Wednesday, May 29, 2013

Aktiviti lagha di hujung minggu

Assalamualaikum

Aktiviti lagha ini bermula dengan niat untuk menghabiskan baucer buku 1 Malaysia memandangkan tarikh tamatnya pada 31 Mei ini. Jadi sesi menghabiskannya itu perlu dilakukan secepatnya. Baki baucer buku tu tinggal RM100. Tak tahu nak beli apa since aku nie bukanlah peminat novel atau lebih tepat tak suka membaca. Part yang paling geram, ada orang tu punyalah mengajak "Weyh besok aku ambik kau kat rumah, kita pergi habiskan baucer buku" dan sudahnya dia tak bawa baucer buku dia. Tak ke rasa macam nak bagi kasut.


Aku pergi ke Alamanda Putrajaya untuk menghabiskan baucer buku nie. Lama betul tak datang sini. Makin sendu pon ada aku tengok Alamanda nie. Hahahaha. Aku singgah MPH bookstore untuk guna baucer tu sebab situ je yang terima pembayaran menggunakan baucer buku.


Akhirnya terguna juga semua baucer buku aku. Macam-macam jugalah dapat beli. Yang paling best, aku dapat beli bag untuk laptop aku. Seronok beli dekat MPH Bookstore nie sebabnya macam-macam barang ada. Plus, syarat nak guna baucer buku tak secerewet macam dekat POPULAR. Dekat sini, syaratnya hanyalah kena beli beli bahan bacaan harga RM10 dan ke atas. Kalau dekat POPULAR, 80% harga baucer buku tu mestilah bahan bacaan. Gila ke apa.


Lepastu singgah makan dekat Subway. Segan gila sebab ini merupakan kali pertama aku makan di Subway. Nak order tu agak lembab sikit ya sebab banyak procedure nya. Pilih rotilah, pilih ingredients lah, pilih sos lah. Uishh rumit. Habis makan, kitorang singgah solat di Masjid Putrajaya. Suka masuk masjid nie, cantik !



Hari semakin gelap, kami pon pulang ke rumah. Tapi sebelum tu, singgah beli kek untuk sambut birthday adik bongsu aku. Nak juga sambut ya, kalau tak nanti dia merajuk. Haishhh mengada betul. Habis makan kek, terus aku ikut Faries balik Negeri Sembilan. Ibu aku risau si Faries balik sorang-sorang lewat malam. Jadinya suruh aku ikut dia balik sekali. 


Sampai rumah Faries di Jempol memang lewat malam dah masa tu. Besok paginya lepas solat jumaat, bertolak dengan ibu dan ayah Faries menuju ke PD untuk ke rumah kakak dia. Ada kenduri kahwin hari Sabtu tu dan ikutkan memang nak join keluarga Faries. Tapi hari Sabtu, aku ada plan lain dengan adik-beradik aku. Sampai je PD, terus Faries hantar aku semula ke Banting. Motif sangat bermalam dekat Negeri Sembilan cuma satu malam.



Tapi tak terus ke Banting. Kitorang singgah ke Alamanda Putrajaya sekali lagi untuk menghabiskan baucer buku si Faries pula. Dan kali nie, kami sempat singgah ke Festival Belia Putrajaya. Haritu nak singgah tapi tak jadi. Tak ada apa pon dekat sini. Pertunjukkan gitu-gitu je. Aku tak minat sangat. Sumpah bosan gila.


Faries hantar aku balik Banting dan dia pon pulang semula ke PD. 

Besoknya, aku dan adik-beradik aku pergi ke Aeon Bukit Tinggi sebab nak tengok artis. Ramai artis akan datang ke situ bersempena apa benda entah. Yang pasti artis-artis yang berkaitan Astro lah. Ramai sungguh ya manusia membanjiri Aeon Bukit Tinggi ketika itu. 






Hari Ahad nya tu, aku pulang semula ke UPSI. Balik UPSI kali ini agak tragis sedikit sebabnya dah sampai dekat stesen Segambut baru aku perasan terlupa bawa charger laptop. Dah aku kena patah balik semula ke KTM Nilai. Sampai situ je dah jam 8.15 malam. Terus naik semula KTM menuju ke Tanjung Malim. Sampai stesen Tanjung Malim jam 11.15 malam. Dan bas terakhir dari kampus lama menuju ke kampus baru adalah pada jam 11 malam. Uwaaa terpaksa aku naik teksi malam tu. Habis RM12 bayar tambang.

Dahlah aku kena kejar dengan anjing masa jalan kaki dari stesen KTM Tanjung Malim menuju ke pintu pagar masuk kampus lama UPSI. Sumpah takut gila. 7 ekor anjing okay. Aku tidak lari tapi aku berdepan dengan anjing-anjing tu dengan pandang mereka sambil jalan berundur. Sambil tu aku acukan payung dekat dorang supaya dorang tak serang aku. Alhamdulillah aku berjaya sampai ke pagar masuk UPSI dengan selamat. Tragis betullah nak balik UPSI kali nie. Tertinggal charger laptop, kena kejar anjing, bas tak ada, teksi pulak mahal. Aiyooooo

14 comments:

  1. Assalamualaikum dik. tergelak akak kau ni baca entri ni. hahaha mak lampir tak marah ke kau bagi nick name baik punya ni? hihi btw akak suka gila kat Dira dengan Rita. mohon amik gambar mereka boleh? hahahhaa *gurauje*

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak sheila =)
      mak lampir tu dah boleh adapt dgn nama tu, hahahaa
      nak ambik, ambik je.. tak kesah pun =)

      Delete
  2. Amboi, ligat hang ek? Hihi.

    Teringin nak pergi Festival Belia hari tu, tapi, busy sangat, jadi tak dapat pergi

    ReplyDelete
  3. Goodluck exam zarep ! :P btw nice Entry ^^

    ReplyDelete
  4. Tepat 31mei bru scara rasmi xde baucer dlm purse.haha

    ReplyDelete
  5. Dosa ltk pic ddh aurat

    ReplyDelete
  6. Hihi, mmg lagha, kak pon suka dira abu zahar.. Dia xbyk mekap sgt... Natural jer dia..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...