Sunday, March 17, 2019

PWTC Yee Sang Thank You Party

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Perayaan Tahun Baru Cina sudah melabuhkan tirainya. Semoga perayaan tahun ini memberikan seribu satu kemanisan buat mereka-mereka yang menyambutnya. Aku sempat meraikan penutup Tahun Baru Cina ini di Putra World Trade Centre (PWTC) pada bulan lalu. Ikuti butirannya !


Yee Sang Thank You Party yang dibawakan oleh PWTC ini bertujuan untuk meraikan para media dan sekaligus meraikan penutupan perayaan Tahun Baru Cina. Tahun ini ia bertemakan "Crazy Rich Asians". Masa dapat jemputan tu rasa takut pulak tengok tema majlis nie. Maklumlah, kita nie biashe-biashe saja. Runsing memikirkan nak pakai baju apa yang bersesuaian dengan tema. Akhirnya, kita sarung blazer je. Nampaklah kaya nya tu. Hahahaha


Majlis dimulakan dengan tarian singa yang sangat mengujakan. Sehingga ke hari ini, aku masih teruja melihat persembahan tarian singa. Lepastu, ada acara tossing Yee Sang. Tossing Yee Sang nie merupakan satu acara wajib ketika sambutan Chinese New Year. Sambil toss sambil buat ucapan. Semakin tinggi korang toss Yee Sang tu, semakin bagus.


Menu yang dihidangkan kepada kami pada malam itu berkonsepkan Chinese cuisine. Pelbagai menu yang dihidangkan, bermula dengan pembuka selera, sehinggalah ke pencuci mulut. Sangat menyelerakan. Sambil makan sambil menyaksikan persembahan dan gelagat pelawak tanah air, Joanne Kam. Memang sempoi lawak-lawak yang dia buat. Kelakar sangat ! Mengekek-ngekek kitorang satu meja ketawa.


Pada malam tersebut juga terdapatnya acara cabutan bertuah. Hadiah memang masyukkk gila-gila. Pelbagai jenis telefon pintar, daripada Samsung sehinggalah ke jenama Apple. Bahkan, komputer riba juga ditawarkan juga kepada pemenang cabutan bertuah tau. Tapi malang sekali, malam tu tak ada ong lah pulak. Nangissssss T___T


Tapi tak apa, yang penting kami semua sangat enjoy di majlis itu. Terima kasih kepada pihak PWTC kerana sudi menjemput saya dan rakan-rakan media yang lain untuk sama-sama meraikan majlis penutup sambutan Tahun Baru Cina ini dan sekaligus meraikan kami para media. Jangan lupa jemput lagi tahun depan naa. Hihi


17 comments:

  1. Nicee❤. Tahun depan moga dijemput lagi.

    ReplyDelete
  2. Bestnya! Cx tak pernah makan yee sang. Hehe kesian. Bila time nak pergi party macam ni, menjadi masalah utama semua orang adalah baju Kan? Haha sama! Tapi lelaki mmg senang, saeung je blazer, settle. Dah nampak have-have. Hahahah! Menarik ya hadiah² dia. Kaya betul org yg sponsor! Fuh! Kalau rezeki tu, memang masyuk! Seronok dapat raikan perayaan kaum lain. Dlm masa sama kita jadi friendly and makin menghormati sesama kita

    ReplyDelete
  3. Wow sampai bulan March masih ada lagi Yee Sang ye. Harap2 lebih prosperous lah tahun 2019 ni dengan penutup CNY di PWTC. Interesting nya event dan para hadirin..

    ReplyDelete
  4. Memang nampak muka happy-happy je dalam gambar tu.. hehehe.. wah bella pun ada juga.. OO.. Majlis ni untuk meraikan penutupan sambutan Tahun baru Cina rupanya..

    ReplyDelete
  5. Wow.. syoknya dapat raikan bersama mereka untuk sambutan tahun baru haritu..
    Peluang tu, dapat jemputan..
    Dapat juga beramah mesra dengan mereka yang lain..

    ReplyDelete
  6. Wahh bestlah dapat raikan penutup CNY dengan Yee Sang. Dapat lak tgok tarian singa..sis sampai dh habis tak dpt tengok utk tahun ni..jiran2 cina sis tak pulak panggil tahun ni.

    ReplyDelete
  7. Meriahnya party CNY dengan PWTC.. ala jangan sedih belum ada rezeki nak menang lucky draw. amboi berposing sakan lepas party tu.. beratur mintak angpau ke tu

    ReplyDelete
  8. still got yee sang to eat at this time? happy partiying.. must be enjoying..

    ReplyDelete
  9. Seronok tengok rakan media dihargai. Bagus pendekatan yang dibuat. Takpe.. harap masa Akan datang ada ong menang hadiah besar. Handsome pulak penulis malam Tu ye.

    ReplyDelete
  10. Wah.. Yee sang. ..Lama tak makan. .Last buat masa kerja beberapa tahun dah. .Hahahaha. .Nice party la. .Siap ade hadiah lagi. . Hadiah pulak menarik semua. .takpe ade rezeki lain tu

    ReplyDelete
  11. Mmemasing segak bergaya pergi Yee Sang. Bestnyer dapat berkumpul reramai gitu. Teringin gak tapi kalau time kerja memang susah nak lari2

    ReplyDelete
  12. Meriahnya sambutan mcm ni. Hidup bermasyarakat pelbagai kaum ni best sebenarnya, semua tradisi kita boleh tengok. Tak sabar nak tunggu jamuan-jamuan Raya nanti pulak Hikss

    ReplyDelete
  13. Wah tema dia not bad. Suka dengan setting majlis ni nampak sangat esklusif. Paling best dengan hadiah lucky draw yg ditawarkan semuanya ohsem

    ReplyDelete
  14. Wah syok yer dapat pergi event yang meriah ni kat PWTC, ramai juga rakan blogger yang hadir. Hadiah cabutan bertuah best2 betul. Takpe mungkin next event rezeki zharif pula. InshaAllah

    ReplyDelete
  15. oh wow the event seems so fun! So many cute people there haha. Long time I have not been to PWTC. Hope to go there too

    ReplyDelete
  16. Wah bukan main meriah lagi ye! Kak min tak sempat nak join aritu

    ReplyDelete
  17. Wah! the event macam best and our friend menang handphone malam tu kan. I just went to PWTC recently for an expo.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...