Friday, May 28, 2021

Nio Case Untuk Sudio Nio Diperbuat Daripada Kulit Epal

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ingat lagi tak, baru-baru ini aku ada berkongsi mengenai peranti fon telinga tanpa wayar yang aku dapatkan dari pengeluar gadget terkenal Sweden iaitu SUDIO. Peranti tersebut ialah Sudio Nio yang mana fungsinya cukup cemerlang. Untuk penggemar muzik seperti aku, memang sangat beruas hati memiliki Sudio Nio ini. Dan baru-baru ini, aku dapatkan "baju" untuk dipakaikan pada Sudio Nio aku. Mari aku perkenalkan Nio Case dari Sudio. Ikuti butirannya !

NIO Case for Sudio NIO

Nio Case ini merupakan aksesori baharu keluaran Sudio untuk melengkapkan Sudio Nio. Dengan adanya Nio Case ini, makanya Sudio Nio akan tampak lebih stylo dan lebih terjamin dari segi aestetikanya.

NIO Case for Sudio NIO

Cukup mengejutkan sekali kerana Nio Case ini dihasilkan menggunakan bahan bio kitar semula iaitu daripada kulit buah epal. Ya, kulit buah epal. Pasti ramai yang tidak percaya. Siapa sangka kulit buah epal boleh diproses dan menghasilkan sesuatu yang cantik dan berguna seperti ini. Kebanyakkan daripada kita semua akan membuang kulit buah epal keran tekstur rasanya yang sedikit pahit. Namun siapa sangka, dengan kemajuan teknologi dan kajian yang dibuat, kulit buah epal boleh menghasilkan pelbagai benda. 

NIO Case for Sudio NIO

Proses menghasilkan Nio Case ini memang cukup unik. Mula-mula, kulit buah epal ini didapatkan dari Lembah Bolzano yang terletak di Italy. Kulit ini kemudiannya dikeringkan dan ditumbuk sehingga menjadi serbuk halus untuk dijadikan bahan asas. Terus serbuk ini dicampur dengan bahan lain yang tidak beracun dan organik maka terhasil kulit biodegrasi. Kulit ini amat lembut apabila disentuh dan tahan lama. Ia lebih bagus daripada produk kulit yang lain dan hal ini dipersetujui oleh USDA dan VeganOK sendiri.

NIO Case for Sudio NIO

Dengan adanya Nio Case ini makanya peranti fon telinga tanpa wayar Sudio Nio ini lebih terjamin keselamatannya. Menjadikan ia tidak mudah calar dan sedikit sebanyak mengurangkan gegaran yang boleh merosakkan komponen dalaman Nio itu sekiranya ia terjatuh. 

Jangan lupa dapatkan Nio Case sekarang. Setiap pembelia Sudio Nio, anda berpeluang mendapatkan Nio Case pada separuh harga. Ya 50% diskaun daripada harganya. Dan jangan lupa untuk menggunakan discount code aku : JEJAKA untuk dapatkan 15% diskaun tambahan. Menarik bukan ? Apa tunggu lagi, layari laman sesawang mereka sekarang : https://www.sudio.com/my/

NIO Case for Sudio NIO

Tawaran ini sah sehingga 6 Jun 2021. Dan yang bestnya, penghantaran adalah percuma di seluruh negara. Juga terdapat 3 tahun jaminan daripada Sudio Sphere. Jom dapatkan sekarang !

8 comments:

  1. Wow unik gile buat guna kulit epal.

    ReplyDelete
  2. Cantiknya casing! If they got pink pink glittery & gold , I am so going to buy it. It sounds like UNICORN!

    ReplyDelete
  3. I also like this new NIO Casing the vegan friendly leather is so soft and durable.

    ReplyDelete
  4. Senangkan dah ada case, kalau jatuh at least takde laa calar balar, Sis punya Nio ada jatuh sekali, nasib laa tak cedera hehehehe

    ReplyDelete
  5. Best la Sudio skrg ada casing dia sendiri when purchase the product! This is something that I am looking for, for my Sudio.. dulu takde stress cari kat Shopee takut tak muat kan.. ni confirm2 muat dah..

    ReplyDelete
  6. Lepas ni mungkin akan ada Nio Case ini diperbuat daripada kulit Durian lak hehehehe.... Best cantik dan juga sama seperti kulit yang selalu digunakan sebelum ini...

    ReplyDelete
  7. cun kan casing ni... nampak elegen lagi sebab warnany hitam heheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...