nightscape dan mod Pro Nightscape
  • Kamera hadapan bersolusi tinggi 32MP
  • Ciri menarik termasuk Starry Mode, Night Filters, AI Color Portrait Video



Paparan

  • Paparan Super AMOLED 6.4 inchi pada realme 7 Pro
  • AG Split Design menampakkan asimetri sempurna
  • Terdapat dalam dua warna : Mirror Silver dan Mirror Blue
  • Snapdragon 720G, CPU Kry 465, 2.3GHz.
  • Dilengkapi GPU Adreno 618
  • 3 slot kad (slot dua SIM dan slot kad SD)


Audio dan Cap jari

  • Kolaborasi bersama Dolby Atmos, dua pembesar suara dengan resolusi suara berkualiti tinggi
  • Realme 7 Pro dilengkapi modul cap jari sensor cahaya generasi baru Goodix. Imbasan yang pantas dan tepat di samping ciri keselamatan yang terbaik.

realme 7


Bateri dan prestasi :
  • Kapasiti bateri 5000mAh
  • Pengecasan penuh dalam masa 65 minit
  • Dilengkapi dengan MediaTek Helio G95 Gaming Processor untuk menikmati kelancaran dalam prestasi
  • Dilengkapi sistem penyejukan yang menyejuk sehingga 8.6% sambil mengekalkan prestasi yang pantas.

Kamera dan paparan :
  • Sistem quad-kamera 64MP generasi ke-2 sensor Sony IMX682
  • Kamera depan ultra-jelas 16MP
  • Paparan ultra-smooth 6.5 inchi, 90 Hz
  • AG Split Design dengan tekstur klasik pada peranti yang menampakkan kualiti premium
  • Hadir dalam dua warna : Mist White dan Mist Blue


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara dan promosi realme, ikuti halaman Facebook dan juga Instagram di @realmemalaysia.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...