Friday, August 2, 2019

BBQ Lamb KL Kemensah Untuk Kesekian Kalinya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari Isnin hari tu, buat gathering dengan kawan-kawan. Yelahh semuanya cuti besok harinya sempena pertabalan Yang Di Pertuan Agong, jadinya kami rancang nak lepak makan sama-sama. Semua sepakat nak makan-makan dekat BBQ Lamb KL Kemensah. Ini sudah kali ketiga aku singgah makan dekat sini. Makanan-makanan dekat sini memang sedap sebab tu kalau nak buat gathering ke apa, mesti nak sarankan makan dekat sini. Ikuti butirannya !


Suka pilih lokasi makan dekat sini sebab konsep dia yang unik dan tak dapat dekat tempat lain di Malaysia nie. Hanya di kawasan Kemensah ini sahaja korang boleh menikmati hidangan BBQ di dalam sungai. Yer, aku tak salah tulis. Makan di dalam sungai yang mengalir. Unik bukan ?


Sebabtu aku sangat sarankan orang-orang untuk makan dekat sini, terutama sekali mereka-mereka yang dah berkeluarga dan mempunyai anak kecil. Budak-budak mesti suka kalau dibawa makan dekat sini. Dorang boleh main air sekali. Datang sini, boleh terus pakai pakaian mandi sebab boleh terus mandi air sungai. Kalau tempat je menarik tapi makanan tak sedap, orang tetap tak datang. Tapi jangan risau, makanan dekat sini aku berani jamin sangat sedap. Kalau tak, takkanlah aku datang makan dekat sini, buat entri yang sama pasal makanan-makanan dekat sini buat kali ketiga, ye dakk ?


Makan dekat sini konsep dia menu set yang telah ditetapkan dalam satu dulang. Terdapat 4 jenis set yang ditawarkan di sini. Set-set tersebut ialah set makanan laut, set ayam, set ikan dan set burung. Kesemua set ini didatangkan dengan 4 pinggan nasi dan 4 mangkuk dessert dan satu pinggan buah-buahan. Manakala untuk air pula, free flow, boleh refill banyak-banyak kali. Kami ambil kesemua set plus tambah satu set extra iaitu set daging.

Set dulang BBQ 
4 pinggan nasi
4 mangkuk pencuci mulut
1 pinggan buah-buahan
Air boleh refill

Jadi total 5 dulang untuk 13 orang makan. Sangat mengenyangkan. Jom tengok kesemua set tu.

Seafood Set : RM 170.00

Para penggemar seafood pasti set dulang BBQ ini menjadi pilihan. Terdiri daripada dua ekor ketam bercengkerang lembut, satu ekor udang galah saiz XXL, dua ekor sotong bersaiz XXL dan juga dua ketul fillet ikan. Didatangkan dengan sup dan sos istimewa. Perapan sotong tu sedap. Cicah dengan sos memang best.

Set Burung : RM 140.00

Untuk penggemar daging burung, set BBQ ini mungkin menjadi pilihan anda. Didatangkan bersama beberapa hirisan isi dan kepak ayam, 2 ekor burung puyuh dan juga hirisan daging itik. Juga dihidangkan bersama sup dan juga sos.

Set Ikan : RM 160.00

Set ikan ini didatangkan bersama 4 ekor ikan, iaitu 2 ikan siakap (kalau tak silap), satu ikan bawal dan satu fillet ikan. Juga didatangkan bersama sup dan sos istimewa. Ikan siakap yang diletakkan sambal tu seriously sedap gila !

Set Daging : RM 150.00

Set daging BBQ sangat meriah dengan kehadiran beberapa jenis daging. Antaranya ialah daging ayam, daging lembu, daging itik dan juga daging kambing. Kesemuanya sangat rapuh dimulut ya. Cicah bersama sos istimewa, memang umpphhhhhh ! Sebabtu kami ambil set daging nie dua. Semuanya hantu daging.


Memang sangat puas hati tiap kali datang makan hidangan BBQ dekat sini. Nanti boleh repeat lagi yer guyss. Makan dari petang sampai ke malam. Kalau bawak baju mandi, dah lama aku mandi dalam sungai tu. Tapi tak bawa pulak.

Ouh ya, kalau nak datang sini. Harap korang buat tempahan dulu nak datang jam berapa sebabnya memang super duper ramai orang kalau di siang hari. Tambah-tambah waktu cuti. Masa kitorang datang nie, belah petang, orang sikit ja. Tapi nak selamat, lebih baik telefon dulu ya. Takut korang terpaksa menunggu lama.


Whatsapp : 012-2114100

BBQ LAMB KL KEMENSAH 
Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan 
(Jalan Belakang Zoo Negara)
Waze : BBQ Lamb KL Kemensah

Waktu operasi :
Isnin, Selasa, Rabu, Khamis, Sabtu, Ahad & Cuti Umum: 12 PM - 10 PM
Jumaat : 4 PM - 10 PM
**Last order jam 9 PM


10 comments:

  1. wahhhh bestnye pegi ramai ramai, fafa dah cuba sekali. Sekarang dah makin banyak menu baru yea? Nampak sedap sedap semuanya. Tak sabar lagi nak cuba lagi sekali bawak whole family cuba kat sana

    ReplyDelete
  2. waahhhhh bestnyaaaaaaa. tapi jauh pulak nak pergi walaupun dalam satu negeri

    ReplyDelete
  3. Kalau pergi ramai-ramai mesti best dengan kawasan yang mendamaikan.. pondok pun dari buluh kan. Terasa nak pi lanie (sekarang ) hehe. Terima kasih bagitau lokasi hehe

    ReplyDelete
  4. Memang teringin nak gi sini, zharif.
    Menarik semcm lah tempatnya.
    And aida percaya yg makanannya sedap. Tgk gambar tau dah...
    Hmmmm anak aida pastinya akan main air.
    Tak makan kot dia nanti, zharif ha ha haa...

    ReplyDelete
  5. ewah seronoknya gatering makan bbq dalam sungai. bila nak repeat lagi ni.. tak puas lagi makan sambil borak kupas bawang eh. berbaloi kalu siapa nak datang rasa experience unik makan sambil berendam kaki dalam air sejuk sungai. high recommended!

    ReplyDelete
  6. Aku salah kira ke total harga menu tuan @Zharif ni :( Tapi memang berbaloi la dengan total kos semua tu kecuali set yang ada udang galah tu...tempat aku seekor saiz gitu tak sampai pun RM5....hihi...kalau siap masak la...

    ReplyDelete
  7. Wow. Adakah dibenarkan sambil berenang menggunakan ekor duyung dan makan kat sini? Kalau boleh, Rawlins teringin nak pakai ekor ikan duyung tu sambil makan kelak hahah

    ReplyDelete
  8. Pernah makan kat sini. Suasana kat sini memang win! Seronok, nyaman jer... Rare gitu makan atas air. Food pun sedap

    ReplyDelete
  9. wow meriahhhh!!! semua set nmpk sedap. ah sudah! mana satu nk pilih gamaknya ni bila gi sana.. tp serius ckp best temppat makan yg mcm gini.. unik.. special.. payah jumpa tempat lain

    ReplyDelete
  10. Wahh bestnya dapat makan kat sana lagi dan lagi. Sis pun rindu gak nak makan kat sana lgi, makanan dia sedap dan syiok sambil makan sambil rendam2 kaki dalam air

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...