Saturday, January 6, 2018

RISDA Eco Park, Ulu Slim Perak

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Beberapa minggu lalu, aku berpeluang pergi ke RISDA Eco Park yang terletak di Ulu Slim Perak bersama dengan team Travelogue Malaysia. Aku dimaklumkan bahawa kami akan melakukan banyak aktiviti lasak seperti flying fox, water rafting dan sebagainya di sini. Jadi aku sangat-sangat teruja detik ini untuk tiba !


Walaupon aku bukan jenis yang suka bersukan, tapi aktiviti seperti ini memang makanan aku. Aku suka lakukan sesuatu yang mencabar seperti ini. Kali terakhir aku lakukan aktiviti seperti ini adalah lebih kurang 3 tahun yang lepas semasa tahun pertama aku belajar di UPSI. Jadi sudah agak lama lah.

Kami menaiki Hilux untuk menuju ke tempat terjunan Flying Fox

Aktiviti pertama : Flying Fox


We did it and it was awesome !

Risda Eco Park nie merupakan tempat yang sesuai untuk mengadakan camping jati diri atau yang sama waktu dengannya. Sebab di sini menawarkan aktiviti-aktiviti yang menguji keberanian dan ketahanan mental dan fizikal. Antara aktiviti yang terdapat di sini termasuklah water rafting, caving, trekking, tubing, kayaking, ATV dan banyak lagi.

Next, kami naik ATV dan meronda-ronda kawasan sekitar yang sangat mencabar


Video yang sempat aku rakam sewaktu aktiviti Flying Fox dan juga ATV. Selamat menonton !

Sebelum ke aktiviti seterusnya, kami minum petang terlebih dahulu

Menaiki lori untuk ke aktiviti seterusnya

Akan melalui kolam air panas

Agak jauh tempat mula untuk aktiviti water rafting. Lebih kurang dalam 30 minit untuk ke lokasi daripada kawasan Risda Eco Park nie. Inilah aktiviti yang aku sangat ternanti-nanti. Ini merupakan kali pertama aku mengikuti aktiviti water rafting. Jadinya aku sangat teruja untuk mencuba.



Bukan mudah ya untuk aktiviti ini. Kita tidak boleh terus melakukannya tanpa mendengar arahan dan sedikit taklimat untuk aktiviti ini. Dalam taklimat yang diberi, kami diajar bahasa-bahasa yang digunakan ketika berada dalam "kapal". Apa yang kami perlu lakukan sekiranya kapal terbalik, apa yang kami perlu buat bila ahli tercampak keluar daripada kapal dan apa yang kami kena lakukan semasa water rafting ini dijalankan. Jadi, dengarlah arahan sebaik-baiknya.


Sebelum tu, kami kena tanda tangan surat akur janji dulu.

Apa yang aku boleh kata, ia memang sangat mencabar. Salah seorang ahli kumpulan dalam kapal aku terjatuh dari kapal. Bukan sekali, tapi dua kali. Jadi kami sangat panik. Namun semuanya tiada apa-apa kerana kami dipandu oleh mereka yang sangat berpengalaman dalam water rafting nie. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Sebab tu pentingnya mendengar taklimat yang diberi tu. Sebab benda-benda begini memang berkemungkinan terjadi.




Apa-apa pon kami semua sangat enjoy dan berjaya menghabiskan ke checkpoint yang telah ditetapkan. Tidak puas rasanya. Rasa macam nak lakukan sekali lagi. Aktiviti water rafting nie memerlukan teamwork yang sangat padu.


I love you alls ! 


Aku bawa phone siap dengan casing waterproof tapi time water rafting aku tak bawa sebab takut jatuh dalam air. Menangis tak berlagu nanti. So aku tak nak ambil risiko. Nasib baik ada Jijo. Terima kasih Jijo sebab ambikkan banyak gambar-gambar kami sewaktu di RISDA nie. Ada jugak gambar kenangan ketika kami ber-water rafting. Thanks Jijo !


Kebiasaannya checkpoint yang terakhir adalah di kawasan tanah rata. Namun oleh kerana hari semakin gelap dan masa amat mencemburui, jadi kami berhenti pada checkpoint kedua terakhir. Maka, mengangkat kapal menjadi sedikit sukar sebab kapal tu berat gila dan kena angkat menaiki bukit yang curam. Sampaikan terjatuh-jatuh kami dibuatnya. Lawak betul bila ingat kejadian tu. Hahaha

Sebaik kami tiba di Risda Eco Park, kami dijamu dengan ubi dan jagung bakar. Ubi tu dimakan bersama sambal ikan bilis. MasyaAllah sedap betul sambal tu. Seriously sedap gila !

Selain itu, di sini juga terdapatnya 20 unit kabin yang boleh memuatkan 6 orang satu kabin. Terdapat juga satu dewan serbaguna yang besar dan sesuai dijadikan tempat untuk seminar ataupon untuk lakukan latihan dalam kumpulan (LDK) untuk program motivasi. Tapak untuk perkhemahan juga ada disediakan di sini. Pokoknya, semuanya sangat lengkap.



Kemudahan yang ada di dalam kabin termasuklah attached bathroom, pendingin hawa (AC), 6 katil single bed. Memang sangat-sangat selesa berada di dalam kabin yang terdapat di sini.


Risda Eco Park

Akademi RISDA ESTATES, Ladang RISDA Ulu Slim,
35800 Slim River, Perak Darul Redzuan

Tel : 013-787 8877 / 013-398 4028


Email : 

azhar_dom@yahoo.com (Chili Rafter Resources)
risda_ecopark@risdaestates.com.my (Risda Eco Park)

Kabin (Boleh muatkan seramai 6 orang) : RM 120/per night per cabin
Untuk senarai harga aktiviti-aktiviti, sila klik : https://goo.gl/zLm7CC

RISDA Eco Park nie terletak 30km dari Tanjung Malim, Perak. Sekiranya anda dari Kuala Lumpur, sila menggunakan Lebuhraya Utara Selatan dan susur keluar di Tanjung Malim. Manakala sekiranya anda daripada utara, sila menggunakan Lebuhraya Utara Selatan dan susur keluar di Slim River. Dari Slim River ke RISDA Eco Park hanyalah 23km sahaja.

Jom pakat datang ramai-ramai ke sini. Harga aktiviti dan penginapan pon sangat berpatutan.

Entri ini bersempena familiarisation trip Colours of Lives Travelogue Malaysia selama 6H5M
ke Selatan Negeri Perak yang dikelolai oleh borakkita.com dengan kerjasama Tourism Malaysia. 

Ucapan terima kasih tak terhingga juga buat 
Perodua Malaysia, Wangi World HQ, Canon Malaysia, 888tea 
kerana telah menaja travelogue kali ini. 

17 comments:

  1. bestnya aktiviti lasak mcm ni.tapi apakan daya ad 'handbag' y pelu dikendong lagi

    ReplyDelete
  2. Tak pernah rasa aktiviti cmni..memang x berani.huhu. mampu tengok jela.

    ReplyDelete
  3. Akak suka aktiviti mencabar macam ni..next kalau ada lagi bg la tau..bestnya flying fox ngan water rafting tu...seronok tgok korang semua have fun especially si Sin Yee tu ha...

    ReplyDelete
  4. Dulu masa belasan tahun memang teringin nak try flying fox tapi sekarang ni.. idok laaaa.. gayat kot .. maunya TB pengsan kat situ jugak.. hahahaha

    ReplyDelete
  5. aktiviti tu cam bes jer.. teringin nak bawak ATV tu...

    ReplyDelete
  6. Aku suka tengok aktiviti macam ni, kalau nak buat kena fikir banyak kali la except flying fox.

    ReplyDelete
  7. Wowww bestnya...muda2 dulu leh lah wat aktiviti cam ni..skrg ni mmg tak larat dah. Tgok jelah anak2 muda buat. Best kan dpt buat aktiviti cam gini

    ReplyDelete
  8. Bestnya wakkk!! Sungguh cemburu kumelihatnya... Harap nanti ada rezeki join juga

    ReplyDelete
  9. bestnya !! sesekali keluar dari hutan batu dan hirup udara segar.. best..

    ReplyDelete
  10. Seronoknya naik ATV dan water rafting. Teringat masa degree dekat korea selatan dulu ada.join aktiviti macam ni. :)

    ReplyDelete
  11. best jadi ingin arung jeram, berapa biaya ini?

    ReplyDelete
  12. best semua aktiviti tu. pengalaman menarik water rafting tu. teringin pula nak cuba

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  13. Seronoknya tengok aktiviti berkayak, kak nak tray aktiviti gitu tp nampak lasak dan perlu banyak tenaga.

    ReplyDelete
  14. looks like a nice place for teambuilding! white water rafting is fun and thrilling!

    Whats Your New Year Resolution?

    ReplyDelete
  15. OKay...aktiviti-aktiviti mencabar mental dan fizikal.. LeYa dah merasainya ketika PLKN, Team Building semasa kerja dan team building semasa di universiti.. Banyak kali juga dah buat aktiviti2 ni.. Memang seronok. Sebab kita dapat tahu rakan2 yg boleh bekerjasama

    ReplyDelete
  16. i dulu pernah pergi water rafting macam ni,
    the second day sakit badan hahhah

    ReplyDelete
  17. Awh the activities looks so fun! Certainly a nice way to do team building too.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...