Friday, May 7, 2021

Know-know Arrived Pulau Pinang

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kali nie aku nak bercerita trip jalan-jalan penghujung tahun 2020. Selama hari ini, aku ingat aku dah lama tidak merentas negeri. Rupanya baru aku teringat, aku pergi ke Pulau Pinang hujung bulan 12 haritu sebelum PKP dikuatkuasakan awal bulan Januari. This post is going to be lenghty as i will sumbat everything in one post. Bear with me guys. Ikuti butirannya !


Trip kali ini merupakan trip tiba-tiba. Memang tak plan apa-apa. Rasa macam nak pergi, terus book hotel dan pergi. Sebenarnya, trip ke Pulau Pinang nie sepatutnya rombongan keluarga. Aku dan keluarga aku nak bercuti sama-sama. Tapi nak dijadikan cerita, sehari sebelum bertolak, adik perempuan aku disahkan positif Covid. Terus dia dibawa oleh ambulans ke pusat kuarantin. Dan mereka-mereka yang berada satu rumah dengan dia, termasuklah ayah, ibu dan adik-beradik perempuan aku yang lain, kena ikut kuarantin jugak dan tidak boleh keluar rumah. 

Masa tu memang aku dah hampir dua minggu jugak tak balik rumah di Banting. Aku berada di rumah sewa di Puncak Alam dan kadang-kadang tidur rumah adik lelaki aku di Bandar Tun Hussein Onn. Agak sedihlah pada mulanya sebab trip nie terpaksa dibatalkan. Walhal dah semangat kot. Dah mula terbayang-bayang jambatan Pulau Pinang, tup tup tak jadi pulak.

Aku pon dah mula redha walaupun dalam hati rasa nak sangat pergi. Memang kerja gila, malam tu jugak adik aku cadang kitorang pergi bertiga je. Aku, dia dan juga Faries. Malam tu jugak book hotel dan malam tu jugak kitorang betolak ke Pulau Pinang senyap-senyap tanpa pengetahuan ibu dan ayah aku. Hahahaha

Kitorang beli coffee dan kudap-kudapan sebagai bekalan dalam kereta. Jam 11 malam kitorang bertolak menuju ke Pulau Pinang. Memang kerja gila, nekad betul nak pergi tu. Aku dan Faries gilir-gilir memandu. Lebuhraya sangat clear tak banyak kereta walaupun boleh merentas negeri masa nie. Dalam jam 3-4 pagi macam tu, kitorang sampai di Pulau Pinang. Penat dan mengantuk. Semua dah gelap dan kedai-kedai dah tutup. Yelah, semua kedai beroperasi sampai jam 12 malam sahaja. Tiada kedai dibenarkan buka 24 jam masa nie. 

Gigihlah kitorang mencari jugak hotel untuk bermalam malam tu. Nak bayar per hour je. Cari di kawasan Seberang Perai. Kebanyakkan hotel dah penuh sebab masa nie cuti hari Krismas. Rate satu malam pon boleh tahan mahal, tak ada yang kira per jam. Plus, masa tu dah jam 4 pagi. Sayang pulak nak bayar harga untuk satu malam. Sebab pagi-pagi dah nak mulakan penjelajahan sekitar Pulau Pinang. Kitorang cuma nak lelapkan mata je untuk beberapa jam. Dapat baring atas katil kejap pon dah okay dah. Tapi akhirnya, kitorang putuskan untuk tidur dalam kereta je. Parking kereta depan Starbucks, dan tidur sampailah waktu subuh. Parking depan Starbucks sebab tak adalah sunyi sangat, plus ada lampu sikit, jadi tak adalah bahaya. 

Weyhh belum mulakan cerita penjelajahan dah berperenggan-perenggan, acano nie. Hahahaha

Pagi tu, kitorang mandi dan bersiap-siap dekat masjid je. Tak ingat apa nama masjid tu. Ingatkan tak boleh masuk di luar waktu solat. Nasib baik boleh. Lepas siap je, terus kitorang cari tempat makan. Nama pon percutian tiba-tiba, jadi memang tak ada plan langsung. Pakai redah je. Pagi tu jugak google cari tempat makan best. Maka kami dipertemukan dengan kedai Warung Pak Su Mee Udang. Kat mana tu entahlah, aku dah lupa. Hahaha



Kitorang ambik dua set. Setiap set nie boleh dimakan untuk 2 orang katanya. Jadi kami ambil satu set udang dan satu set ketam. Dapat sekali dengan nasi. Dan inilah set itu. Agak sedih ya melihat kuantiti udang itu. Total harga makan dekat sini RM51.00. Agak-agak berbaloi tak ?

Tastewise, okalah sedap. Tapi harga dia cekik darah sikit. Tak padan dengan kuantiti yang diberi. Udang 5 ketul je ? Wow ! Hahahahahaha. First and last lah kot. Sapelah dok suggest kedai makan nie dekat Google. Aiyooooo sedih dik nonnn.

Lepastu barulah kami terus menuju ke pulau. Wohoooo excited betul ! Tak sangka jadi jugak datang ke Penang nie walaupun penuh onak dan liku. Tak adalah beronak berliku sangat. Saja bagi drama sikit. Hari pertama nie tak adalah rancang nak ke mana-mana sangat sebabnya kitorang sedikit penat dan kurang rehat. Jadi cuma buat sight-seeing je. Singgah beli Ais Tingkap yang ramai gila orang tu. Beratur panjang tapi ku gigihkan jua sebab terlampau mengidam. Datang ke Penang wajib singgah sini !


Lepastu kitorang terus check in untuk letak bag dan juga berehat. Sebab penat sangat. Mengantuk tak cukup rehat. Belah petang tu baru keluar semula pergi ke Balik Pulau. Jalan-jalan tepi pantai dan minum petang dekat Starbucks Balik Pulau. Lepastu balik semula ke hotel. Kitorang menginap dekat Wassup Youth Hotel. Bab-bab penginapan nie Faries yang tempah. Aku tak berapa reti sangat bab-bab tempah hotel nie. So dia tempah hotel nie untuk 3H2M. Agak kurang puas hati sedikit dengan hotel nie atas banyak sebab.

Wassup Youth Hotel

Satu, kitorang kena tambah duit sebab bilik tu untuk dua orang. Oleh kerana kami bertiga, kitorang kena tambah duit. Tak tahulah pulak dia kira ikut kepala. Aku dah mula rasa tak best dah masa nie sebab kena tambah duit.

Yang kedua pulak, bilik kitorang bau kepam nak mampus. Ibarat bau stokin yang baru lepas diguna dan ianya dalam keadaan basah. Perghhh kepam siot ! Kitorang bagi tahu pekerja situ bahawasanya bilik kami bau busuk, staf dia datang semburkan pewangi bilik. Yang mana ia tahan untuk beberapa ketika sahaja. Lepastu bau kepam balik. Aiyooo pengsan. 

Wassup Youth Hotel

Wassup Youth Hotel

Yang ketiga, servis lembab dan tak cukup kemudahan. Kitorang minta seterika, lepastu dorang cakap, seterika kena tunggu sebab ada bilik lain sedang guna. Bila tanya, berapa lama kena tunggu ? Dia kata tak tahu, mungkin kena tunggu sehingga jam 12 tengahari untuk tunggu orang yang pinjam tu check out. Like what the hell. Kena tunggu orang lain check out baru kitorang boleh dapat seterika dari orang tu ? Kah ! Sumpah lawak

Yang keempat, cadar katil kitorang kotor. Aiyooo 

Wassup Youth Hotel

Wassup Youth Hotel

Paling menyesal sebab kitorang lupa nak rate hotel nie dekat website yang kitorang tempah tu. Nak je luahkan segala yang kurang dengan servis hotel nie dalam website tu tapi dah tamat tempoh untuk beri feedback. 

Rate satu malam masa kitorang pergi nie dalam RM70/malam. Jadi total menginap dua malam dekat sini RM210 selepas tambah RM70 untuk extra kepala. Kepala tambahan dorang kenakan RM35/malam.

Wassup Youth Hotel

Wassup Youth Hotel

In term of aesthetic, hotel nie not bad lah. Cantik dan banyak tempat cantik untuk bergambar. Tapi disebabkan pengalaman yang kurang enak ini, aku sarankan tak payahlah menginap dekat sini. Ouh ya, pool dia sangat sedih ya. Consider tak ada pool pon boleh jugak. Sumpah kecik. Hahahaha. But what do you expect from hotel bajet kan, so aku tak kesah sangat pasal pool tu sebab memang tak rancang pon nak mandi dalam pool.

Deens Maju

Pada belah malam, kitorang singgah makan nasi kandar. Secara jujurnya, aku tidak minat makan nasi kandar. Bagi aku, nasi kandar nie rasa dia biasa je. Tak ada yang istimewa apa pon. Macam makan nasi campur tapi versi kari-kari. Itu pendapat akulah. Plus, aku tak berapa fancy sangat dengan kari-kari nie. Boleh makan cuma kalau ada pilihan lain, memang aku tak akan ambil lauk kari.

Deens Maju

Makan nasi kandar dekat Restoran Deens Maju. Kawan adik aku ajak jumpa and makan dekat sini. Katanya Deens Maju nie antara restoran nasi kandar yang popular dekat Penang. Ini bukanlah kali pertama aku berkunjung dan makan dekat sini. Pernah jugak makan dekat sini sebelum ini. Pendapat aku mengenai makanan dekat sini ? Entahlah dikk nonn. Macam yang aku cakap, aku tak berapa suka lauk kari. Jadi bagi aku, rasa dia kosong. Nothing fancy. Boleh makan, tapi tak minat. 

Masa nie hujan ya, tapi gigih jugak nak singgah. Mujur kawan adik aku tu sampai awal dan dia beraturkan untuk kami. Lama jugaklah dia beratur sebelum kami sampai tu. Ada gambar selfie kami berempat makan di sini tapi phone adik aku kena curi pulak, tak sempat nak air drop.

Habis makan, terus balik ke hotel. Sumpah penat gila sebab tak cukup tidur dan sehari suntuk habiskan masa berjalan.


Untuk hari kedua di Penang, banyak lokasi kami pergi. Seawal pagi kami dah bertolak keluar dari hotel. Kami nak menuju ke Bukit Bendera. Tapi sebelum tu, kami nak singgah makan dekat rumah kawan adik aku yang kitorang jumpa malam semalam tu. Keluarga dia berniaga nasi lemak dan nasi lemak dia cukup terkenal di Penang nie, terutama sekali di kawasan Balik Pulau. Keluarga dia merupakan pembekal nasi lemak kepada restoran-restoran di Penang. Lupa pulak lokasi dia meniaga. Tapi sumpah, nasi lemak dia memang terbaik. Antara nasi lemak terbaik aku pernah rasa. Bukan nak bodek tau, serius tak tipu.

Setelah makan, kami semua bertolak menuju ke Bukit Bendera. Tak jauh dah dari lokasi rumah kawan adik aku nie. Di Bukit Bendera, adik aku berjumpa seorang lagi kawannya. Adik aku nie memang ramai betul kawan ya. Merata tempat semua ada. Pilih je nak jumpa yang mana satu.

Bukit Bendera, Penang

Bukit Bendera, Penang

Agak ramai sungguh manusia ketika ini ya. Tapi Alhamdulillah tak adalah lama mana kami menunggu giliran untuk naik ke atas. Lebih kurang dalam setengah jam macam tu. Walaupun masa nie masih lagi dalam pandemik, tapi manusia tetap ramai. Jaga penjarakkan sosial ? You tell me how to keep a distance in a cable car ? Memang tidak ya.

Bukit Bendera, Penang


Memang kerja gila ya tengahari dekat atas Bukit Bendera. Panas terik tapi masih ada rasa sejuk-sejuk tu. Ingatkan bila dah isi perut dekat rumah kawan adik aku pagi tadi tu, kami rasa dah kenyang tak perlu bawa apa-apa makanan. Sekali sampai kat atas, perghhhh rasa lapar gila. Nak beli makanan atas nie agak mahal. Air cawan je pon dah berapa hengget.

Bukit Bendera, Penang

Tang nak turun tu perit sikit sebab kena beratur sangat panjang. Sangat-sangat panjang. Satu jam jugaklah beratur untuk naik trem balik. Ada satu makcik tua nie potong barisan kitorang kot. Borak-borak menunjukkan kemesraan, lepastu sikit-sikit menyelit, lama-lama eh eh dah ada depan kitorang. Malas nak gaduh, kami biarkan jelah. Lagipun orang tua, kami tak ada rasa ralat sangat cuma rasa sedikit annoying tu ada. 

Restoran Sup Hameed

Balik dari situ kami terus ke hotel untuk hantar kawan adik aku. Lagipun masa nie kami ada perkara perlu dibuat dan memerlukan laptop, jadinya kenalah balik sebentar. Tak lama lepastu, kami keluar semula untuk cari makanan. Kali nie kami singgah ke Restoran Sup Hameed sebab ramai yang sarankan dekat Google.

Restoran Sup Hameed

Sumpahlah rasa dia tak sedap langsung. Rasa nak muntah sebab daging bau hanyir. Selama hari ini, aku tak faham bila orang cakap rasa hanyir daging sebab aku tak pernah mengalami rasa itu. Tapi dekat Restoran Sup Hameed nie, pertama kali rasa hanyir daging. Rasa nak termuntah kot. Dahlah masa kitorang datang nie, salah satu staff dorang saling bertelagah dengan satu pelanggan nie sebab hidangkan makanan yang ada telur lalat. Dari situ, kitorang dah mula loya tekak. Walhal makanan tak sampai lagi. Sekali makanan sampai, sumpah rasa dia buat tak lalu makan. Hanyir sehanyirnya. Sapelah yang sarankan untuk singgah makan dekat sini dalam Google. Menyesal ikut. 

First and last kot makan dekat sini. Memang tak akan singgah lagi. Daging rasa hanyir dan restoran agak kotor. Tapi bergambar tetap kena ada ya. Awasss.


Lepastu kitorang pergi ke kawasan wall art Penang. Apa ntah nama tempat nie, aku lupa dah. Macam biasa, kalau datang sini, mesti ambik gambar dekat seni-seni yang ada. Kalau dulu, gigih dari satu dinding ke satu dinding. Semua dinding nak bergambar. Tapi sekarang, tengok-tengok macam tu je, tak rasa nak ambil gambar. Tambah-tambah bila kena beratur, memang lamberttt lagilah kami nak tunggu giliran untuk bergambar.

Tapi adalah satu dua dinding kami bergambar. Mana tempat yang kosong tak ada orang tu, kami bergambar. 


Lepastu kami singgah makan pencuci mulut dekat satu kafe yang cukup terkenal dengan pencuci mulutnya yang lazat dan kecantikan hiasan dalaman kafe itu. Dindingnya sering menjadi lokasi para instagrammer untuk bergambar. Jadi kami sebagai pelancong dan juga instagrammer, wajiblah mengabadikan kenangan dengan bergambar dan mencuba hidangan pencuci mulut di sini.

Ludwig Softserve, Penang

Ludwig Softserve, Penang

Nama tempat ini ialah Ludwig Softserve. Lokasi dia dekat kawasan sekitar wall art Penang nie jugak. Korang pasti akan terjumpa. Tak susah pon nak cari. Tanya je orang sekeliling, mesti dorang tahu. 

Ya Allah sumpahlah dessert dorang sedap-sedap. Ais krim dia pon sedap weyhhh ! Rasa nak beli banyak tapi memikirkan harganya, agak sedikit pricey tapi berbaloi sebab rasa dia sangat-sangat sedap. Korang wajib cuba waffle Pandan Coconut Gula Apong. Sumpah sedap !

Sebelum ais krim terjatuh ke lantai. Hahaha

Ludwig Softserve, Penang

Pulaknya ada kejadian yang agak memalukan masa dekat sini. Beriya ambil gambar makanan sekali ais krim dekat atas waffle tu jatuh ke lantai weyhh. Sumpah malu. Dahlah tak sempat nak rasa. Tapi staff dekat sini sangat baik, dorang gantikan dengan ais krim yang baru. Waaaa sumpah terharu. 

Ais krim yang telah diganti. Hihi


Kalau nak beli ais krim, beli yang perisa gula apong. Sumpah sedap. Kitorang beli perisa apa ntah, tak berapa ingat. Rasa dia biasa-biasa je. Yang gula apong tu sedap. 

Aku nasihatkan korang datang sini pada hari biasa sebab aku percaya, kalau hujung minggu, mesti penuh kafe nie. Kalau jadi pelanggan tu, korang kena bertimbang rasa jugak. Janganlah lepak lama-lama sangat dalam kafe nie sebab ramai yang beratur dekat luar untuk masuk. Ada tu makanan dah habis dah pon, tapi dia punya bergambar sampai ke sudah tak habis-habis. Dahlah tempat duduk dalam kafe nie agak terhad. 


Apa-apa pon, korang wajib singgah cuba hidangan pencuci mulut dekat sini. Sumpah sedap walaupun harganya agak sedikit mahal. Tapi berbaloi sebab bukan selalu datang. *Ayat nak sedapkan hati

Malam tu, kitorang singgah ke Padang Kota Lama Penang untuk makan pasembor. 


Memang ramai gila manusia masa nie. Mungkin waktu tu waktu untuk makan malam, jadinya ramai datang singgah makan dekat sini. Kadang buat aku tertanya-tanya, Covid-19 nie dah tamat dah ke ? Tengok macam tak ada apa-apa pon. Hahahahaha. SOP memang kelaut dalam rasanya.



Tak lama lepas makanan kitorang sampai, langit sudah mula mendung dan berangin cukup kuat. Itu tanda hari dah nak hujan. Ramai orang dah berpindah tempat duduk. Kitorang pon pindah tapi tempat duduk kawasan yang berbumbung semua dah penuh. Kitorang duduk jelah dekat kawasan yang terbuka sebab masa nie hujan tak turun lagi. Langit je dah mula gelap dan berangin. Dan dan habis je kitorang makan, hujan turun lebat-selebatnya. Fuhhh nasib baik tak turun masa kitorang tengah makan.


Dah jadi satu masalah nak pergi ke kawasan parkir kereta. Kitorang parkir agak jauh sikit masa nie. Maklumlah, kawasan Padang Kota Lama Penang nie memang sesak dengan manusia. Tambah-tambah waktu petang. Jadinya, nak dapat parkir tu susah sikit. Tu yang parkir agak jauh. 

Memang basah kuyup kitorang dibuatnya. Walaupun begitu, kitorang tak terus balik hotel, gigih jugak tu nak singgah mall yang berdekatan dengan hotel kitorang walaupun baju dah basah. Saja nak singgah H&M tengok-tengok baju. Bukanlah nak beli sangat pon. Kalau ada yang menarik, barulah beli. 

Lepastu barulah kitorang pulang ke hotel untuk berehat. Penat sungguh satu hari berjalan.

Wassup Youth Hotel

Hari terakhir kami di Pulau Pinang. Masa untuk check out dari hotel. Cukuplah sudah kami bermalam selama 3 hari 2 malam di Wassup Youth Hotel. Yer, sangat tidak disarankan untuk menginap dekat sini. Sebenarnya hotelnya okay je, cantik pon cantik. Cuma pengalaman menginap dekat sini kitorang tu agak tak best yang membuatkan aku rasa tak seronok bermalam di sini. 

Selesai je check out, kitorang terus cari lokasi untuk bersarapan. 

Roti Canai Transfer Road, Penang

Kitorang singgah bersarapan di Roti Canai Transfer Road. Sangat popular ya restoran roti canai nie, sampai kena beratur okay untuk makan. Memang ramai sarankan untuk datang bersarapan di sini. Sebagai seorang pelancong yang tidak mahu ketinggalan akan semua yang popular, wajiblah singgah sini kan. Kitorang order roti canai dengan kari daging dan ayam. Aku masa nie pergi beratur kedai sebelah yang jual roti bakar telur goyang. Yang tu pon ramai gila beratur. 

Roti Canai Transfer Road, Penang

Roti Canai Transfer Road, Penang

Okay, sumpah cakap memang sedap. Terbaik semuanya. Roti Bakar Telur Goyang tu sedap, Roti Canai Kuah Kari Ayam dan Daging pon sedap. Harga berpatutan. Cuma tempat duduk agak terhad. Nak dapat spot cantik untuk bergambar susah sikit. Tapi nasib baik dapat spot cantik untuk abadikan kenangan makan di Roti Canai Transfer Road nie. 

Roti Canai Transfer Road, Penang

Roti Canai Transfer Road, Penang

Kalau datang Penang, pastikan korang singgah bersarapan dekat sini okay. Sedap dan boleh bergambar cantik-cantik ala-ala klasik gituhhh. Tak tahu dekat bahagian mana restoran nie, korang guna Waze je. Malas pulak aku nak perincikan alamat, bukan review pon okay. Hahahaha

Ais Tingkap, Penang

Sebelum nak keluar dari Pulau, aku sekali lagi menggagahkan diri untuk beratur beli Ais Tingkap. Demi Ais Tingkap yang entah bila dapat berjumpa lagi, aku sanggup beratur panjang-panjang ya. Lantak lah. Takut kempunan. 

Ouh ya, baliknya tu, ada orang tu mengada-ngada nak naik kereta dalam feri. Katanya perkhidmatan feri akan diberhentikan dekat Penang nie, betul ke guys ? Aku pon tak pasti. Jadi, sebelum apa-apa, kitorang naiklah. Pon kena beratur panjang jugak ya untuk masuk. Berjam jugaklah menunggu. Tapi disebabkan takut lepas nie feri kat Penang tamatkan perkhidmatan, kami gagahkan jua. 



Sampai je Seberang Perai, kitorang tak terus balik. Adik aku nak jumpa kawan dia yang ikut kitorang pergi Bukit Bendera semalam tu sebelum balik. Makanya kita pergilah menuju ke situ. Sedar tak sedar, tiba-tiba aku nampak satu flyover yang seakan menjentik ingatan aku. Aku rasa macam kenal tempat itu. Sekali aku toleh ke kanan, ya Allah guys !! It's my matriculation college. 

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Sumpahlah rasa tak sangka betul boleh sampai ke sini lagi. Memang dah lama berniat nak singgah tapi tak tersinggah-singgah sebab jauh dari Pulau dan tak ada motif untuk aku datang. Kebetulan lalu masa tu, memang aku suruh dorang u-turn dan singgah sekejap untuk bergambar. 

Gigih ke idakk ?

Kolej Matrikulasi Pulau Pinang

Panas gila okay masa nie. Demi sekeping dua gambar, gigihkan juga. 

Lepastu terus menuju ke tempat kawan adik aku tu. Tak jauh pon dari matrik nie. Lebih kurang dalam 5 minit macam tu. Memang rezekilah dapat singgah matrik aku nie setelah 8 tahun meninggalkan dunia matrikulasi pada 28 April 2012. Siapa sini batch KMPP 2011/2012, kita geng !


Rupanya kawan adik aku nie nak belanja makanan yang dia jual dekat gerai dia. Allahu baik betul. Semoga murah rezeki. Memang sedap Ayam Percik Madu yang dia jual. Rojak dia pon best, kuah dia sedap gila. Tak pasti nama dia rojak ke pasembor. Aku pon keliru. Yang pasti sangat sedap. Korang yang berdekatan dengan kawasan Pongsu Seribu, bolehlah datang singgah ke sini okay. 



Kitorang bungkus je sebab masa nie aku ada kelas jam 2 petang. Jadi, kena mencari tempat duduk yang selesa untuk aku buat kelas. Makanya, kitorang singgah Tesco berhampiran. Tesco kot, aku pon tak ingat dah pasaraya yang kitorang singgah tu apa nama dia. Hahahaha


Awass ya, walaupun bercuti tak ingat dunia, kerja hakiki tetap kena jalan. Memang kelam-kabut jugak nak cari tempat masa nie, ditambah dengan bisingnya lagi dalam pasaraya tu. Mujur dapat juga buat kelas.

Lepastu barulah kitorang terus bertolak balik semula ke Selangor. Dan memang dah terniat, masa on the way balik tu nak singgah Jambatan Victoria, spot yang cantik famous amos untuk bergambar. Masa nie kejar masa sebabnya takut langit mula gelap. Nanti pengcahayaan tak cantik.

Jambatan Victoria

Kitorang sampai tu, memang langit sudah mula gelap sebab nak hujan dan juga sebab dah nak maghrib. Tapi sempat ambil gambar. Alhamdulillah ! Masa datang nie tak ramai orang. Jadinya tak adalah gambar jadi spoil. Habis je kitorang bergambar dan masuk kereta, hujan turun selebat-lebatnya. 


Alhamdulillah, percutian ke Penang selama 3 hari 2 malam tanpa rancangan yang rapi berjaya juga dilaksanakan. Walaupun tak dapat pergi satu keluarga, pergi bertiga pon okay dah. Dapatlah mengubat hati dan kerinduan untuk merentas negeri. Tak lama lepas daripada percutian ke Penang nie, terus Kerajaan umumkan PKP sekali lagi. Sampailah ke hari ini tak dapat nak merentas negeri. 

Kira bagus jugaklah kitorang teruskan juga niat nak pergi ke Penang nie. Tak adalah rasa ralat sangat tak dapat merentas. Kalau tak, memang makan hatilah nak travel jauh-jauh. Entah bilalah rentas negeri akan dibenarkan ya. Kita tunggu dan lihat. Kalau larangan rentas negeri ditamatkan, korang nak bercuti pergi ke negeri mana ? 


4 comments:

  1. Yeah.. leya pun baru blk dari Penang hari tu... Memang selalu jugak naik Penang jumpa sedara mara

    ReplyDelete
  2. Know Know Arrived and Tak Hajak - so sentap hahahaha

    I pun tak pergi semua tempat yang u tulis, walau selalu balik Penang

    ReplyDelete
  3. selamat menyambut hari raya, maaf zahir batin dari saya sekeluarga :)

    ReplyDelete
  4. Kalau tak baca post ni, memang tak tahulah adik kau ada yang positive COVID-19 tahun lepas. Hope everything is well since then.

    As orang yang pernah kerja hotel, kebanyakan hotel memang letak price for 2 pax. If there's additional pax, there'll be extra charges. Itu sebab selalu kalau nak booking, letaklah the exact number of pax yang akan stay. Untuk kengelakkan konflik dan ketidakpuasan hati dua-dua pihak.

    Tapi hotel yang kau duduk ni memang agak teruk ya, especially pasal cadar kotor tu. Minta tukar tak? Or diskaun?

    ReplyDelete