Sunday, August 11, 2019

Travelex Malaysia Menawarkan Pertukaran Wang Asing Berkonsepkan Retailtainment & Terbuka

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Nama Travelex sudah tidak asing di dalam dunia pertukaran mata wang asing. Terbaru, Travelex melancarkan pembukaan bukan satu, tapi lima cawangan pertukaran mata wang asing di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (Kod IATA : KUL), Malaysia. Apa yang lebih menarik lagi ialah ianya berkonsepkan retailtainment dan terbuka. Ikuti butirannya !


Retailtainment merupakan gabungan retail dan entertainment. Pertukaran mata wang kini tidak lagi menjadi pengalaman yang suram kerana Travelex Malaysia menampilkan teknologi digital dan interaktif untuk menjadikan transaksi yang lebih menarik dan menyeronokkan. Sebagai contoh, terdapatnya kuiz yang mana pengunjung boleh sertai dan tebus hadiah percuma sambil memenuhi keperluan pelancongan mereka.



Travelex Malaysia merupakan perintis pertama yang melancarkan cawangan pertukaran mata wang yang mempunyai konsep retailtainment dan terbuka seperti ini. Menurut Pengarah Komersial Asia Pasifik Travelex, Cameron Hume, Travelex bermatlamat untuk menawarkan bukan sekadar perkhidmatan pertukaran wang asing kepada pelancong, malah lebih lagi. Turut memperkenalkan perkhidmatan yang mana pengunjung boleh memesan secara atas talian dan ambil di cawangan Travelex bagi memudahkan para pelancong.



Untuk memastikan jangkauan yang lebih luas, Travelex bekerjasama dengan outlet bebas cukai Malaysia Airports, Eraman, dengan menawarkan ganjaran menarik dan kadar istimewa kepada ahli-ahli Eraman Privilege Card dengan hanya menunjukkan kad mereka. Travelex sangat mementingkan para pelanggan dan rakan kongsi perniagaan mereka. Mereka telah memenangi Customer Service Excellence Award di Majlis KLIA Awards oleh Malaysia Airports.



Rakyat Malaysia dan para pelancong boleh menikmati tawaran komisyen 0% untuk lebih 42 mata wang. Kadar istimewa boleh didapati di kelima-lima cawangan Travelex Malaysia yang terdapat di KLIA, Dua kedai di balai perlepasan tingkat 5 di bangunan terminal utama, sementara 3 lagi diletakkan di balai ketibaan, bangunan satelit dan balai perlepasan domestik.


Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sesawang berikut : http://www.travelex.com.my/

21 comments:

  1. well, it's time to use travelex service.. great changing rate.... better use of currency.. heheheheh~ looks great and nice.. time to travel more..

    ReplyDelete
  2. konsep yang menarik dan memudahkan pelancong dan pengguna. lagi menarik bila boleh order online. senang dan cepat

    ReplyDelete
  3. Kaki travel sesuai sangat ni sebab boleh dapat komisyen. Banyak juga erk benefit yang ada kan. Bila dah banyak cawangan sangat mudah untuk kaki travel gunakan servis ni.

    ReplyDelete
  4. Menarik! Kalau ada peluang nk travel ke oversea nnti bolehlah gunakna Perkhidmatan ni. Terima kasih atas perkongsian ya.

    ReplyDelete
  5. Wahhh senanglah nanti nak tukar duit, selama ni kalau nk travel dok kelam kabut ke mid valley tukar duit kat sana. La ni dh ada kat kawasan airport mudahkan kita dn pelancong nak tikar duit

    ReplyDelete
  6. wahh retailtainment..sesuatu yang baru tu dan memang currency exchange ni memang sangat diperlukan lebih2 lagi bila nak ke luar negara

    ReplyDelete
  7. Menarik sangat idea ni, Mudah dan tak membebaskan. Boleh join kuiz dan dapat hadiah. Lumayan ni

    ReplyDelete
  8. Ini salah satu memberi kemudahan yang menyenangkan orang ramai yang tukar wang pabila travel nanti. Terima kasih berkongsi.

    ReplyDelete
  9. Fuyoo first time akak dengar pasai travelex ni.. Lpas ni dah senang la nk tukau duit kan.. Pastu 0 komisen plak tu kan

    ReplyDelete
  10. All the best Travelex! Nice info. I should share this to my sister sebab depa suka travel and need such info like this :)

    ReplyDelete
  11. Perghh. 10% komisyen bermaksud murah la kan kalau nak tukar currency.. sampai 5 kedai sekali dalam airport. Kabel besar ni 🤣. Selalu lalu tgk je. Igt kn mahal

    ReplyDelete
  12. BAgus lah ada kemudahan mcm ni...jadi selepas ni xpayah susah2 utk tukaran wang asing...

    ReplyDelete
  13. Wahhh... berbaloi gila promo dia, baik tukar duit dekat sini je next time. Senang, tak yah susah2 pergi mana-mana, KLIA ada tempat yang lebih bagus.

    ReplyDelete
  14. bila ada pihak yg beri servis tukar wang cam gini.. memang sgt2 bagus! terutama kalau time travel kan. takde lah pening kepala macam dulu lagi.. bagusss sgt!!

    ReplyDelete
  15. I tak tau la bab ni, sebb tak pernha taravel lagi..tapi tengok macam mudah je bila dia buat macam ni..nak tukar duit dekat sini je..

    ReplyDelete
  16. senang nak tukar duet nanti kalau nak travel...yg bestnye bole siap main kuiz...untung2 dapat tebus hadiah..kan best tue...

    ReplyDelete
  17. perkhidmatan yang memudahkan orang ramai ni. sesuai untuk mereka yang kaki travel

    ReplyDelete
  18. memudahkan pelancong kalau macam ni. memang sangat sesuailah untuk kaki-kaki travel kan. nampak menarik tu

    ReplyDelete
  19. Travelex ni dah la memudahkan urusan orang ramai dengan penggunaan kiosk elektronik malah boleh isi masa lapang di airport sambil layan kuiz pula, dah la boleh menang hadiah :) Zero komisyen pula tu...tak nak cuba nanti next flight ke KL :)

    ReplyDelete
  20. Wah mudahla dengan adanya sistem kiosk macam ni.Nak tukar duit lebih mudah dan dijamin.Yelah banyak money changer letak rate tak betul dan tendancy nak berlaku penipuan tu besar.Boleh try nanti ni

    ReplyDelete
  21. Wah konsep terbaru kiosk money changer yang menarik ni. yang ini pelancong datang tukar duit pun dah xpayah risau lagi ada penipuan. lebih selamat digunakan dengan 0 komisen

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...