Tuesday, July 28, 2020

Kasut Orthotic Perubatan Dijual di Butik Kasut JennOrtho, Midvalley Megamall

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mungkin ramai yang tak cakna akan kesihatan tapak kaki masing-masing. Selama hari ini, mungkin kita rasa tapak kaki kita normal sebab boleh berjalan macam biasa. Tapi percayalah, ada antara kita sebenarnya mempunyai masalah tapak kaki yang tidak normal dan tidak menyedarinya. Tapak kaki yang tidak normal menyumbang kepada pelbagai penyakit tau. Antaranya sakit tulang belakang, lenguh-lenguh dan macam-macam lagi. Untuk mereka yang sedang membaca blog post ini, anda yakin ke tapak kaki anda normal ?

JENNORTHO, MIDVALLEY MEGAMALL

Kalau rasa tak yakin dan mempunyai sakit-sakit bila berjalan terlalu lama tu, adalah lebih baik kalian cepat-cepat pergi ke Sunfeet International di PJ atau ke butik kasut JennOrtho yang terletak di tingkat 2, Midvalley Megamall.

JENNORTHO, MIDVALLEY MEGAMALL

Dekat JennOrtho nie, korang boleh mendapatkan pengimbasan tapak kaki secara percuma. Bukan itu sahaja, malah konsultansi daripada pakar ortho juga akan diberi kepada setiap pelanggan yang membuat pemeriksaan. Mereka akan membantu anda menerangkan masalah kaki dan juga kasut apa yang sesuai mengikut masalah kaki anda.

JENNORTHO, MIDVALLEY MEGAMALL

JennOrtho ini diterajui oleh Dato Dr Edmund Lee, PhD. Beliau merupakan seorang pakar ortotik dan prostetik yang cukup terkenal di Malaysia. Ini bukanlah kali pertama aku berjumpa dengan Dr Edmund, pernah jumpa beberapa kali sebelum ini. Sangat ramah dan mesra orangnya. Dato' Dr. Edmund Lee merupakan graduan daripada University of Salford, UK. Beliau pernah berkhidmat di Stoke-on-Trent London di Jabatan Ortotik selama dua tahun. Berbekalkan dengan ilmu dan pengalaman yang beliau ada, beliau mula membuka MyORTHO pada tahun 2010 sekembalinya beliau ke tanah air. Ia merupakan pusat ortotik pertama di Malaysia yang diiktiraf oleh PFOLA (Prescription Foot Orthotic Laboratory Association).

JENNORTHO, MIDVALLEY MEGAMALL

Kini, beliau melebarkan lagi sayapnya dengan membuka butik kasut ortotik perubatan di Midvalley. JennOrtho menawarkan khidmat pengimbasan kaki (Foot Allignment Check) dan pelanggan akan diberi konsultansi mengenai masalah kaki mereka berdasarkan imbasan yang telah dilakukan. Dari situ, mereka akan menyarankan kasut dan tapak kasut seperti apa yang sesuai untuk mengatasi masalah tapak kaki pelanggan.

JENNORTHO, MIDVALLEY MEGAMALL

JENNORTHO, MIDVALLEY MEGAMALL

Berdasarkan imbasan yang aku buat tempoh hari, Alhamdulillah struktur tapak kaki aku kelihatan normal. Cuma mereka dapati terdapat "Bunion" iaitu lebihan tulang terkeluar di bahagian sisi ibu jari kaki di kedua-dua kaki aku. Aku dah lama perasan benda tu. Tak tahu pula itu merupakan salah satu abnormalities dalam struktur tapak kaki. Menurut mereka, aku memberikan tekanan terhadap satu sisi di tapak kaki yang menyebabkan bunion ini terjadi. Dengan memakai tapak kasut yang sesuai, bunion ini dapat dielakkan daripada terjadi.

JENNORTHO, MIDVALLEY MEGAMALL

JENNORTHO, MIDVALLEY MEGAMALL

Terdapat banyak insole (tapak dalam kasut) yang dijual di sini. Terdapat yang ready made dan juga boleh custom made mengikut masalah tapak kaki individu. Terdapat acuan yang disediakan, di mana tapak kasut akan dibuat berdasarkan acuan tapak kaki pelanggan. Serba serbi cukup dan lengkap buat pemeriksaan tapak kaki di sini.

Bersempena pembukaan rasminya pada 29 Jun yang lalu, JennOrtho sekarang sedang mengadakan promosi kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan kasut dan tapak dalam kasut khas di sini.
  • Promosi custom-made insole (Harga asal RM2399, Harga promosi adalah RM2199)
  • Program Famili : Beli 2 PERCUMA 1
  • Promosi Sol (Insoles) ready made untuk JennKids (dengan kasut), Harga asal RM1299, Harga promosi RM899.
  • Promosi Sol (Insoles) ready made untuk Dewasa, Harga promosi adalah RM999.

JENNORTHO, MIDVALLEY MEGAMALL

Kesemua promosi ini datang dengan jaminan selama 5 tahun di mana sekiranya tapak dalam kasut (Insole) rosak atau tidak sesuai, ia boleh digantikan. Selain itu, setiap 6 bulan, kaki anda akan diperiksa dan diberikan fisio kaki bagi memastikan tapak kaki anda mempunyai peningkatan yang baik. Kiranya dalam 5 tahun tu, tapak kaki anda akan dijaga oleh JennOrtho.

JENNORTHO, MIDVALLEY MEGAMALL

JENNORTHO, MIDVALLEY MEGAMALL

Lebih menarik lagi, pilihan kasut-kasut kesihatan ini sangat pelbagai dan bermacam-macam design dan gaya. Jadi rambang mata pulak nak pilih. Sangat cantik-cantik. Siapa kata kasut perubatan perlu nampak bosan dan ketinggalan ?

TIDAK SAMA SEKALI OKAY.

JENNORTHO, MIDVALLEY MEGAMALL

JENNORTHO, MIDVALLEY MEGAMALL

Jomlah pergi ke JennOrtho hari ini untuk buat pemeriksaan tapak kaki. Penting tau kesihatan tapak kaki bagi menjalankan kehidupan seharian. Banyak kesannya kalau kita tak merawat masalah tapak kaki sebabnya kita nak guna kaki tu hari-hari dan nak pakai lama. Jadi kena ambil peduli sikit. Okay ?

JENNORTHO, MIDVALLEY MEGAMALL

JENNORTHO
S011 2nd Floor, Midvalley Megamall

Waktu Operasi : 10 AM - 10 PM (Setiap hari)
Laman sesawang : http://www.myortho.com.my/


8 comments:

  1. Wah, tak pernah pergi kedai kasut dia check details mcm ni. Dengar nasihat pakar mcm ni kan baik, sebab Kaki ni antara aset kena jaga n nak pakai lama untuk kehidupan seharian

    ReplyDelete
  2. Wow... 1st time tahu pasal kedai kasut gini.
    Kaki memang amat penting , sapa yang ada bajet why not belanja kan kat sini.
    Ramai yang lupa akan penjagaan rapi untuk kaki.
    Kaki sendiri jugak.

    ReplyDelete
  3. Penting kan utk buat pemeriksaan kaki.. kadang2 kita x tahu yg bahawa kaki kita sebenarnya kena rawat

    ReplyDelete
  4. Pergh canggih. Ada scan kaki ikut acuan kaki. Mesti lagi selesa rasanya kasut tu. Tapi harga mahal sikit lah kan. Belanja parents pun best ni.

    ReplyDelete
  5. Betul..sama adik-adik Sis lain juga, sama kes macam Zharif, terjojol tepi tulang tu..
    Kalau nak pakai kasut atau sipor, kena pakai yang sesuai..

    ReplyDelete
  6. Kira macam kita cek mata lah kan. Lepastu buat ikut tahap kerabunan. Kasut pon custom ikut pd masalah. Menarik plak scan kaki tu. Yelah biasa org tukang urut je cek kaki ni tahu punca sakit kt mane.

    ReplyDelete
  7. Sekarang kasut untuk kaki pun kena cari yang bebetul serasi. Kita boleh panjangkan hayat kasut kita dan dalam masa yang sama, kita selesa. Akak pun train anak akak dr kecik ni pakai kasut yang sesuai. Kadang kaki tak selesa mana ada nak bg tau. Hehe

    ReplyDelete
  8. Tak pernah buat scan kaki mcm tu, bagus juga kalau tau masalah kaki awal2, kan. Brp caj utk Foot Alignment check tu?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...