Friday, August 28, 2020

Fatin's Kitchen - Lepak Makan Santai Best di Danau Kota

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kalau bercakap soal makanan dan tempat makan best di kawasan Kuala Lumpur, pasti ramai menyarankan untuk ke Danau Kota. Danau Kota dan makanan sangat sinonim sehingga ia digelarkan sebagai syurga untuk makanan. Cakap sahaja nak makan apa, pasti ada di situ. Ia bagai pusat sehenti untuk semua jenis makanan. Ikuti butirannya !

Fatin's Chicken

Namun dalam banyak-banyak tempat makan di situ, ramai yang menyarankan untuk singgah makan di Fatin's Kitchen. Katanya ia restoran makan terbaik di kawasan Danau Kota ini. Sungguh kah ?

Fatin's Kitchen bukan hanya menawarkan menu-menu yang lazat tapi menawarkan suasana makan yang santai, bersih dan moden. Oleh sebab itu, ia sering menjadi lokasi pengumpulan dan menjadi pilihan tempat lepak sekitar Kuala Lumpur kerana kawasannya yang luas, mampu memuatkan ramai orang dalam sesuatu masa.

Fatin's Chicken

Oleh sebab itu, Fatin's Kitchen menyediakan pakej khas buat mereka yang ingin membuat majlis ringkas di sini. Jadi, pada mereka yang ingin membuat makan malam tahunan ke, majlis seminar ke, majlis sambutan hari jadi, gathering rakan-rakan, makan-makan bersama keluarga atau nak buat candle light dinner romantis dengan pasangan ke, boleh jadikan Fatin's Kitchen sebagai lokasi itu.

Fatin's Chicken

Fatin's Chicken

Bercakap soal menu di Fatin's Kitchen, menu-menu di sini boleh dikatakan agak unik dan jarang didapati di tempat lain. Antaranya ialah Nasi Lemak Rendang Rusa, Kambing Bakar Mongolia Style, Nasi Lemak Ayam Kalasan dan banyak lagi. Nama menu pon dah menampakkan menu masakan bertaraf 5 bintang, itu belum rasanya lagi. Kalau nak tahu macam mana sedapnya menu-menu di sini, kenalah datang.

Fatin's Chicken

Chef-chef di Fatin's Kitchen merupakan bekas chef hotel 5 bintang, jadinya tak disangkal lagilah menu-menu di sini mewah dan sedap. Nak cari Kambing Bakar Mongolia sedap ? Nak cari Nasi Lemak Rendang Rusa Danau Kota ? Semua boleh didapati di Fatin's Kitchen.

Fatin's Chicken

Jadi pada mereka yang mencari-cari tempat makan best di Danau Kota, bolehlah datang ke Fatin's Kitchen nie. Memang menjadi lokasi lepak anak muda yang gemarkan suasana yang selesa. Jom pakat ramai-ramai datang ke Fatin's Kitchen kalau singgah ke kawasan Danau Kota. Rasa dan presentation ibarat makan makanan di restoran 5 bintang, tapi harga seperti makanan 2 bintang. Berbaloi-baloi !

FATIN'S KITCHEN
No.77G & No.79G, Blok D Platinum Walk, 53300 Danau Kota Setapak, KL

Waktu operasi : Isnin - Ahad (12.00PM - 12.00 AM)

Fatin's Chicken

Instagram : @fatinkitchenhq
Tel : 016 - 224 4487

13 comments:

  1. Nice place to go. Boleh lepak makan sini kalau ke danau kota nanti. huhu

    ReplyDelete
  2. kalau turun kl boleh pegi sini, nampak sedap.Lamb rock dia nampak sedap gila

    ReplyDelete
  3. Nampak semua makanan semua sangat menyelerakan. Tambahan pula di Kuala Lumpur pula, jauh dan tambah2 PKPP risau nak pergi kedai. hehe

    ReplyDelete
  4. menarik gak menu2 kat sini ye. nanti nak try lah. thanks sharing

    ReplyDelete
  5. Wah......nampak gayanya saya wajib singgah ke Fatin’s Kitchen nie. Bukan krn makanan dia shj nampak menarik. Tapi nama restaurant nie juga serupa dgn nama saya. Hehehe.........

    ReplyDelete
  6. Tempting pulak tengok spaghetti salted egg tu nampak sedap sangat. Dah lama tak jalan-jalan ke arah Danau Kota lepas ni nak try la pergi tak pun hopefully ada dalam grab food boleh order delivery je hee

    ReplyDelete
  7. Memamg sedap.makanan kat sini. Hargapun sangat berbaloi-baloi. Nanti nak lepak sini lagilah hehe

    ReplyDelete
  8. wah kebanyakkan chef dari Hotel 5 bintang ke? wah expectation tinggi ni. nak jugak La rasa dan makanan dekat sini. friendly kanak-kanak tak tempat nya

    ReplyDelete
  9. best lah tempat ni boleh buat birthday celebration untuk kawan area kl, tengok makanan dia pun dah terliur. tetiba rasa lapar

    ReplyDelete
  10. woow...thanks for this, I so wanted to try the nasi lemak with rendang deer, tempting tempting
    cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  11. menariknya makan kat fatins kitchen ni bila tengok menu-menu diorang ni kan.Nasib baik akak jauh tau.kalau tak nak juga terjah

    ReplyDelete
  12. Nampak mcm best. sesuai untuk lepak dengan family and friend :) nice

    ReplyDelete
  13. Oh yumsss semua makanan yang dihidang sedap sedap, i would like to try their lamb chop and noodle soup.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...