Monday, May 31, 2021

Lebaran 2021 : Pakcik Azis Hilang di Pagi Raya

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tahun ini sekali lagi kita sambut hari raya aidilfitri dalam suasana PKP yang mana kali ini lebih ketat SOP bagi aktiviti ziarah-menziarahi. Pada mulanya boleh ziarah, namun di saat-saat akhir, kerajaan memutuskan tidak membenarkan aktiviti ziarah sambutan aidilfitri pada tahun ini bagi seluruh negara. Namun begitu, raya tetap perlu diteruskan biarpun banyak SOP yang ketat dikuatkuasakan.


Memang agak sedih apabila pengumuman itu dibuat kerana kami saudara-mara sudah merancang pelbagai aktiviti untuk hari raya pertama. Namun semua perlu akur dengan SOP yang dikuatkuasakan. Oleh itu, perancangan untuk berkumpul di Kapar pada hari raya pertama, terpaksa dibatalkan. Segala menu-menu raya yang biasa kami tempah dari orang kampung juga terpaksa dibatalkan atau dikurangkan dari segi kuantitinya.

Menu Raya 1

Menu Raya 2

Untungnya aku nie kerana rumah sedara-mara semua terletak di keliling rumah. Jadinya, suasana dan aktiviti raya itu tetap dapat dibuat walaupun tidak dapat mengikut seperti apa yang telah dirancang. Jadi kami beraya dengan penuh sederhana dan mengikut SOP perayaan yang ditetapkan. Ye ke ? Tibehh.

Raya tahun nie lebih sederhana. Ibu aku pon tak masak beriya sangat. Masak menu-menu wajib yang selalu ibu aku buat je dalam kuantiti yang sederhana. Yelah, tak boleh nak ziarah-ziarah. Jadi masak sikit-sikit je. 

Pagi raya, Pakcik Azis hilang 😡

Pagi raya, Pakcik Azis hilang 😡

Yang menjadi masalah ialah Pakcik Azis menghilang di pagi hari. Katanya nak tolong ambil kawan dia dari pusat kuarantin di MAEPS, Serdang. Kau tahu tak, MAEPS dengan Banting nie lebih kurang dalam 1 jam 15 minit. Tapi kami benarkan jelah dia pergi sebabnya tak beraya sangat pon.

Ingatkan dalam tengahari dia balik, sekali sampai jam 3 petang guys !!!! Memang dah hangin satu badan sebab lama sangat menunggu dia. Kitorang nak ambil gambar satu keluarga, tapi tak lengkap sebab Pakcik Azis tak ada. Rakan-rakan di instagram sudah ternanti-nanti gambar hari raya aku ketika itu (Eh ye ke ? Tibehhh). Hahahahaha.

Pakcik Azis baru munculkan diri pada belah petang

Konon posing "sewot" ala-ala marahkan Pakcik Azis 😡

Sampaikan, kitorang dah habis beraya, Pakcik Azis baru pulang dari mengambil kawannya. By that time memang semua dah terbongkang baring tak memakai pakaian raya sebab dah penat dan mengantuk. Makanya, kami terpaksa bersiap buat KALI KEDUA, hanya untuk bergambar sahaja. Siapa yang tak hangin guysss ? Mujurlah ayah sendiri. Kalau tak, memang nak carutkan sahaja. Tapi memang dah carutkan pon. Hahahahaa

Allah yang satu !

Ouh ya, lupa nak bagitahu. Tahun nie Faries beraya sekali dengan keluarga aku. Almaklumlah, dia tak dapat balik beraya dengan keluarganya di Negeri Sembilan. Oleh kerana atas dasar kesian dan kemanusiaan, kami menerima Faries untuk beraya bersama. Kah !



Tahun nie punya baju raya, design simple-simple je lepastu hantar. Pon last minute jugak hantar pada tukang jahit. Hampir setiap tahun aku lewat hantar pada tukang jahit. Nasib baiklah ada tukang jahit yang masih boleh terima tempahan. Tapi pakai cable jugak nie. Kalau tak, memang orang tu tak nak terima dah. Hahahaa.

Sebenarnya, kain ela untuk baju raya tahun nie dah beli lama dan kitorang sepatutnya pakai tema warna nie pada tahun lepas. Oleh kerana tahun lepas tersangkut dan tak boleh nak pergi mana-mana, makanya baju raya tahun lepas beli dah siap je. Dan baju mint green yang sepatutnya dipakai pada tahun lepas, kita pakai pada tahun ini. 

Shinbae si kucing gemok

Aku siap jahitkan baju untuk si Shinbae tau. Pertama kali jahit baju untuk kucing. Pakai buat je, asalkan ada dan sedondon. Jahit tangan dan Alhamdulillah, sampai ke petang si Shinbae mengenakan baju rayanya. Comel je tak tertanggal-tanggal. Dahlah aku terbuat kecil, tak pasal-pasal si gemok Shinbae pakai baju raya potongan slim fit. Hahahaha.

Oleh kerana dah bersiap cantik-cantik buat kali kedua, takkan bergambar dalam rumah sahaja kan ? Jadinya, kami keluar ber-photoshoot di Pantai Kelanang. Yelah, dah tak tahu nak buat apa lagi kan. Nak ziarah tak boleh, jadinya kitorang bergambar sahajalah bersama keluarga. 





Sampai dekat nak maghrib baru selesai weyh.Masa kitorang datang tu, memang kosong je tak ada orang. Makin lama, makin ramai pulak yang datang. Tapi oleh kerana kitorang ambil gambar tak sudah-sudah, memang tempat nie kitorang jelah yang conquer. Hahahahaa




Alhamdulillah, walaupun kita beraya dalam suasana PKP yang lebih dahsyat berbanding PKP tahun lepas, namun sambutan perayaan aku tetap juga meriah. Meriah mungkin sebab aku satu keluarga masih diberikan rezeki untuk beraya bersama. Siap bertambah-tambah ahli lagi. Bagi aku, raya tetap meriah asalkan kita dapat beraya bersama keluarga. 

Pakcik Azis suruh balik sebab dah nak maghrib, tapi semua masih sibuk bergambar

Dan kalaulah boleh aku berkongsi kemeriahan hari raya aku, sudah pasti aku kongsi. Tapi aku tak dapat nak kongsikan kemeriahan itu. Maklumlah, ramai mata-mata memerhati. Dunia penuh hasad dan dengki. Zaman cancel culture. Scary you know. Jadi aku letaklah gambar aku ber-photoshoot dengan family sebanyak-banyaknya. Nak letak gambar raya, tak boleh. Biarlah ia hanya tersemat dalam ingatan sahaja

Semoga tahun depan kita dapat beraya seperti biasa tanpa PKP dan sekatan itu ini. Sumpah rindu betul feeling nak balik kampung beraya. Rindu nak jumpa Tokki dan Wek di Pahang. Semoga tahun depan dapat rasai seperti itu lagi. Aminn.

Selamat hari raya maaf zahir dan batin buat semua pembaca setia Jejakakaula 😊

1 comment:

  1. camana faries tibeh2 dapat baju kaler sama..mmg dah plan dr tahun lepas ke nak beraya bersama... komplot ehh...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...