Assalamualaikum dan salam sejahtera
Marilah kita sambung My Xin Chou Journey aku yang dah lama tersimpan dalam draft dan tak siap-siap. Nak move on ke Know Know Arrived trip yang seterusnya tapi kena siapkan cerita Vietnam nie dulu. Kali nie kita akan cerita lagi tempat-tempat menarik yang korang boleh lawati di sekitar Dalat, Vietnam. Ikuti butirannya !
6. Alpine Coaster @ Thac Datanla
Harga tiket : 250,000 VND/adult
Parking motor : 5,000 VND
Nak ke Alpine Coaster nie agak tekeluar sedikit dari pekan Dalat. Macam dah masuk kawasan highway yakni kawasan berbukit dan jalan cantik. Kitorang pergi sini awal pagi juga selepas bersarapan. Walaupun datang awal, tapi barisan punyalah panjang. Nasib baiklah jenis bergerak dengan cepat.
Coaster nie boleh naik sorang atau berdua. Kalau korang datang single, dia bagilah naik sorang. Tapi kalau korang datang berdua atau secara genap, dorang suruh naik berdua sebab tengah ramai. Tengok keadaan, kalau kurang orang, bolehlah naik sorang-sorang.
Sumpah best gila naik coster nie. Korang wajib cuba !!!! Agak laju ya coaster nie sebab muka bumi kawasan yang berbukit-bukit. Korang kena sentiasa peka dan kawal brek. Kalau tak, habislah bertembung dengan orang depan. Mujur masa nie, orang-orang depan kitorang semua budak muda. Jadinya semua pakat bawa laju-laju. Bayangkan orang-orang tua yang naik ? Memang korang kena ikut pace dorang lah jawabnya.
Alpine Coaster nie dia ada tempat persinggahan. Tempat persinggahan dia di kawasan air terjun. nama tempat nie ialah Datanla Waterfall. Korang boleh lepak-lepak sambil minum kopi dekat kafe dan menikmati pemandangan indah sekeliling. Kalau korang rasa tak nak explore atau dah puas explore, boleh terus beratur untuk naik coaster semula. Ini merupakan satu-satunya persinggahan, kiranya lepas naik coaster lagi untuk korang ke tempat mula tadi.
Naik coaster untuk balik nie, baru boleh naik single. Jadinya kitorang naik sorang-sorang. Tapi tak ada apa sangat pon naik coaster untuk balik. Literally kita tak perlu kawal apa-apa sebab dia automatik "ditarik" untuk ke tempat asal, tak macam masa mula tadi yang mana kita boleh kawal kelajuan coaster kita.
7. Dalat Cable Car
Harga tiket (roundtrip) : 120,000 VND/adult
Parking motor : 3,000 VND
Agak kelakar sistem cable car dekat sini. Boleh pulak beli tiket one way. Semua cable car yang aku pernah naiki, semuanya round trip. Tapi dekat Vietnam nie, korang boleh pilih untuk beli tiket one way sahaja sebab dekat perhentian lagi satu, korang boleh teruskan menjelajah ke tempat lain. Kalau korang tak bawa kenderaan, bolehlah kot beli tiket one way. Kalau dah sewa motor, kena patah baliklah jawabnya. Mana boleh beli tiket one way. Motor tu nak tinggal bagi sape pakai. Hahahaa
Ouh ya, dah sampai ke perhentian lagi satu tu, korang bolehlah minum kopi sambil tengok pemandangan which is sangat biasa dan serius cakap, bosan gila cable car dekat sini. Sekadar naik cable car sahaja. Tak ada benda pon. Tapi dah alang-alang sampai Dalat nie, naik jelah. Bila lagi nak sampai sini kan.
8. Green Hills Dalat
Harga tiket : 100,000 VND/adult
Kelakarnya dekat Vietnam nie, banyak tempat yang ada tiket masuk, akan dapat air percuma. Sama macam dekat Green Hills nie, korang boleh pilih nak air apa. Green Hills nie tempat untuk bergambar sahaja. Untuk korang yang suka ber-OOTD inilah tempatnya. Pastikan korang pakai baju cantik-cantik bila datang sini. Ouh ya, Green Hills nie literally bersebelahan je dengan Dalat Cable Car. Betul-betul berhadapan kawasan parking motor.
Dekat sini, ada satu spot tempat bergambar yang menjadi tumpuan iaitu spot yang ala-ala macam dekat Bali. Menariknya, ada pembantu yang disediakan untuk membantu pengunjung mengambilkan gambar di spot ini. Korang hanya letakkan casing phone korang dekat meja orang tu dan itulah dikira sebagai nombor giliran korang. Photographer tu memang akan guide satu per satu pose yang boleh dibuat. Tapi dia tak boleh berbahasa Inggeris. Jadinya bila giliran kitorang, literally dia diam je. Hampeh. So kesimpulannya, aku tak bagi duit tips. Kah !
Memang cantiklah hasilnya. Pastikan korang pergi ambil gambar dekat sini dulu baru fokus dekat tempat lain sebab sini kena tunggu giliran dan ramailah. Bayangkan kalau datang berkumpulan dan setiap orang tu nak bergambar sorang, so bersabarlah. Posinglah banyak mana yang korang nak, tapi bertimbang rasa sebab ramai lagi orang lain menunggu.
Agak-agak rasa dah puas bergambar di setiap sudut, bolehlah balik. Aku perhatikan, dekat Dalat nie banyak tempat untuk bergambar sahaja. Kalau korang jenis minat ber-OOTD, seronoklah dapat datang sini sebab banyak gila spot yang cantik. Tapi kalau jenis tak bergambar, tak tahulah nak cakap macam mana.
9. Clay Tunnel
Harga tiket : 120,000 VND/adult
Parking motor : 8,000 VND
Satu lagi lokasi yang hanya khusus untuk bergambar. Clay Tunnel nie pon agak sedikit jauh dari pekan Dalat. Dan ia berhampiran dengan Dalat Wonderland. Bolehlah sekalikan dua tempat nie alang-alang dah travel jauh. Tapi kitorang tak pergi Dalat Wonderland tu sebab kitorang rancang nak pergi taman tema lain keesokkan harinya. Boleh je kalau nak pergi dua-dua tapi kitorang pilih ntuk pergi satu sahaja. Lagipula masa nie dah lewat petang. Sempat terjah satu tempat je.
Untuk pengetahuan korang, segala yang terdapat dalam Clay Tunnel nie dihasilkan daripada tanah liat. Agak mengagumkan bagaimana mereka mengukir dan menghasilkan replika-replika yang ada dalam Clay Tunnel ini daripada tanah liat. Korang boleh saksikan sendiri betapa banyaknya ukiran, replika, rekabentuk pelbagai benda, baik benda hidup mahupun benda tidak hidup.
Paling menarik, siap ada satu sudut yang didedikasikan khas untuk covid-19. Sumpah comel-comel karikatur yang dibuat. Sangat menggambarkan situasi dan bagaimana perjalanan covid menodai dunia.
Terdapat beberapa sudut OOTD yang terkenal dalam Clay Tunnel nie. Antaranya ialah yang berbentuk swan nie dan juga dua muka yang bertentangan antara satu sama lain. Dekat dua muka bertentangan tu, ada photographer yang ditugaskan untuk ambil gambar. Korang bolehlah suruh dia ambilkan gambar dan beli gambar tersebut dekat kaunter.
Tapi malang sekali ya, dorang tak edit langsung gambar tu untuk hilangkan background yang busy. Andai kata ada orang interframe gambar korang, dengan orang-orang tu wujud dalam gambar. Kok ye pon, edit lah dulu hilangkan background yang busy. Sangat tak berbaloi untuk beli gambar yang diambil. Better ambil gambar sendiri je.
10. Mongoland
Harga tiket : 100,000 VND
Parking Motor : 3,000 VND
Dalam banyak-banyak tempat, Mongoland antara tempat yang korang wajib lawati sebab banyak gila attractions dekat sini. Macam-macam ada. Yang best tu ada mini zoo yang korang oleh berada secara dekat dengn haiwan-haiwan tersebut. Haiwan-haiwan nie pulak sangat jinak dan behave ya. Ada kambing renek, unta, alpaca, hamster, arnab dan macam-macam lagi. Korang boleh bagi makan, ambil gambar dan sentuh dorang.
Selain daripada itu, aktiviti yang dinanti-nanti sudah pastinya gelongsor tiub warna-warni yang ada dalam Mongoland nie. Nak naik benda nie kena beratur panjang dan korang boleh naik berulang-ulang kali sebanyak mana yang korang nak. Itupun kalau korang sanggup. Sorrylah tak ada gambar untuk permainan tiub nie. Even masa rekod video pon, kamera sampai beralih arah ya. Agak menakutkan main benda nie tapi sumpah best gila !
Kalau korang ada extra duit dan nak mencuba pakaian tradisional suku kaum Mongoland, bolehlah sewa. Kitorang malas nak bazir duit dan rasanya kalau perempuan, worth it lah kot nak sewa baju sebab baju dorang unik dan cantik. Baju lelaki macam biasa-biasa sangat.
Pokoknya banyaklah aktiviti yang korang boleh buat dekat sini dan yang penting, banyak gila tempat OOTD yang cantk. Make sure korang datang sini pakai cantik-cantik. Masuk sini, auto dapat percuma air sebotol setiap tiket.
11. Cau Dat Dalat
Harga Tiket : Tiada tiket masuk
Parking Motor : Percuma
Cau Dat nie agak sedikit jauh daripada Dalat. Lebih kurang 30 minit + menaiki motorsikal. Ini merupakan salah satu tempat yang aku nak sangat pergi sebab dari keci lagi aku teringin datang ke lokasi yang ada kincir angin yang besar. Alhamdulillah impian itu direalisasikan sewaktu kunjungan aku ke Dalat Vietnam.
Tak pasti apa nama lokasi sebenar, tapi korang boleh Waze : Cau Dat Farm. Waze akan bawa korang ke kawasan kincir angin nie. Lepastu pandai-pandailah cari spot yang menarik untuk korang bergambar. Kawasan nie merupakan kawasan terbuka kepada umum. Jadinya korang bebas untuk berkeliaran di kawasan sekitar. Ambillah gambar dan buatlah konten sebanyak-banyaknya.
Kat sini juga, kalau korang bernasib baik ada sorang pakcik tu bawa keldai peliharaannya untuk pengunjung tunggang nik atas bukit.Dan pakcik tu akan tolong rekodkan video korang tunggang keldai tu. Agak professional juga hasil video dari pakcik tu. Berbaloi bayar 50,000 VND pada pakcik tu.
Untuk spot terbaik, korang singgah ke Haiyih Tea & Coffee. Belilah kopi satu dua cawan buat syarat untuk duduk dalam cafe tu. Sumpah view dari dalam cafe nie cantik gila !!!
--------------------------------------------------
Okay itu sajalah tempat-tempat yang kami sempat lawati sepanjang berada di Dalat Vietnam. Kalau ikutkan banyak lagi tempat tapi sebab kami dah penat dan tak larat nak explore dan bergambar, makanya ini sajalah yang sempat kami singgah. Harap boleh jadi rujukan buat korang yang merancang untuk ke Dalat nanti.
Siri My Xin Chou Journey masih belum tamat. Nantikan entri seterusnya !
Terima kasih kerana sudi baca.
No comments:
Post a Comment