Friday, February 1, 2019

4FINGERS Perkenal Ayam Perisa Baharu Sempena Tahun Baru Cina

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bersempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelma tak lama lagi, 4Fingers perkenal ayam berperisa baharu - Firecracker Chicken. Ini merupakan satu berita baik buat peminat 4Fingers di luar sana. Jom ikuti butirannya !


Baru-baru ini aku berkesempatan untuk merasa sendiri ayam perisa baharu 4Fingers yang diberi nama Firecracker Chicken. Buat mereka yang menggemari makanan pedas, 4Fingers Firecracker Chicken pasti menjadi pilihan anda. Rasanya pedas-pedas manis. Namun kepedasannya tidaklah pada tahap melampau.



Perisa baharu ini merupakan kolaborasi pihak 4Fingers bersama selebriti chef dari Singapura, Bjorn Shen. Chef Bjorn merupakan seorang chef yang cukup terkemuka di Singapura. Beliau memiliki sebuah restoran yang berkonsepkan makanan Timur Tengah yang dipanggil Artichoke Restaurant di Singapura. Gabungan idea yang mantap ini maka terhasil lah 4Fingers Firecracker Chicken, yang dicipta khas bersempena musim Tahun Baru Cina.


4Fingers Firecracker Chicken terdiri daripada campuran pelbagai rempah yang segar seperti cumin, Szechuan peppercorn, black paper dan chili. Ia digaul bersama sos istimewa 4fingers yang dicampur bersama minyak bijan putih dan minyak cili. Gabungan rempah-ratus dan sos ini sangat harmoni dan menyedapkan

Aku mencuba sendiri menyediakan 4Fingers Firecracker Chicken nie,
sambil diperhatikan oleh CEO 4Fingers, Mr. Dave Acton.


Ayam 4Fingers baharu ini boleh dinikmati di kesemua 14 cawangan 4Fingers di seluruh Malaysia sepanjang musim perayaan Tahun Baru Cina bermula pada 22 January ini. Hanya terdapat dalam bentuk wings dan juga drumsticks. Harganya pula sangat berpatutan, bermula RM15 untuk menu ala carte dan RM19.70 untuk menu set.



Boleh lah singgah ke cawangan 4Fingers berhampiran tempat tinggal anda. Boleh cek di sini : KLIK
Sekiranya perlukan butiran lanjut, boleh terus ke laman sesawang 4Fingers Crispy Chicken.



22 comments:

  1. Ya Allah...
    Dugaaan apaaaaa niii.. Apa nii..
    Tayang tayang ayam yang sedap ranggup gitu.
    Jeles tau..
    Rasa nak rasa jugak..

    ReplyDelete
  2. one of my fevret chicken..tp dah lama tak makan..adoi tengok dia punya berapi tu boleh ke tahan ni..ok cny nanti nak try barulah raya hihi

    ReplyDelete
  3. nampak sedap..walaupon Murni jenis yang x makan pedas tapi kalau teringin boleh cuba ayam perisa baru dari 4fingers ni..Kat Penang pon ada ni

    ReplyDelete
  4. Bunyi krup krap tu mengancam. Haha.

    ReplyDelete
  5. wow 1st I want say I like your hairstyle, very nice looking. Oh this 4fingers I saw before but never go try yet, as not sure if kids will like to eat or not. My youngest son don't like eat spicy food, he likes fried chicken original flavour

    ReplyDelete
  6. Terbaik! Cx dahlah mmg suka mkn yg pedas². So kena cuba juga ni. Nampak sangat yummy~ nak ajak hubby lah. Nanti nak pilih drumstick. Hehe waima tak pernah masuk 4fingers ni, maka inilah peluang terbaik! Hehehe nice sharing boss.

    ReplyDelete
  7. Looks so mouthwatering! I am going there soon and eating that damn fried chicken! Craving now..

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap je. Tapi 4fingers takde kat tempat saya. Hmm.

    ReplyDelete
  9. Nampak menyelerakan betul. Sebenarnya dari dulu lagi nak try 4fingers ni tapi tak pergi lagi. entah bila nak ada masa untuk try ni

    ReplyDelete
  10. Ayam 4 fingers nih nampak sedap sangat yang crispy pedas tu... macam nak try jer nanti, dekat AEON Nilai ada 4 Fingers tak? nak check balik kalau ada nak try situ

    ReplyDelete
  11. Untung laaa dapat try buat sendiri hehehe. 4fingers ni mmg kalau dpt tak pandang kiri kanan sungguh. Tapi jauh btl nak makan kalau kat Penang kena gi gurney sana huhu

    ReplyDelete
  12. Ya Allah! Sumpah sedap. Lagi-lagi LeYa ni memang peminat makanan pedas.. Hehe.. Nampaknya kena terjah ni utk nikmatinya juga.. Yummy!

    ReplyDelete
  13. OMG!!..menu baru...pasti anak bonda xsaabr nk ajak p makan 4fingers ni....cuti chinese new year ni nak p makan laa menu abru ni...

    ReplyDelete
  14. Heiiii Zharif ni! Kita terliur dah ni wakkkkk! Nyesal pulak baca entri time pagi macam ni,haha.. Harga dia not bad. Not so pricey ! Yahh! i'll try soon. Adoiii, tak sabarrr oi! haha

    ReplyDelete
  15. Yummy! Nampak sedap sangat. Syira tak biasa lagi makan dekat sini. Ini ada menu baru pulak kan. Boleh la cuba.

    ReplyDelete
  16. Wahhh ada menu baru. Anak2 mmg suka makan kat sini. Sedap katanya. Akk kurang sikit sebab x kenyang hahahah

    ReplyDelete
  17. Lom pernah masuk n cuba makan lagi kat 4fingers ni. Nampak sedap gak ekk..nanti kalau sis ternampak kat mana2 n time tu tengah lapo..nanti sis singgah le try

    ReplyDelete
  18. Tukang masak baju putih tu stylo kemain eh..ehehehe..mesti bertambah sedap rasa 4fingers ni.. nanti nak cek kat mana yang paling dekat. Boleh try cuba test

    ReplyDelete
  19. belum pernah makan ni, nnt blh bawa famili pergi makan skali. Suka rasa makanan baru!

    ReplyDelete
  20. Lia dah try menu baru Firecrackers ni memang lah sedap sebab memang suka makan pedas. Rasa nak repeat lagi makan ni.

    ReplyDelete
  21. tak pernah lagi nak cuba 4 fingers ni, tapi nampak macam menarik dah macam ala-ala ayam kyochon pula bila tengok... nampak macam sedap perasa yang black pepper tu.. ramai cakap nak repeat makan.. heeee... nanti belanja kita pergi sini ya hee thanks

    ReplyDelete
  22. banyak sekali jenis bumbunya pasti rasanya spicey sedap, boleh coba nih jika bertandnag ke malaysia akhir pekan depan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...