Tuesday, September 1, 2020

Promosi Hiasan Dalaman Rumah dari Qube Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semenjak kuarantin akibat pandemik Covid-19, ramai betul yang aku perhatikan menyerlahkan bakat dan potensi diri. Ada yang mencuba pelbagai resepi masakan, ada yang bercucuk tanam, ada yang menghias-hias rumah dan macam-macam lagilah. Kalau perhatikan di media sosial Twitter dan Facebook khususnya, ramai yang berkongsi gambar sebelum dan selepas rumah yang mereka dekorasi. Rasa terinspirasi dan ingin ikut sama. Tapi bab-bab deko rumah nie, kalau tak ada ilmu, jadi hazab juga hasilnya. Nak tak nak, kena juga bertanya pada yang pakar atau biar pakar buatkan.

Qube Malaysia

Berita baik buat mereka yang mengimpikan dekorasi rumah persis sebuah hotel kerana bersempena sambutan kemerdekaan ini, Qube Malaysia sedang mengadakan promosi istimewa buat mereka-mereka yang sedang mencari pereka dalaman rumah untuk memperindahkan rumah mereka. Sentuhan dekorasi dari Qube Malaysia pasti memberi kepuasan dan menepati dengan konsep hiasan dalaman rumah yang ingin dicapai.

Qube Malaysia

Sebelum ini, pakej hiasan dalaman rumah yang ditawarkan oleh Qube Malaysia ialah bermula RM75,000 yang merangkumi 4 hiasan ruangan dalaman rumah. Kali ini, bersempena dengan prmosi kemerdekaan, Qube Malaysia menawarkan hiasan dalaman rumah dengan harga RM60,000 sahaja ! Rugi sungguh kalau tak grab harga promosi nie sebab ia merangkumi 4 ruangan dalaman rumah kot. 

4 ruangan dalaman rumah tersebut termasuklah :
  1. Ruang tamu (living room)
  2. Dapur (kitchen)
  3. Bilik tidur (bedroom)
  4. Almari pakaian (wardrobe)

Pakej harga ini termasuk sekali dengan pemasangan dan kelengkapan, lampu, perabot dan juga aksesori. Kiranya semuanya lengkap termasuk dalam satu pakej. Ibarat kalau beli rumah baru tu, tinggal masuk rumah cuci kaki je. Tak perlu bawa apa-apa. Gituhhh !

Pelanggan-pelanggan boleh memilih sendiri konsep atau jenis hiasan dalaman yang ingin dicapai seperti contoh yang mereka berikan. Boleh saksikan contoh-contohnya pada gambar-gambar berikut:

A) Ruang Tamu

Qube Malaysia

Qube Malaysia

B) Bilik Tidur

Qube Malaysia

C) Almari Pakaian

Qube Malaysia

D) Dapur

Qube Malaysia

Cantik-cantik sungguh hiasan contoh pilihan yang mereka beri. Secara peribadinya, aku amat suka dengan Living Room Industrial A, Bedroom Type B, Wardrobe Type B dan juga Kitchen Type A. Aku lebih cenderung kepada minimalis yang beronakan warna hitam. Bagi aku, warna hitam memberikan impak mewah dan minimalis. Kalau korang bagaimana pula ?

Pakej tawaran ini tertakluk juga kepada keluasan ruangan rumah pelanggan. Berikut butirannya :
  • Ruang tamu (sehingga 130 kaki persegi)
  • Dapur (sehingga 120 kaki persegi)
  • Bilik tidur (sehingga 160 kaki persegi)
  • Almari pakaian (sehingga 100 kaki persegi)

Pilihan konsep dan gaya hiasan boleh rujuk pada video yang mereka sediakan : KLIK

Sekiranya berminat dengan tawaran ini, bolehlah dapatkan butiran Qube Malaysia berikut :

Instagram : @qubemalaysia
Tel : 03 - 6151 9973
Email : qtips@qube.com.my

Jom ambil peluang keemasan ini untuk mendapatkan ruangan dalaman rumah idaman anda !

14 comments:

  1. wow! cantiknya interior design dia! perabot tu nampak eksklusif sangat! ni kalau ada rumah sendiri memang best lah shopping

    ReplyDelete
  2. disebabkan covid then i have to canceled my flight/trip to japan so the money yg saving ! its good for me to rearrange my bed room and closet! thank you for this info :)

    ReplyDelete
  3. disebabkan covid then i have to canceled my flight/trip to japan so the money yg saving ! its good for me to rearrange my bed room and closet! thank you for this info :)

    ReplyDelete
  4. menariknya promo set macam ni..kita boleh pilih yang mana sesuai dan mengikut kehendak.. menarik!

    ReplyDelete
  5. Baru tahu pasal Qube ni. Cantiknya ID dia. Belum pernah lagi hire ID untuk rumah

    ReplyDelete
  6. Suka minimalist camni. Akak selalu buat sendiri beli skit-skit barang. Cuma next rumah akak nak cari pakar hiasan dalaman. Maybe boleh cuba QUBE.

    ReplyDelete
  7. Wahh cantik menarik kau memang the boom lah rumah bila beli semua perhiasan ni bila awak nak belanja kita hehehe suka tengok perabut mereka sangat trending dan menarik..

    ReplyDelete
  8. Bagus ni bagi meeeka yang baharu beli runah dan yang hendak deko rumah mereka. Senang jr tak perlu pening2 kan..

    ReplyDelete
  9. RM60K utk 4 ruang tu mmg berbaloi sgt. Tengok hasil kerja diorang pun memang best. Kalau kita ada idea sendiri, consult dengan diorg, diorg boleh make it in reality tak? hehe

    ReplyDelete
  10. Wah! Nanti ada rumah sendiri, boleh cari dan guna servis mereka jela. Cantik² deko diorang. Memang beli rumah baru, masuk cuci kaki jela

    ReplyDelete
  11. Sis kalau dapat peluang cmni nak custom almari besar terus lepastu tersorok tak nampak kat dlm bilik.lepastu dapur ofzozlah kan. Hehehe

    ReplyDelete
  12. wow cantiknya design dia..menarik ni..boleh save details nanti rumah baru iena dah siap boleh contact dorang nak deco rumah

    ReplyDelete
  13. cantik cantik semua design dia... boleh rambang mata dibuatnya... Bagi mereka yang sedang mencari servis macam ni boleh lah dapatkan sekarang, boleh tahan juga diskaun dia...boleh buat 4 ruang... seronoknnnyyaa!!

    Blog Sofinahlamudindotcom

    ReplyDelete
  14. lengkap nak cari peralatan rumah kat sini.Design pun up to date jugak..Berkenan part perabot kat living room tu.JB ada tak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...