Sunday, June 16, 2024

Xin Chou Vietnam - Satu Hari di Ho Chi Minh City

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sampai sudah ke bahagian terakhir percutian Know Know Arrived aku di bumi Vietnam. Entri nie merupakan hari terakhir aku berada di Vietnam yang mana kami meneroka Ho Chi Minh City sebelum bertolak pulang ke Malaysia. Flight kami pada belah malam, jadinya kami ada satu hari penuh untuk teroka. Jom !


Sebelum sampai ke Ho Chi Minh, kami dah google tempat untuk simpan luggage sebab tak nak lah usung luggage kehulu-kehilir. Agak tak convenience dan menyusahkan. Jadinya kami cari locker room. Korang google je tempat simpan luggage dekat Ho Chi Minh, nanti akan keluar. Kitorang jumpa satu tempat, dan tempat itu merupakan sebuah hotel. Dorang ada sediakan khidmat simpan luggage. Kena bayar ikut bilangan luggage. 


Simpan je luggage dekat hotel tu, kami bersiap-siap pakai baju cantik untuk OOTD di Ho Chi Minh City. Takkanlah nak teroka tempat pakai baju tidur naik bas malam tu. Tidak ya. Actually tak adalah nak teroka sangat sebabnya kitorang dah penat dan kena ada dekat airport awal untuk elakkan kejadian yang tidak diingini. Tapi flight kitorang belah malam, jadi ada masa yang cukup untuk jelajah Ho Chi Minh. Mungkin tak dapat pergi banyak tempat, beberapa tempat pon jadilah.


Pagi tu masa sampai, perkara pertama kami cari ialah tempat untuk sarapan. Dekat Ho Chi Minh City nie pon korang tak perlu risau pasal makanan Halal sebab literally banyak gila. Boleh dikatakan, ada satu lorong iaitu District 1, didedikasikan untuk sediakan makanan halal. Dekat situ juga korang akan berjumpa dengan ramai Malaysian. Kebanyakkan Malaysian akan menginap di lorong nie sebab restoran-restoran Halal berlambak dekat bawah hotel.



Menu dia macam biasa, roti tu dan juga hidangan sup dia. Aku memang peminat tegar sup Vietnam, jadinya aku tak ada masalah nak makan pho Vietnam nie bila-bila masa. Sesudah kenyang, barulah ada tenaga untuk berjalan-jalan. Ayuh manfaatkan satu hari yang ada nie, untuk teroka bumi Ho Chi Minh. Destinasi pertama ialah Pasar Ben Thanh.


Dekat pasar nie, korang boleh jumpa banyak orang jual cenderamata. TAPI JANGAN BELI DEKAT DALAM PASAR NIE SEBAB SEMUANYA MENIPU ! Mentang-mentang kita nie pelancong, dia pau kaw-kaw. Kalau korang bertanya dan tak beli, dorang akan sumpah seranah dalam bahasa dorang. Manners dan attitude penjual-penjual dalam pasar nie sangat kelaut dalam. JANGAN BELI APA-APA DALAM NIE.


Kalau korang nak cari cenderamata murah untuk bawa balik Malaysia, dekat lorong yang terdapat banyak restoran Halal tu, korang beli dekat situ je. Jauh lebih murah. Seriously sangat-sangat murah kalau nak dibandingkan harga cenderamata dalam pasar tu untuk benda yang sama.


Paling best, dekat Vietnam Disrtrict 1 tu dorang terima duit Malaysia. Lebih kurang je kalau bayar guna duit Malaysia Ringgit atau Vietnam Dong. Kalau rasa-rasa nak habiskan duit Dong, gunalah dekat sini. Ingat, beli cenderamata dekat sekitar Musa Karim Restaurant. Tempat yang aku beli nie betul-betul berhadapan dengan restoran tu. Sangat murah ya !

Some of the stuff yang aku beli sebagai souvenir dekat Ho Chi Min nie. Jam dengan seruling tu je aku beli dekat Dalat.

Kopi yang aku beli dekat Dalat dan Ho Chi Minh City

Macam yang aku cakap tadi, kitorang literally dah penat dan tak nak buat penerokaan yang heavy sangat. Jadinya, kitorang pergi tempat-tempat yang significant dan mudah diakses je. Dan tempat wajib tersebut sudah tentulah Apartment Cafe yang cukup instagrammable ini. Apartment Cafe merupakan lokasi wajib korang singgah kalau datang ke bandar Ho Chi Minh.


Pilihlah kafe mana yang menjadi pilihan hati. Kitorang seriously tak tahu nak pergi yang mana satu sebab dekat Google atau Tiktok sarankan kafe yang berbeza. Sudahnya kami pilih Meraki Cafe. Meraki Cafe nie ada dua cawangan dalam bangunan nie. Kitorang pergi yang atas Oops Cafe tu. Kami pilih kafe yang berada di tengah-tengah.

Dapat view Bitexco Tower

Makan kek dan minum-minum je sekadar untuk bergambar. Yang kelakarnya dekat bangunan nie, nak naik lif kena bayar. Ada orang jaga pintu lif. Mungkin sebab terlampau ramai tourist datang sini sekadar untuk bergambar dan tak singgah mana-mana kafe, makanya dorang charge untuk naik lift. Kalau korang naik lif dan singgah makan dekat mana-mana kafe, korang boleh claim duit yang korang bayar untuk naik lif tadi dekat kafe tersebut.


Asalnya aku ingat claim balik dekat orang yang jaga lif tu, rupanya kena claim dekat kafe yang kitorang singgah makan. Memang aku naik lif balik pergi ke kafe tu untuk claim. Walhal berapa dong je dorang charge untuk naik lif. Tapi sebab duit dong aku dah limited, aku jadi kesumat naik balik dan mintak. Orang kafe tu macam terkejut tengok pelancong gigih naik lif balik semata nak claim duit lif. Hahahaha


Seterusnya kami singgah Ho Chi Minh City Book Road. Peminat buku, boleh dapatkan buku-buku lama dan preloved dengan harga berpatutan dekat sini. Harga sangat-sangat murah. Kitorang ada lah beli few things dekat sini dan sekadar ambil vibe sambil minum kopi dekat salah satu cafe yang terdapat sepanjang jalan nie.



Seterusnya kitorang pergi ke Saigon Central Post Office. Pejabat pos ini masih mengekalkan cara lama orang dulu-dulu untuk kirim surat. Bukan itu sahaja, pejabat post office nie sangat terkenal kerana bangunannya yang cukup bersejarah kerana ia dibina sekitar tahun 1800s oleh orang Perancis sewaktu menjajah Vietnam.




Seterusnya, sekadar ambil-ambil gambar je dekat monumen dan gereja yang terkenal dekat sini. Cathedral Notre Dame Saigon tu tengah diselenggara, makanya begitulah bentuknya.


Ouh ya, kalau korang datang Ho Chi Minh, korang wajib singgah kedai kopi yang cukup terkenal dekat sini. Kira nie macam Starbucks local untuk masyarakat Vietnam. Nama kedai kopi tu ialah Trung Nguyen Legend. Korang waze jelah and pergilah mana-mana cawangan yang berhampiran. Kitorang singgah minum kopi sekejap dan berehat. Kitorang jugak ada beli serbuk kopi dorang untuk bawa balik. Kopi dekat sini harga dia sedikit keras. Tapi dekat sini boleh terima kad debit/kredit. Jadinya okaylah. Tak perlu pakai duit cash kami yang sudah agak limited masa nie.



Destinasi terakhir kami di Ho Chi Minh merupakan Tan Dinh Church. Ia merupakan sebuah gereja yang cukup terkenal kerana senireka bentuk dan warnanya yang berwarna merah jambu. Dari jauh boleh nampak gereja berwarna merah jambu ini. Salah satu lokasi yang cukup terkenal dan menerima kunjungan yang tinggi daripada para pelancong yang datang ke Ho Chi Minh.




Masa nie kami dah penat sangat. Mungkin sebab banyak berjalan kaki sepanjang ada dekat Ho Chi Minh. Daripada satu tempat ke satu tempat, tak walking distance sangatlah. Jauh jugak. Kalau sanggup, jalanlah kaki. Kalau rasa penat, naik je grab. Mudah dapat dan tambang pon berpatutan. Kami terus singgah makan dulu siap-siap sebelum pergi ke airport sebab takut dekat airport tak ada benda yang boleh dimakan. Flight pon lambat lagi, jadinya kami pergi ke Restaurant Musa Karim tapi cawangan yang lagi satu dekat Vietnam District 1 tu.


Selesai makan, kami terus pergi collect luggage dekat hotel yang kami letak tu. Lepastu barulah kami bertolak menuju ke lapangan terbang. Dekat lapangan terbang kami siap-siap mandi dan bersihkan diri untuk balik ke Malaysia. 


Selesai check in luggage, masa untuk habiskan sisa baki duit tunai VND yang ada dekat tangan. Singgah beli kopi local dalam airport iaitu Highlands Coffee. Not bad rasa coffee dorang. Sambil-sambil tunggu flight, minum kopi and baca buku dulu. Hihi



Masa untuk berlepas. Dekat dalam kapal terbang kami makan lagi. Lepastu bantai tidur sebab penat gila. Mungkin sebab banyak berjalan kaki kot. Apa-apa pon Alhamdulillah perjalanan kami di bumi Vietnam selesai dan walaupun tidak begitu lancar pada mulanya, tapi kami sangat enjoy. Kita merancang, tapi Allah sebaik-baik perancang. Dia maha tahu apa yang terbaik untuk hambaNya. 


Terima kasih korang sudi baca perjalanan Know Know Arrived Vietnam aku. Nantikan perjalanan Know Know Arrived aku ke negara yang seterusnya di lain entri. Bye !

2 comments:

  1. How do you think you will rate Ho Chi Minh if kau bukan orang yang minum coffee?

    ReplyDelete
    Replies
    1. you can go for sightseeing sbb banyak attractions dekat sini, cumanya kalau xde masa utk expore, i guess okay je kot sbb i love their pho. so i will rate 7/10

      Delete