Saturday, May 25, 2024

Dining With The Queens : Bufet Makan Malam Bersempena Hari Ibu yang Bertemakan "Nyonya" oleh LEGUMES

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jenama katering terkenal Malaysia, Legumes, menganjurkan acara pratonton hidangan masakan kateringnya yang hebat dan lazat pada sambutan Hari Ibu yang lalu. Majlis tersebut telah diadakan di Fun Fun Event Space yang terletak di Puchong. Majlis tersebut merupakan teaser untuk Dining With The Queens iaitu makan malam istimewa yang berlangsung selama 3 hari bagi mendedikasikan buat kaum ibu.


Acara tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif & pengasas bersama Legumes Cik Siow Miqi dan Pengarah Jualan Encik Earon Teh. Miqi. Mereka turut berkongsi kisah sejarah Legumes, dan evolusinya menjadi jenama katering yang terkenal. Selain itu, mereka turut berkongsi inspirasi mereka dalam menghasilkan buffet makan malam istimewa untuk sambutan hari ibu ini.


Earon sempat berkongsi perancangandan projek-projek Legumes di masa akan datang termasuklah rancangan untuk memenuhi keperluan universiti dan institusi tempatan untuk mengambil pelatih dan juga rangkaian baru "Mini Buffet" untuk majlis-majlis yang lebih kecil, kasual dan lebih peribadi. Selain itu, meeka turut memperkenalkan logo baharu jenama dan aset yang akan mencerminkan nafas baharu perniagaan mereka.


Majlis tersebut juga mempertontonkan demonstrasi memasak oleh COO & pengasas bersama En. Kenneth Chua Wei Xian dan Legumes Junior Sous Chef Nur Aufa Athiya Binti Othman. Chef Aufa menyediakan kotak yang dipenuhi dengan buah-buahan, kacang kudapan dan makanan-makanan ringan yang lain. Manakala Chef Kenneth yang dibantu oleh Chef Demi dan Chef James mendemonstrasikan cara memasak Ayam Kong Pao kegemaran warga tempatan.


Tetamu dapat mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti, termasuk bakul bunga DIY untuk ibu, dan permainan carian perkataan yang berkaitan dengan acara Hari Ibu. Terdapat juga gerai foto di mana tetamu boleh merakam detik-detik menyeronokkan, serta peraduan media sosial untuk berkongsi gambar yang diambil semasa acara itu untuk memenangi hadiah-hadiah hebat.


Beberapa tetamu dapat membawa pulang hadiah termasuk hamper kotak sayur yang disertakan dalam beg penyejuk LEGUMES yang cantik, dan tiga pemenang bertuah telah diberikan tiket untuk 3 orang ke bufet Makan Malam Hari Ibu Dining With The Queens.


Makan Bersama The Queens Bufet Makan Malam Hari Ibu Dining With The Queens akan berlangsung dari 10 hingga 12 Mei, juga di Fun Fun Event Space ini. Para tetamu akan dapat memilih daripada pelbagai hidangan bertema Nyonya yang menarik. Tiket berharga RM168 seorang dewasa dan RM88 untuk umur 4 hingga 12 tahun. Manakala kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah adalah percuma.


Selain meraikan ibu, pengunjung juga boleh turut menyumbang dan hasil kutipan akan disalurkan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM). Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan dan inisiatif Legume, sila layari https://www.legumes.com.my/ . 

Acara pratonton itu bukan sekadar merasai hidangan yang disajikan, namun is juga adalah untuk satu bentuk penghormatan yang tulus kepada semua ibu yang merupakan orang terpenting dalam hidup kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...