Monday, May 31, 2021

Pengalaman Mengambil Vaksin Astrazeneca di PWTC

 Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, baru-baru ini aku berkesempatan mengambil vaksin Astrazeneca dos pertama di PWTC. Oleh itu, kali nie aku nak kongsikan pengalaman mengambil vaksin di sana. Ikuti butirannya !

Pengalaman Mengambil Vaksin Astrazeneca di PWTC

Sebaik sahaja pengumuman pembukaan slot untuk vaksin Astrazeneca dibuka, aku terus tempah tarikh vaksin. Pada ketika itu, banyak tarikh sudah penuh. Kalau ikutkan, aku nak pilih lokasi yang dekat dengan rumah je, iaitu di Shah Alam. Tapi ketika itu, slot yang kosong adalah pada awal bulan June. Malas aku nak tunggu bulan June baru nak ambil vaksin, jadinya aku ambil pada tarikh seawal yang mungkin yang masih available di mana-mana tempat yang ada. Dan ketika itu, slot di PWTC masih lagi banyak yang kosong. Aku pilih tarikh 25 Mei. Cepat-cepat aku tempah dan selesai. 

Pengalaman Mengambil Vaksin Astrazeneca di PWTC

Tak lama daripada tempahan tarikh tu, korang akan terima temujanji dalam aplikasi Mysehjahtera. Dan slot aku diberikan pada jam 3.30 petang. Bersyukur sangat masa tu sebab dapat slot sebelum jam 5 petang. Sebabnya, kalau slot selepas jam 5 petang, crowd agak ramai dan perlu beratur panjang di luar. 

Hari yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba. Masa untuk pergi vaksinkan diri ! MKN akan mengingatkan kita akan temujanji vaksin baik melalui mesej mahupun panggilan telefon. Banyak kali dorang ingatkan tau untuk pastikan korang ingat dan tak terlepas tarikh temujanji.

Pengalaman Mengambil Vaksin Astrazeneca di PWTC

Alhamdulillah, sangat smooth aliran vaksin di PWTC. Semuanya teratur je perjalanan dari mula nak masuk sampailah masa untuk dicucuk. Semuanya berjalan lancar dan lokasi penuh dengan tagging. Sangat memudahkan pengunjung yang hadir untuk vaksin. Tahniah buat semua staf yang bertugas dalam memastikan kelancaran proses vaksinasi. Boleh saksikan perjalanan vaksin aku di PWTC dalam video di bawah.


Tips nak pergi ke pusat vaksin :
  • Bawa pen sendiri sebab ada banyak butiran korang kena isi. Sudah tentu korang tak nak berkongsi-kongsi pen di musim pandemik nie kan, betul tak ? Jadi, bawa pen sendiri. 
  • Kad pengenalan jangan lupa bawa. Sangat penting untuk pengesahan identiti. Untuk bukan warganegara, kena bawa passport.
  • Pastikan aplikasi Mysejahtera yang didaftarkan atas nama korang ada dalam phone dan pastikan korang ada internet sendiri. Aku rasa, zaman 2021 nie semua orang ada data sendiri. Ada lagi ke yang tak subscribe data bulanan ? Wow, macam mana korang hidup erk. Tibehh.
  • Pakai baju yang mudah untuk tunjukkan lengan korang yang seksi itu. Untuk wanita, boleh pakai sleveless dan sarungkan dengan jacket atau cardigan. Yang lelaki, dah kenapa ko nak pakai baju lengan panjang waktu-waktu macam nie ? Dalam instagram bukan main bubuh gambar separuh bogel. Time nak vaksin tutup aurat lah pulak. Tibehh emo. 
  • Disiplin diri dan jaga diri sendiri. Jaga jarak, ikut SOP. 

Pengalaman Mengambil Vaksin Astrazeneca di PWTC

Pengalaman Mengambil Vaksin Astrazeneca di PWTC

Kesan selepas vaksin ?

Setiap orang berbeza cara penerimaan badan terhadap vaksin itu. Untuk aku, tangan tempat dicucuk tu sangat lemah dan tak bermaya ya sehingga hampir 3 hari. Balik daripada vaksin tu, aku rasa okay lagi, tak ada apa-apa perubahan yang major. Tapi bila dah malam dekat waktu nak tidur, badan aku sudah mula nak demam. Malam tu memang aku demam dan rasa tak larat nak bangun. Memang rasa nak berselubung dengan selimut je. Sedikit rasa sakit kepala dan badan rasa sakit-sakit sekiranya dipegang. Terus telan panadol 2 biji dan tidur. 

Alhamdulillah bangun keesokkan paginya, dalam masa 24 jam setelah aku divaksin, badan sudah mula kembali normal. Demam berkurangan dan aku boleh berdiri macam biasa. Kira boleh berfungsi dengan normal lah. Rasa macam teruk gila demam malam tadi, tapi bila bangun besok paginya tu, eh eh macam tak ada apa-apa yang berlaku pulak. Cepat betul kesan vaksin tu hilang.

Pengalaman Mengambil Vaksin Astrazeneca di PWTC

Pengalaman Mengambil Vaksin Astrazeneca di PWTC

Menurut doktor, kesan-kesan vaksin seperti demam, tak bermaya, pening kepala semua tu adalah normal. Dalam sehari dua selepas pengambilan panadol, badan kita sepatutnya beransur pulih. Namun sekiranya kesan ini berlanjutan sehingga seminggu, makanya korang kena terus cepat-cepat berjumpa dengan doktor. 

Apa-apa pon, Alhamdulillah perjalanan vaksin aku untuk dos pertama berjalan lancar dan badan aku dapat terima dengan baik. Tak sabar nak lengkapkan dos kedua pulak nanti. Tarikh untuk dos kedua masih belum keluar lagi.

Pengalaman Mengambil Vaksin Astrazeneca di PWTC

Untuk korang yang masih belum mendaftar untuk vaksin tu, cepat-cepatlah daftar okay. InsyaAllah giliran korang akan tiba juga nanti. Tak kesahlah apa jenis vaksin tu, asalkan sifatnya sama iaitu mencegah untuk mengurangkan risiko Covid-19. Untuk golongan antivaksin pula, cukup-cukuplah memomokkan orang-orang dengan agenda korang tu. Tak nak vaksin, sudah. Duduk diam-diam. Tak payah banyak bising dengan teori-teori korang. 

Jom capai kelompok imuniti agar kita cepat-cepat dapat kembali menjalankan kehidupan seperti sedia kala šŸ˜Š

4 comments:

  1. Alhamdulillah tahniah Zharif settle dos pertama, seronok baca. Moga kat negeri lain ni cepatlah dapat kan ni antara salah satu cara untuk bantu frontliner yang dah penat dengan covid-19 kan..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Good entry Zarif. Akan ikut semua yang nasihat diatas hehe

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. tahniah.. selamat utk dos pertama.
    Semakin bersmangat pulak SS nak amik vaksin nanti.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini