Sunday, January 21, 2018

The Haven Resort Hotel - Resort Hotel 5 Bintang Yang Mengekalkan Nilai Estetika Alam Semulajadinya

Assalmualaikum dan salam sejahtera

Destinasi pertama Travelogue South Perak ialah The Haven Resort Hotel. Kami bermalam di The Haven selama 2 malam. Memang syok gila lah ! Bukan selalu dapat bermalam di tempat-tempat mewah macam nie. Hihi


Kedatangan kami disambut mesra dari staf-staf The Haven. Kami terus dijamu dengan sarapan pagi. Kami sampai dekat waktu tengahari masa tu. Datang-datang terus disuruh makan. Nikmat tuhan mana yang hendak kamu dustakan ?


Seusai makan, kami pon terus check in ke suite masing-masing. Bukan sorang satu ya, itu sangat melampau sekali. Kalau satu orang satu suite, jawabnya nanti ada orang tidur sambil buka pintu utama seluas-luasnya. Hahaha


3 orang diletakkan dalam satu Executive Deluxe Suite. Ya Allah selesa gila ! Bilik sorang satu kot. Sebaik melangkah pintu masuk sahaja sudah memberikan aura kemewahan. Terus aku lupa diri asal usulku yang berasal daripada kampung.



Walaupon lupa asal usul dari kampung, tapi perangai kampung tu tetap tersemat dalam diri. Mana taknya, setiap kali buka pintu bilik, cakap wahhhh then selfie. Buka pintu bilik air, wahhh lagi, selfie lagi. Bukak peti ais, pon wahhhh jugak. Eh kau dah kenapa nie Zharif ?



Memang mewah sangat suite ini. Tak hairanlah ianya sebuah resort hotel 5 bintang. Ruang rumah nie sangat besar. Hiasan dalaman yang bercirikan kemewahan dan lengkap dengan kemudahan-kemudahan seperti dapur masak, peti ais, air-conditioner dan macam-macam lagi. Ianya sebuah apartment yang lengkap seperti sebuah rumah yang didiami.



Master bedroom di suite yang kami diami ini sangat membuatkan aku terkesima. Maklumlah, first time tengok bilik air yang mempunyai cermin lutsinar yang mampu dilihat oleh mereka yang berada di bilik tersebut. Agak naughty ya master bedroom ini. Ouchhh !



Anyway, ada tirai yang boleh menutupi cermin itu. Ko gila cermin lutsinar tu sentiasa terbuka ? Kalau yang stay dalam bilik tu husband and wife, gagah lah lagi. Nie kalau stay bersama kawan-kawan, tak ke rasa gonjeng di situ. Hahahaa


Executive Deluxe Suite yang kami diami ini mempunya 3 bilik tidur beserta 2 bilik air. Satu bilik air attached dengan master bedroom. Ia juga turut dilengkapi dengan ruang tamu dan ruang istirehat yang sangat luas, sebuah balkoni dan juga sebuah dapur yang lengkap dengan kemudahan memasak. Pokoknya, Executive Deluxe Suite ini memang lengkap dengan semua benda.


Kemudahan yang terdapat di sini termasuklah sebuah gym, spa urutan tradisional, event space yang pelbagai, boleh pilih untuk mengadakan majlis menghadap tasik atau di rooftop yang terdapat di clubhouse berhampiran. Dan yang paling best ialah kolam mandi yang terdapat di sini. Kolamnya yang berbentuk seperti sekor kuda laut sudah pasti akan menjadi pemandangan yang indah sebaik sahaja membuka sliding door balkoni.

Kolam mandi ini terdiri daripada kolam kanak-kanak, kolam infiniti untuk dewasa dan juga jakuzzi.


Selain itu juga, mereka yang menginap di The Haven Resort Hotel ini dapat menikmati pemandangan bukit batu kapur dan tasik semulajadinya. Bestnya berada di sini. Setiap hari di santapi dengan kehijauan hutan serta bunyi burung-burung yang berkicauan. Menghirup udara segar pada setiap pagi dengan keadaan sekeliling penuh dengan kabus hutan yang sejuk. Memang rasa macam tak nak balik rumah lah !



Untuk pengetahuan korang, hartanah 3 blok apartment ini bukan resort hotel semata-. Hanya 150 unit suite apartment sahaja yang ditawarkan kepada pengunjung yang datang ke sini untuk bermalam, manakala selebihnya mempunyai pemiliknya yang tersendiri. Kebanyakkan pemiliknya merupakan orang dari luar negara yang hanya berkunjung ke situ 2-3 kali dalam setahun.



Kehijauan yang terdapat di sinilah merupakan tarikan utama pengunjung untuk merehatkan minda daripada kesibukkan kota. Sebab itu, aktiviti memancing, kayak, dan berenang sangat dilarang sama sekali untuk dilakukan di tasik yang terdapat di sini. Hatta bunga api pon tidak dibenarkan main di kawasan sekitar sini. Jadinya, kalau nak sambut tahun baru and mengharapkan percikkan bunga api, sila cari di tempat lain ya. Di sini hanya untuk mereka yang cintakan alam semulajadi sahaja.



Semasa pembinaan tempat ini, pihak mereka sedaya upaya tidak mahu merosakkan alam semulajadi yang terdapat di sini. Bukit batu kapur yang berusia lebih dari 280 juta tahun ini seboleh-bolehnya tidak mahu diusik atau diubah-suai nilai estetikanya kerana ia merupakan khazanah yang paling berharga di The Haven Resort Hotel ini.



Aktiviti waktu petang, pengunjung boleh beriadah di kawasan sekitar The Haven dengan berjogging ke, bermain bola keranjang ke, main tennis ke dan macam-macam lagi. Gelanggang-gelanggang bola keranjang dan tenis berada di kawasan hadapan hotel. Manakala, untuk berjogging ada disediakan trek jogging sepanjang 600 meter yang melalui kawasan sekitar tasik sambil dijamu dengan kehijauan bukit batu kapur. Jangan lupa untuk bergambar bersama T-rex di track jogging tu nanti !


Seperti yang aku pernah mention sebelum nie, The Haven Resort Hotel juga ada menerima tempahan untuk korang sewa ruang-ruang yang terdapat di kawasan sekitar untuk mengadakan resepsi perkahwinan, mahupon event-event apa sekalipon. For those yang nak wedding tema ala-ala taman, boleh consider The Haven nie sebab view dia sangat cantik !

Resepsi perkahwinan di bahagian lakeside 

Wedding reception di rooftop clubhouse. Meriah sungguh lampu-lampu disitu. Terang !

So amacam ? Menarik kan The Haven nie. Jauh dari kesibukkan kota dan hutan konkrit. Sudah pasti menjadi pilihan buat pencinta alam di luar sana. Pasti korang penasaran berapa agaknya harga-harga penginapan di sini, betul tak ?

- 1 Bedroom Horizon View Suite : RM 454.72
- 1 Bedroom Lakeview Suite : RM 570.75
- 2 Bedroom Horizon View : RM 761.32
- 2+1 Bedroom Lakeview Superior Suite : RM 875.47
- 3 Bedroom Lakeview Executive Suite : RM 1140.58
- 3 Bedroom Lakeview Executive Deluxe Suite : RM 1729.25
- 3 Bedroom Lakeview Premier Suite : RM 1900.94
*Harga mungkin berubah bergantung pada hujung minggu & cuti sekolah*

What i enjoyed the most here is the breakfast meal. Serious sedap sangat menu-menu breakfast di The Haven nie.


 The Haven Resort Hotel, Ipoh - All Suites

Jalan Haven, Persiaran Lembah Perpaduan
31150 Ipoh Perak.


Tel : 06-540 0000

So anyway, The Haven Resort Hotel nie sangat dekat dengan taman tema The Lost World of Tambun. So boleh lah consider hotel ini sekiranya korang hendak singgah ke Tambun nie.


I give 5 stars for every aspects ! Thank you The Haven Resort Hotel for having us and let us stay there for 2 nights.

Entri ini bersempena familiarisation trip Colours of Lives Travelogue Malaysia selama 6H5M
ke Selatan Negeri Perak yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia. 

Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat 
Perodua Malaysia, Wangi World HQ, Canon Malaysia, 888tea 
kerana telah menaja travelogue kali ini. 

20 comments:

  1. Menaraik The Haven ni. Belum pernah sampai lagi. Asyik lalu je ipoh ni bila balik Taiping. hehehe

    ReplyDelete
  2. Hotel nampak eksklysif sangat. Yelah 5 bintang kan. Kalau stress sesuai sgt release stress kat sini. Sejuk amata memandang

    ReplyDelete
  3. Cantik vavavoom betul The Haven Resort Hotel ni... Jeles sungguh melihatkna biliknya yang begitu selesa empuk dan mewah... Masukkan dalam wishlist lah hotel ni...

    ReplyDelete
  4. serius.. memang luas dan agak mewah dekorasi dia.. dapur dia cantik.. eh.. hahaha.. ruang bersantai pun cantik.. hotel cantik.. gabungan warna dinding segala.. serta material semua awesome! TB suka sangat hotel ni..

    ReplyDelete
  5. Sangat cantik lokasi dan suasana hotel ni.. Seronok pula baca story ni..minat tengok keindahan tasik.. Tenang je rasa..

    ReplyDelete
  6. Keistimewaan The Haven ni terletak pada ekosistem dan pemandangan dia...Kita umpama tinggal didalam hutan yang masih terjaga dan belum diteroka..Haa..yang paling cantik mestilah "Rockhaven"

    Sally pernah tinggal di Tower Banyan ditingkat 15 :D

    ReplyDelete
  7. Ni bukan setakat cantik dekat belah dalam bilik hotel ni. Belah luar dia pun cantik jugak. Mesti banyak aktiviti nak buat dekat sekitar tu kan

    ReplyDelete
  8. Oh 3 org sebilik ke. Hehe. emi klu bermalam kat tempat baru, penakut sket nak tido sorang. sbb tu llg prefer sharing room. btw nampak best resort ni.

    ReplyDelete
  9. Kebabom la bilik dia..harg alagi la kebabom..tapi kalau untuk special occasion should be ok kot kan...hehehe...

    ReplyDelete
  10. Cantiknya.. Harganya pun ok. Well, try la pergi Royale Chulan Cherating jugak. Best giler!

    ReplyDelete
  11. Teringinnya nak pergi The Haven nie. Ada sesiapa nak ajak Rawlins pergi tak? Asyik tengok gambar-gambar best kat The Haven buat diri ini teringin sesangat

    ReplyDelete
  12. I love the Haven Resorts.. it is gorgeous and I just love the scenery...

    ReplyDelete
  13. Cantik2 gambar dlm entri ni. Harga pun munasabah

    ReplyDelete
  14. Such a beautiful hotel, I would love to visit and stay there when I'm Ipoh.

    ReplyDelete
  15. Cantik tu... nnt nak try overnite la even my parents in law dkt ipoh.. sbb landscape csntik utk snap pic

    ReplyDelete
  16. Memang haven sangat kalau dapat bercuti, bersantai dekat situ... berangan nak menginap disitulah...

    ReplyDelete
  17. Aww. Sukalah denga resort ini. Cantik keliling hutan tu. Berapa lah harga 1 malam kat sini an.

    ReplyDelete
  18. memang selesa tengok bilik tu, kemudahan banyak. pemandangan sekeliling hotel pun cantik

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  19. Wahh...bestnya resort ni. Dikelilingi dengan kehijauan alam semulajadi. Sesuai utk merehatkan badan dan minda ni. Nanti boleh survey lagi ni. Terima kasih atas perkongsian ini.

    ReplyDelete
  20. wah bila nak cuba hotel bintang lima untuk liburan keluarga

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...