Saturday, June 29, 2024

Filem "I Not Stupid 3" Arahan Jack Neo

Assalamualaikum dan salam sejahtera

I Not Stupid 3 kini mula ditayangkan di pawagam seluruh negara. Filem ini ditulis dan diarahkan oleh Jack Neo yang cukup berpengalaman dalam industri filem tanah air Singapura. Penglibatan beliau lebih sedekad dalam industri perfileman, tidak dapat disangkal lagi dengan pencapaian yang beliau telah kecapi.


I Not Stupid 3 berkisarkan perjuangan seorang pelajar antarabangsa yang berhijrah ke bumi Singapura dan memasuki sekolah rendah Cina peringkat 6. Pada awalnya beliau tidak suka akan penghijrahan ini, namun terpaksa akur kerana keputusan keluarga. Datang dari latar belakang keluarga pertengahan dan mula mengalami masalah kewangan apabila bapanya memutuskan untuk berpisah dari ibunya.


Ibu Zi Hao mengalami tekanan dalam memastikan anaknya, Zi Hao, mendapat keputusan yang cemerlang demi mendapatkan tempat belajar yang lebih bagus dan menjamin masa depan. Tekanan ini memaksa ibu Zi Hao mencuba pelbagai teknik belajar yang direkomendasikan oleh kawan-kawannya keatas Zi Hao. 

Zi Hao bagaimana sulit pun, mencuba sebaik mungkin untuk mengikuti kata ibunya dan beliau berjaya mendapatkan keputusan yang baik dalam setiap ujian. Namun begitu, pesaing beliau merupakan Jayden. Jayden merupakan pelajar terbaik kelasnya dan sangat popular dalam kalangan guru di sekolah itu kerana prestasinya yang cemerlang.


Pada asalnya, Zi Hao dan Jayden berkawan baik. Namun setelah diagah dan dibanding-bandingkan sesama sendiri, persahabatan mereka mula merenggang. Malah membawa kepada permusuhan. Jayden yang hidup dalam tekanan ibunya, mengambil langkah untuk sabotaj Zi Hao ketika di dalam peperiksaan bagi memastikan beliau sentiasa menjadi pelajar terbaik di dalam kelas tersebut.


Hal ini bagaimanapun diketahui oleh guru sekolah tersebut dan telah disampaikan kepada ibu bapa Jayden. Penerimaan ibu Jayden bersifat defensif dan tidak percaya. Malah mengadukan guru tersebut kepada kementerian pelajaran. Akhirnya, kedua-dua ibu kepada Jayden dan Zi Hao, khilaf akan kesilapan mereka setelah beberapa insiden berlaku di dalam filem tersebut. 


Untuk tahu lebih lanjut, korang kenalah tonton filem ini okay. I Not Stupid 3 ber-genre-kan komedi dan penuh dengan drama. Ada bahagian yang kelakar dan ada bahagian yang sedih. Sesuai untuk ditonton oleh semua lapisan masyarakat tidak kira umur dan bangsa. Terutama sekali buat para ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sedang dibangku sekolah.

Jangan lupa tonton okay !

No comments:

Post a Comment