Assalamualaikum dan salam sejahtera
AEON sekali lagi melakukan inovasi kepada
produknya apabila berkolaborasi bersama Kewpie untuk memberi variasi kepada
pilihan produk AEON Delicatessen. Pelancaran kolaborasi tersebut berlangsung di
AEON Mall Cheras Selatan, Selangor. Melalui kolaborasi ini, AEON Delicatessen akan menambah mayo berperasa cili padi
oleh Kewpie kepada 10 variasi produknya termasuk sushi, bakeri dan delica.
Menurut Azidah Alimuddin, Ketua Bahagian Delicatessen, Bakeri dan Pusat
Pemprosesan Makanan AEON, mereka ingin mempertingkatkan rasa dan
kualiti produk di AEON Delicatessen dan yakin kolaborasi mereka bersama Kewpie akan
memberikan sesuatu yang baru kepada pelanggan mereka. AEON berasa sangat
bersyukur kerana berpeluang bekerjasama dengan sebuah jenama yang sangat
terkenal dengan keenakan mayonnaise dan “dressings” di negara ini.
Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut Atsushi Miyata, Pengarah Urusan Kewpie
Malaysia; Shimpei Okada, Timbalan Pengarah Urusan Kewpie Malaysia; Soon Soo
Choong, Pengarah Jualan Kewpie Malaysia; Naoya Okada, Pengarah Urusan AEON
dan Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Perdagangan dan Pemasaran AEON.
Majlis pelancaran tersebut juga dimeriahkan dengan acara ‘treasure hunt” dan
beberapa aktivi lain yang menghiburkan.
Menurut Naoya pula pelancaran ini juga merupakan salah satu usaha AEON untuk
mendekati ekosistemnya melalui pelbagai program dan aktiviti sempena ulang tahun
AEON yang ke-40. Beliau bersyukur kerana AEON telah berkembang maju,
dan akan terus memberikan produk dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan
pemegang taruh kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pelanggan dan
rakan kongsi kami yang telah bersama kami selama ini.
AEON Delicatessen sentiasa memperluas jangkauannya dengan memperkenalkan
pelbagai produk baru. Untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk
kualiti dan keterjangkauan, AEON telah memperbaharui imej jenama Delicatessen
dengan memperluaskan rangkaian produknya.
Pada masa ini, AEON Delicatessen menampilkan empat jenama iaitu Coco Café,
sebuah kafe gaya kopitiam yang menarik; La Boheme, yang menawarkan pelbagai
roti, pastri, dan puding yang segar; La Boheme Coffee, yang terkenal dengan
campuran unik biji kopi dari Brazil Cerrado, Colombia Huila, dan Indonesia Sumatra;
dan Sucrée Amor yang menawarkan pelbagai jenis pencuci mulut yang lazat.
No comments:
Post a Comment