Assalamualaikum dan salam sejahtera
Untuk sambutan tahun baru tahun 2024 agak advance ya sebab level antarabangsa. Memang sudah menjadi satu rutin tahunan kami berdua akan pergi berjalan-jalan somewhere untuk sambut tahun baru.
Untuk trip Know Know Arrived kali nie tidaklah dikira last minute sangat sebabnya kami finalize untuk proceed sekitar bulan 11 macam tu. Dari situ kami mula merancang itu ini. Dan tidak sangkalah, trip kami kali ini agak sedikit mencabar sebab kami tak foresee keadaan imigrasi di Vietnam ketika merancang. Kalau ikutkan, sempat je kalau tiket bas kami pada malam tu tidak dibatalkan last minute oleh pihak bas. Tapi benda dah nak jadi.
Alhamdulilah semuanya dah selamat dah pon. Korang yang merancang nak pergi ke Vietnam lepastu nak naik sleeper bas untuk ke destinasi seterusnya kena pastikan bagi ruang waktu daripada waktu ketibaan dan waktu naik bas sebabnya imigration proses dekat Vietnam sangat tak efisien. Trauma aku dibuatnya.
Sumpah ketakutan aku pada malam tu masih teringat-ingat ya. Butirannya boleh baca sini : LINK
Berbalik kepada cerita sambut tahun baru di Vietnam. Kami sambut dekat Dalat. Terdapat satu dataran dekat Vietnam yang saiznya agak besar. Malam tu memang sangat meriah. Boleh dikatakan seluruh penduduk sekitar Dalat datang hadir untuk countdown malam tu. Malah masa kami mengopi malam tu, barista tu siap cakap dia tak sabar nak habis shif untuk pergi ke dataran.
Kitorang cuma minum-minum kopi je. Tak ada rancang nak sambut tahun baru sangat pon, cuma sekadar nak tengok bunga api. Tapi ramai kata bunga api tak ada dekat Dalat. Kena pergi jauh sikit. Sambutan perayaan dekat Dalat tak ada bunga api katanya. Kami pon tak adalah beriya nak berkumpul dekat dataran tu. Tapi sebab malam masih muda dan balik hotel pon nak buat apa je, makanya kami pergi singgah ke dataran tu.
Meriah ya sambutan tahun baru dekat Dalat. Kami sangat terhibur walaupun tak faham apa pon lagu yang penyanyi-penyanyi jemputan tu nyanyi. Kitorang just vibing macam kitorang faham je bait-bait lirik yang dinyanyikan. Kami datang tak prepare apa pon, even bateri phone dengan pocket wifi kami dah nak habis battery ya. Free seating so duduklah mana-mana yang korang dapat. Kitorang pon bukanlah datang awal sangat tapi dapatlah duduk dekat tempat selesa. Kemeriahan sambutan tahun baru dekat Dalat nie, korang bleh tengok dekat video Tiktok aku : LINK
Satu pengalaman yang cukup menyeronokkan. Pertama kali dapat sambut tahun baru dekat luar negara.
Untuk perjalanan kami selama 4 hari 4 malam di bumi Dalat, korang boleh baca dekat enttri-entri Vietnam yang aku dah publish. Mana tahu korang ada merancang untuk pergi ke Dalat nanti, bolehlah jadikan rujukan. Semua aku dah perincikan butiran-butiran tempat yang kami kunjung dalam entri tersebut.
Hari keempat kami di Dalat Vietnam, belah malam tu kami bertolak ke stesen bas untuk menaiki sleeper bas menuju ke Ho Chi Minh semula. Bas kami lewat malam, jadinya kami ada one full day untuk teroka Dalat buat kali terakhir. Kitorang dah siap-siap check out sebelum keluar tapi kami tinggalkan bag dekat hostel yang kami inap tu. Owner bagi je letak luggage kami dekat ruang tamu dia. InsyaAllah lah selamat. Bukan ada orang sangat dekat hostel tu.
Sebelum nak naik sleeper bus balik ke Ho Chi Minh malam tu, kitorang siap boleh mandi lagi dekat hostel tu. Owner bagi je kami bersiap dan tumpang mandi even lepas dah check out.
Meyh aku cerita pasal tempat penginapan kitorang.
Penginapan
4 hari 3 malam: 1,500,00.00 VND (Lebih kurang dalam RM280). Murah kan ?
Kalau korang dah baca cerita aku dekat link atas tu, korang pasti sudah tahu yang kitorang kena scam dengan hostel yang kitorang book dalam Agoda. Tak adalah scam sangat sebabnya kami tak ada buat pembayaran apa pon. Cumanya dia kacau planning kami. Dahlah baru sampai masa tu, penat gila. Tup tup hostel sudah tidak beroperasi lebih 6 bulan. Tak pasal-pasal kami kena book hostel baru. Musim tahun baru pulak, hostel banyak penuh.
Tapi Alhamdulillah kami berjaya book hostel baru dan hostel kami yang nie jauh lebih baik dan memudahkan perjalanan kami sepanjang di Dalat. Percaturan Allah tu memang hebat !
Hostel nie hostel budget je. Ibarat macam rumah orang tua yang anak-anak semua dah besar dan ada rumah masing-masing, jadi mak bapa dorang buat rumah dorang sebagai rumah tumpangan. Bertingkat-tingkat rumahnya. Banyak jugalah bilik dalam bangunan nie. Dan masa kami nak book nie, hampir fully booked. Tinggal dua bilik je kosong. Mujur sempat secure bilik sebelum habis.
Dekat hostel nie, owner ada menyediakan sewa motor juga. Sangat mudah sebabnya tak perlu cari motor jauh-jauh. Nak pulangkan kunci pon senang. Aku sangat recommend korang menginap dekat hostel nie kalau korang dalam percutian bajet. Ingat nama homestay nie, Homestay Tam An.
Yang agak payah sikit tu, owner tak faham English. Jadi kami terpaksa guna bahasa isyarat dan juga translator tiap kali nak berkomunikasi dengan dia. Sumpah comel owner hostel nie. Cara dia nak fahamkan kitorang tu, sangat comel.
Sewa Motor
Macam yang aku cakap, main transportation kitorang dekat Dalat ialah motor. Memang kitorang dah plan nak sewa motor bila sampai sini. Alhamdulillah sangat dipermudahkan sebab tempat penginapan kitorang tu ada sediakan sewa motor jugak. Senanglah nak berurusan dan pulangkan motor nanti. Harga sewa motor dekat Dalat nie pretty standard. Semua sama je, tak kesahlah dekat mana pon korang sewa.
Hari pertama masa dapat motor vs hari terakhir masa nak pulangkan motor
Tapi minta maaf sangat-sangat sebab aku lupa gila harga sewa motor berapa. Dalam notes aku pon tak ada. Kalau tak silap aku, satu hari dalam RM24 macam tu. Bayar total masa pulangkan motor. Kad pengenalan Malaysia aku jadi taruhan. Pulangkan kunci motor, baru dia pulangkan IC aku. Bayar duit motor masa pulangkan kunci. Bila bayar tu, siap dapat diskaun lagi. Baik aunty rumah nie.
Nak isi minyak pulak senang je. Kitorang sekali isi dalam 50,000 VND. Lebih kurang dalam RM10 macam tu. Dapat jalan jauh dan tahanlah. Depends berapa jauh korang berjalan. Dekat Dalat nie, literally pusing-pusing situ je tapi ada tempat yang jauh jugak. Ambil masa dalam 30-40 min naik motor.
Makan
Bab makan dekat Dalat nie tak perlu risau sebabnya komuniti Muslim semakin berkembang di sini dan banyak je restoran Halal yang ada dekat Dalat. Tapi kalau korang duduk lama dekat Dalat, korang akan rasa bosan sebab literally pusing-pusing restoran itu sahaja yang korang akan singgah untuk dapatkan makanan Halal. Ada 5 buah restoran Halal sekitar Dalat tapi cuma 4 je yang beroperasi. Satu lagi tu dah tak wujud kot. Tapi signboard ada lagi.
1. Restoran Hajah Hawa
Ini restoran Halal paling the best dekat Dalat. Even malam pon dorang masih buka. Selama 4 hari 4 malam kitorang dekat Dalat, ini merupakan restoran paling kerap kitorang singgah. Sangat recommended ! Waktu malam pon dorang masih beroperasi. Aku gerenti restoran nie akan menjadi restoran makanan Halal yang korang akan paling kerap singgah.
2. Restoran Kampung Melayu
Ini port sarapan kitorang. Nak datang waktu lunch pon okay je tapi menu dia macam menu sarapanlah. Menu dorang agak limited. Sebab tu time sarapan je kitorang datang sini. Not bad rasa dia. Bolehlah bagi perut kenyang. Jadikan ini port sarapan korang supaya tak bosan makan dekat tempat yang sama.
3. Ismael Halal Food
Restoran nie okay jugak untuk makan. Not bad rasa dia. Banyak pilihan selain makanan ruji masyarakat Vietnam. Mee goreng tu sangat sedap ya. Dua kali datang, dua kali order menu yang sama. Sini waktu malam dorang tutup. Kalau nak dinner, kena datang awal. 6 petang kot dorang tutup. Tapi waktu malam memang restoran nie tutup.
4. Shree Ganesha Restaurant
Restoran nie merupakan restoran yang menyajikan menu-menu masyarakat India tapi Halal. Satu-satunya restoran Halal yang lain sedikit konsepnya. Restoran lain semua menawarkan menu-menu yang hampir sama. Tapi restoran nie lain sikit. Harga pon agak keras sedikit. Tak lah keras sangat cumanya nak dibandingkan restoran lain tu, restoran nie agak pricey. Dan ini merupakan satu-satunya restoran makanan Halal yang menerima bayaran menggunakan kad debit/kredit. Restoran lain semua bayaran guna cash ya.
5. Restaurant Fatimah
Signboard je ada tapi sudah tidak beroperasi atau mungkin dah berpindah. Kami tak pasti. Banyak kali datang, banyak kali tu jugak gelap je. Consider tak payah pergi.
Lecehnya dekat Dalat nie ialah semua pembayaran adalah dalam bentuk bayaran tunai. Tak boleh bayar menggunakan kad. Jadinya, kenalah tukar duit cash banyak-banyak.
Okay ini baru cerita bab makan berat je, belum lagi cerita kedai-kedai kopi yang kami singgah. Jujurnya, banyak gila kedai kopi kitorang pergi. Vietnam nie syurga kopi. Merata ada je kedai-kedai kopi yang cantik dan instagrammable.
1. Still Cafe
2. Now Coffee Bistro
Banyak lagi sebenarnya, tapi sekadar singgah untuk beli kopi je. Rajin-rajinlah korang teroka ya.
Rasanya itu sahaja untuk sesi percutian aku dekat Dalat sepanjang 4 hari 4 malam. Alhamdulillah aku dah cover semua cerita dari mula aku sampai sehinggalah tiba masa untuk aku pulang ke Ho Chi Minh City semula. Nantikan cerita terakhir aku di bumi Vietnam iaitu One Day in Ho Chi Minh City. Korang doalah supaya entri nie cepat siap ya. Hahahaha
Thank you for sharing this, Zharif. Adik aku memang teringin sangat nak ke Vietnam. Kitanya mana tahu apa-apa sangat pasal Vietnam ni.
ReplyDeleteVietnam banyak tempat boleh pergi. Untuk kitorang Dalat lah sebagai pilihan. InsyaAllah next time kalau ada rezeki boleh explore the other part of Vietnam
Delete