Saturday, March 2, 2019

Rumah Selangorku - Rumah Mampu Milik PKNS Di Cyberjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru nie aku berkesempatan untuk menghadiri ke pelancaran Rumah Selangorku Idaman Residensi di Seksyen 6 Cyber Valley, Cyberjaya Selangor. Saja nak riki-riki rumah mampu milik yang diusahakan oleh Perbadanan kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Ikuti butirannya !


Menurut teori keperluan Maslow, keperluan asas manusia yang utama adalah dari segi aspek psikologikal seperti makanan, minuman dan juga tempat tinggal. Jelaslah di sini, memiliki tempat tinggal merupakan satu keperluan asas yang perlu dimiliki oleh setiap insan untuk kelangsungan hidup. Oleh itu, Kerajaan Negeri Selangor ingin memastikan setiap keluarga di Negeri Selangor memiliki rumah idaman yang selesa. Harga hartanah semakin hari semakin meningkat, dan oleh sebab itu ramai masyarakat tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri.


Tahniah dan syabas buat PKNS kerana begitu komited dalam melaksanakan projek Rumah Mampu Milik ini demi mendukung hasrat Kerajaan Negeri Selangor itu. Kini, masyarakat di Negeri Selangor khususnya daripada kumpulan B40 dan M40 boleh memiliki rumah idaman pada kadar harga mampu milik.


Pangsapuri Selangorku Idaman Residensi ini mempunyai 864 unit kediaman yang turut menawarkan 4 unit khas untuk Orang Kelainan Upaya (OKU). Rumah khas OKU ini berada di tingkat bawah di setiap blok. Selain itu juga, pangsapuri ini juga turut dilengkapi dengan kemudahan awam seperti tadika, ruang pejabat pengurusan, surau, dewan serbaguna, taman permainan, tempat letak kereta bertingkat,bilik pengurusan jenazah dan juga pondok pengawal.


Dengan keluasan 1000 kaki persegi, pangsapuri ini menawarkan tiga buah bilik tidur, dan dua bilik air. Setiap satu unit pangsapuri di sini memiliki satu ruang balkoni. Secara peribadinya, aku dapati rumah ini sangat selesa dan menepati keperluan masa kini. Mari aku bawa korang semua melihat perincian pangsapuri ini.

Ruang tamu

Ruang tamu dan dapur

Bilik tidur utama : Pandangan dari pintu bilik

Bilik tidur utama yang dilengkapi dengan attached bathroom

Bilik tidur 2

Bilik tidur 3

Rumah khas OKU juga mempunyai senireka dalaman yang sama dengan unit yang lain. Yang hanya membezakan unit rumah khas OKU ialah pintu masuknya yang agak besar dan juga kemudahan tandas yang direka khas untuk golongan OKU. Pangsapuri 15 tingkat ini bercirikan gabungan seni bina unik dan moden. Ia dibina di atas tanah berkeluasan 14.41 ekar. Setiap unit pangsapuri ini disediakan dua parkir kereta.

Pangsapuri Idaman Residensi
3 Bilik tidur
2 Bilik air
Balkoni
2 parkir kereta
Harga : RM 232,000 seunit dengan keluasan 1,000 kaki persegi

Unit khas OKU - Pandangan daripada pintu masuk

Unit khas OKU - Bilik-bilik

Unit khas OKU - Tandas berpintukan jenis sliding

Unit khas OKU - Pintu tandas sliding

Pangsapuri Selangorku Idaman Residensi ini terletak di lokasi yang boleh dikira sangat strategik kerana ia terletak di Selangor Cyber Valley. Antara kemudahan terdekat termasuklah :
  • Lebuhraya NKVE, LDP, SKVE, ELITE dan MEX
  • Putrajaya (17 km)
  • KLIA (29 km)
  • D’Pulze (7 km)
  • Shaftbury Square (8 km)
  • Centrus Mall (7 km)
  • Universiti Multimedia - MMU (4 km)
  • Kolej Sains Perubatan Universiti Cyberjaya - CUCMS (5 km)
  • Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok Wing (10.5 km)
  • Universiti Islam Malaysia (7 km)
  • Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch (8 km)
  • Sekolah Antarabangsa ELC (6 km)
  • Sekolah Antarabangsa Korea (1 km)
  • Kolej FTMS (5 km)
  • Kolej Antarabangsa Kirkby (6 km)

Seperti yang kita sudah sedia maklum, Cyberjaya merupakan sebuah kawasan urban yang giat membangun. Memiliki unit kediaman di kawasan urban begini pada harga mampu milik adalah sangat-sangat berbaloi.


Pembinaan pangsapuri ini dijangka siap pada tahun 2021 dan akan menerima Certificate of Completion and Compliance (CCC) pada pertengahan tahun 2021. Mereka yang berminat boleh mula membeli unit pangsapuri ini.

Sekiranya anda berminat untuk membeli unit kediaman Rumah Mampu Milik PKNS, anda hendaklah mendaftar dengan Lembaga Perumahan Hartanah Selangor (LPHS). Pendaftaran boleh dibuat sama ada di pejabat atau secara dalam talian kerana pihak LPHS yang mengawal sepenuhnya penawaran rumah mampu milik ini.


Menteri Besar Selangor, YAB Tuan Amirudin Bin Shari, Exco Perumahan & Kehidupan Bandar Negeri Selangor, YB Pn Hajah Hanizah Mohamed Talha, Ketua Pegawai Eksekutif PKNS, YB Pn Hajah Norita Bt Mohd Sidek, bergambar kenangan bersama 5 pembeli pertama unit kediaman Pangsapuri Selangorku Idaman Residensi

Untuk butiran lanjut mengenai penawaran ini, boleh terus ke laman sesawang berikut :

Tel wakil jualan : 019-213  991 / 018-205 1713 / 014-336 1891 / 
017-363 4821 / 013-522 4122 / 019-699 4004
Pejabat Jualan Hartanah Wilayah Selatan : 03-8926 2000

17 comments:

  1. Nampak menarik untuk nak belum beli rumah. Haaa Zharif apa lagi...grab la satu. Kat Cyberjaya ni dah maju dari sebelum ni tau...hehe. Dulu orang Cyberjaya ni macam tak pandang sebab jauh tapi sekarang ni sebab ada jaringan MEX tu dah dekat dah nak pergi mana2.

    ReplyDelete
  2. Harga starting RM232k utk lbh kurang 1000sqft tu kira ok sgt la tu. Kat Penang pun harga rumah tinggi sgt dah. Bagus nya ada unit utk OKU plak tu.

    ReplyDelete
  3. Lawa rumah dia..siap ada oku unit. I suka tgk tapi..open kitchen hmmm..maybe nnt boleh p tgk showroom dulu..

    ReplyDelete
  4. Cantiknya murah yang bakal dibina tu..
    Dari segi harga mampu milik tak..
    Sebab belah selangor ni harga rumah boleh tahan mahalnya kan..

    ReplyDelete
  5. Cantik jugak rupanya rumah Selangorku ni. Okla untuk orang baru nak ada rumah. Skarang ni susaj nak cari rumah yang betul-betul selesa especially area Selangor ngan KL.

    ReplyDelete
  6. Wah wah tengok gambar zharif tu dah macam jurutera pembinaan dah.Bestnya kalau dapat beli rumah sendiri. Tapi tulah xtau bila lagi.

    ReplyDelete
  7. wa cepatnya your blog! The rumah rumah look so comfortable to stay. good effort to the developer. Hope all the residents enjoy staying there

    ReplyDelete
  8. Lawa ye layout rumah ni. Nampak nice sangat untuk family. Bagus la ada rumah khas untuk oku. Sangat membantu.lagi pun kemudahan banyak disediakan.

    ReplyDelete
  9. Rumah mampu milik PKNS ni mesti dapat memanfaatkan masyarakat ramai. Terima kasih jugak PKNS mempertimbangakan keperluan OKU dengan menyediakan rumah yang mesra OKU dengan kemudahan pintu dan tandas yang luas supaya boleh muat kerusi roda dan keperluan OKU. Bagus!

    ReplyDelete
  10. Cantik sangat rumah dia. Tapi sis tak mampu..huhuhu. Walau pun kata mampu milik tapi sis still tal mampu nk bayo. Lagi pun jauh bebenor

    ReplyDelete
  11. boleh tahan murah juga harga dia yea? mana nak dapat rumah harga bawah 500k dah sekarang ni.. tengok dia punya keluasan pun 1000sqft memang berbaloi jugak ni..

    ReplyDelete
  12. wah bestnya..murah juga laa rumah tu dan nampak selesa..orang2 kat selagor cepat2 laa apply

    ReplyDelete
  13. Wow the decorations look not bad if you ask me. It is relatively affordable and looks really comfortable. :)

    ReplyDelete
  14. Wah this is a good initiative, hopefully there will be more affordable home like this for the urbanites.

    ReplyDelete
  15. Kalau mampu and cukup bujet sapa2 nk beli umah,cantik memang cantik dan byk kemudahan eloklah sapa yg belum beli umah cpt2 mohan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...