Assalamualaikum dan salam sejahtera
Okay kali nie aku nak berkongsi pengalaman bercuti dengan kawan-kawan di Kalumpang Resort & Training Centre yang terletak di Kalumpang, Selangor. Pada mulanya kami bercadang nak pergi berkhemah. Bila kita merancang dalam keadaan pandemik nie, makanya ada jelah benda yang kerajaan putuskan di saat-saat akhir yang membataskan pergerakan semua orang. Jadinya, cadangan nak pergi berkhemah di Janda Baik untuk kali kedua, gagal dilaksanakan. Kitorang pon carilah alternatif lain. Asalkan tempat tu ada sungai dan dalam kawasan Selangor. Makanya, kami dipertemukan dengan Kalumpang Resort & Training Centre. Ikuti butirannya !
Kalumpang Resort & Training Centre |
Ini merupakan kali pertama kami semua sampai di Kalumpang Resort & Training Centre. Malah untuk aku sendiri yang sangat kerap bermandi-manda di Nahara Kalumpang sewaktu belajar di UPSI dulu pon, tidak pernah sekali masuk ke Kalumpang Resort & Training Centre nie. Walhal sebelah je dengan The Nahara tu.
Kalumpang Resort & Training Centre |
Kalumpang Resort & Training Centre |
Alhamdulillah, perancangan bercuti ke Kalumpang nie tidak mengambil masa yang lama. Dapat je slot kosong, kami terus tempah dan masing-masing mula mohon untuk cuti. Makanya pada tanggal 19 March 2021, sampailah kami di Kalumpang Resort & Training Centre.
Chalet Merak 3, Kalumpang Resort & Training Centre |
Sangat teruja ya masa nie sebab dah lama tak pergi bercuti bermalam katanya. Namun sayang seribu kali sayang, sebaik sahaja tiba di Kalumpang Resort & Training Centre tu, agak sedikit kecewa kerana chalet yang ditempah, tidak berapa sesuai dengan kapasiti kami 10 orang nie. Ya, chalet kami terlampau kecil. Walhal ini merupakan chalet kedua yang kami tukar sebelum sampai ke sini sebab risau chalet yang kami tempah sebelum nie tak muat dan pihak mereka mencadangkan untuk kami ambil chalet yang baru ini, namun chalet itu juga sangat kecil untuk kami.
Chalet Merak 3, Kalumpang Resort & Training Centre |
Sangat-sangat kecewa sebab banyak kali confirmkan dengan pihak mereka untuk tanya betul ke muat untuk 10 orang dewasa bersaiz "gembira" diletakkan dalam chalet itu dan mereka kata muat sangat. Aiyooo. Even dalam website mereka menulis begitu yang mana bagi aku, kapasiti yang dicadangkan itu sangat tidak sesuai. Tak faham macam mana dorang boleh kata chalet yang kami tempah nie boleh memuatkan 10 orang dewasa. Sumpah sangat tertipu ya. Hahahahaha
Chalet Merak 3, Kalumpang Resort & Training Centre |
Chalet Merak 3, Kalumpang Resort & Training Centre |
Sebelum nie kami tempah Chalet Merak 1, lepastu atas saranan kami tukar ke Chalet Merak 3. Kalau Chalet Merak 3 nie pon kami dah rasa sempit, inikan pula kalau sumbat 10 orang dalam Chalet Merak 1. Chalet Merak 3 nie merupakan sebuah chalet satu bilik yang mempunyai ruang tamu.
Ruang tamu tu pulak cuma dibekalkan dengan kipas dinding dan tingkap tidak boleh dibuka. Jadi, boleh bayangkan ke tidak panas dia macam mana bila kami sampai tu ? Pendingin hawa hanya terdapat dalam bilik sahaja. Jalan penyelesaian, kitorang pasang aircond kuat-kuat dan pintu bilik dibiarkan terbuka supaya dingin aircond tu dapat dirasai sehingga ke ruang tamu. Tapi memang lambatlah nak rasa sejuk tu.
Chalet Merak 3, Kalumpang Resort & Training Centre |
Sampai-sampai je, kami alihkan sofa-sofa tu dan rapatkan ke dinding untuk bagi ruang kami letak tilam. Sofanya pon berhabuk tak ingat dunia ya. Sabor jelah. Beranda sekangkang kera depan pintu masuk, kami jadikan ruang dapur. Sumpahlah macam rumah setinggan dibuatnya. Hahahaha
Chalet Merak 3, Kalumpang Resort & Training Centre |
Chalet Merak 3, Kalumpang Resort & Training Centre |
Bab sempit tu satu hal, tilam sewa dan bantal pulak bau hancing kucing. Subhanallah !! Tak boleh teruk lagi ke pengalaman menginap di Kalumpang Resort & Training Centre nie ? Belum teruk lagi nie guys, ada yang lebih teruk berlaku pada hari kedua kami menginap di sini. Sabar jap, kita kupas satu-satu naa. Sekarang aku nak tunjukkan macam mana kami berlapan tidur di ruang tamu chalet Merak 3 tu.
Tilam angin tu, kami bawa sendiri |
8 orang tidur di ruang tamu. Memang dah macam tin sardin guys. Malam kedua baru pihak mereka tukarkan tilam dan bantal hancing tu sebab malam pertama tu, dah lewat malam sangat dan baru perasan bau hancing tu, jadinya tidur jelah dengan bau-bau tu, ko ghase ?
Ouh ya, pengalaman paling dahsyat sepanjang menginap di Kalumpang Resort & Training Centre ialah chalet kami TERBAKAR !!!!!! Wajiblah kita bagi huruf besar, baru semua mata terbeliak. Eh bukan sekali ya, dua kali terbakar sementara menunggu bantuan tiba. Aiyoooo
Tempat letak kad terbakar |
Serious cuak weyhh. Tiba-tiba ada percikkan api dekat tempat letak kad untuk hidupkan elektrik. Habis terbakar kad tu weyh. Satu rumah bau asap terbakar masa nie. Dahlah tingkap tak boleh dibuka. Berjaya padamkan api masa terbakar tu, lepastu panggil staff mereka datang untuk betulkan. Tengah tunggu mereka datang, terbakar lagi weyhh ! Semua bertempiaran lari keluar chalet.
Staff dorang pon betulkan balik suis tu dan berjaya hidupkan semula elektrik di chalet kami. Haishhhh macam-macam betul dugaan menginap dekat Kalumpang Resort & Training Centre nie. Mujurlah staff mereka jenis pantas dan bila ada kurang je, dorang akan bertindak. Bab servis jelah yang bagus dekat resort nie. Bab lain, meyhhh. Sampai boleh terbakar chalet kitorang, apa cerita. Hahaha
Chalet Merak 3 : RM300/malam
Okay cukuplah kita bercakap mengenai chalet. Sekarang aku nak berkongsi aktiviti-aktiviti yang kitorang buat sepanjang 3 hari 2 malam di Kalumpang Resort & Training Centre nie. Jom !
Sebaik sahaja semua benda dah settle down masa hari pertama check in tu, kami sambut birthday tertunggak Abg Ridzman dan juga Louise. Tak adalah merancang beriya nak sambut birthday pon, cuma sambut kecil-kecilan je. Beli kek sebiji untuk sambut. Itu je.
Walaupun kami tinggal di chalet berkonsepkan setinggan, tapi menu makan kami tetap meriah ya guys. Beriya bawa itu ini, siap tulis menu-menu yang hendak dimasak. Kata orang, biar kalah pada tempat tinggal, asalkan menang bab makanan. Hahahaha. Bernasib baik sebab ramai di antara kami nie memang hebat bab memasak, makanya bab perut memang terisi dengan cukup dan meriah.
Memang meriah menu-menu yang dimasak oleh kami semasa menginap di sini. Pihak resort hanya menyediakan sarapan pagi untuk dua orang secara percuma untuk setiap chalet. Dan restoran-restoran makan yang berada di dalam kawasan resort dan luar resort pulak agak terhad. Pilihan yang terbaik ialah, bawa alatan masak sendiri dan masak sendiri dekat chalet.
Sewa Rizab untuk ber-BBQ |
Ouh ya, malam terakhir menginap di sini, kami buat BBQ. Untuk ber-BBQ di sini, bayar RM50 untuk dapat satu rizab dan juga tempat BBQ beserta arang kayu. Bahan-bahan untuk ber-BBQ sila sediakan sendiri.
Selain aktiviti ber-BBQ, kami juga mengadakan acara sukaneka pada hari kedua kami menginap di sini. Mujur ada tempat untuk kami berteduh dan mengadakan sukaneka nie. Sepanjang sukaneka berlangsung, pegawai-pegawai KKM dan polis sibuk buat rondaan dalam kawasan resort untuk pastikan pengunjung mematuhi SOP dan memakai mask.
Terdapat 10 games yang akan dipertandingkan. Setiap kali kami rancang untuk bercuti, kami akan bahagikan tugasan masing-masing. Maka adalah AJK itu ini untuk pastikan percutian kami berjalan lancar. Jadinya untuk aktiviti-aktiviti sepanjang di sini, yang uruskan adalah AJK aktiviti. Ini termasuklah penggubalan jenis-jenis game yang dipertandingkan.
Memang takut tengok nama-nama game yang AJK Aktiviti buat nie ya. Tachoood betul !
Semua gigih bermain sebab ada hadiah yang disediakan. 3 tercorot siap ada denda okay, tu pasal semua bermain bersungguh-sungguh termasuklah AJK-AJK Aktiviti itu sendiri. Tak terkecuali. Memang cukup meriah ! Semua game best-best. Tak kering gusi dibuatnya. Yang mainnya sorang, yang mengacaunya ramai.
Korang boleh saksikan game-game yang dipertandingkan dalam video yang aku sediakan di bawah. Enjoy !
Selain daripada itu, aktiviti yang wajib buat ialah bermandi-manda di sungai. Di Kalumpang Resort & Training Centre nie, ada tempat untuk pengunjung ber-"flying fox". Percuma dan layan diri. Maksudnya tiada yang jaga, pandai-pandai sendiri untuk jaga keselamatan. Tak bahaya pon. Best, sebabnya boleh naik berulang-ulang kali.
Kalumpang Resort & Training Centre |
Kalumpang Resort & Training Centre |
Adapon gambar mandi-manda beramai-ramai. Mujurlah sentiasa ada yang ingatkan untuk gambar berkumpulan. Gigih ya Abg Ridzman pasakkan tripod dalam air. Siap nak dibawa arus lagi. Mujur handphone jenis kalis air. Kalau tak, memang menangis tak berlagu.
Kalumpang Resort & Training Centre |
Kalumpang Resort & Training Centre |
Itu sahajalah cerita semasa bercuti di Kalumpang Resort & Training Centre selama 3 hari 2 malam pada 19 March 2021 yang lalu. Walaupun macam-macam dugaan percutian kali ini, tapi bagi aku tetap satu kenangan yang tak dapat dilupakan. Mana boleh lupa, chalet terbakar kot. Hahahaha.
Entah bila dapat bercuti dan berkumpul beramai-ramai lagi macam nie. Sekarang kes Covid makin tinggi dan membimbangkan. Nanti bila kes sudah reda, kita plan bercuti lagi okay. Lepas nie nak ke mana agaknya ? Tunggu.
Till then, stay safe and stay at home guys !
Scenery kat Kalumpang ni memang best. Kalau rajin panjat lah ke kawasan atas lagi. lagi best. tapi tu lah.. chalet dia ya ampunnn..
ReplyDeletebestnyaaaa. suasana duduk dalam hutan2 camni lagi best :D
ReplyDeleteKenapa dengan chalet dia sis aisya ismail?
ReplyDeleteplanning nak camping kat sini mac nanti.
ReplyDeletetu yg dok search tentang tempat ni :)