Monday, January 29, 2018

XPDC & CROMOK Bakal Menggegarkan Pentas MAEPS Serdang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berita gembira buat mereka yang menggemari muzik heavy metal. Dua band heavy metal popular tanah air iaitu XPDC dan juga CROMOK bakal menggegarkan pentas MAEPS Serdang kerana mereka akan mengadakan Konsert Metal Legends Live pada 3 Februari ini.


Konsert ini diadakan julung-julung kalinya untuk mengimbau kembali era zaman kegemilangan band heavy metal suatu ketika dahulu dan juga hadiah buat peminat yang sering bertanyakan soal comeback kepada dua band ini. Memandangkan kedua-dua band ini sudah agak lama tidak beraksi di pentas hiburan, diharapnya konsert ini dapat mengubati kerinduan peminat-peminat di luar sana.


Jadi, korang-korang yang berminat nak turut sama menggegarkan pentas MAEPS pada 3 Februari ini, boleh lah mula membeli tiket secara online di website https://www.ilassotickets.com/


  • Trash Zone : RM 68
  • Hardcore Zone : RM 120
  • VIP / Backstage : RM 250


Ataupon, korang boleh terus membeli tiket di outlet illasotickets yang terdapat di Rock Corner The Garden, Victoria Music Sungai Wang dan Victoria Music Amcorp Mall, atau walk in terus ke kaunter pada 3 Februari nie sewaktu konsert tu nanti. Tapi kalau walk in takut pulak tiket habis. Sebab dengar cerita, jualan tiket sangat laku keras.

Jadi, lebih baik pergi beli sekarang untuk reserve tempat korang.

Kedudukan zon tiket

XPDC dan Cromok menjanjikan kelainan pada konsert kali nie dan itu yang membuatkan aku tak sabar untuk menyaksikan kedua-dua band heavy metal ini berentap menggegarkan pentas MAEPS nanti. Peminat-peminat yang hadir ke konsert ini juga turut berpeluang memenangi Gitar Ibanez GRX70QA tajaan Joe Savana Gamma Rock House menerusi sesi cabutan bertuah yang akan diadakan di akhir konsert ini. Bukan itu sahaja, malah cenderahati XPDC dan Cromok seperti t-shirt, CD/VCD, pick gitar, poster dan banyak lagi, juga turut akan dijual semasa konsert itu nanti.

Dua band heavy metal yang tidak asing lagi di persada hiburan tanah air

Jadi, apa korang tunggu lagi ? Cepat beli tiket sekarang. Tiket habis nanti jangan gigit jari pulak. Ouh ya, persembahan busking di pintu masuk akan diadakan sementara menunggu konsert bermula dari jam 12pm hingga 7pm.

Jangan lupa temujanji kita,


Metal Legends Live In Concert

Tempat : Pintu 2, MAEPS Serdang
Tarikh : 3 Februari 2018 (Sabtu)
Waktu : Jam 8.30 malam

Ayuh gegarkan konsert heavy metal dua band mahsyur tanah air ini. Jumpa anda di sana !

20 comments:

  1. Band popular ni..lagu2 diorang sampai skg mmg sedap didgr.. Utk yg bpeluang pergi hope enjoy okay.. Zaza nak pi tapi kekangan masa dan jauh :)

    ReplyDelete
  2. wah boleh ajak abang and ayah yang gila rock seperti xpdc dan cromok utk tgk show ni. Mcm best je kalau ajak satu family kan!

    ReplyDelete
  3. pergh xpdc dan cromox band lagend nih. Zaman kegemilangan awang thrasher head banging hehe

    ReplyDelete
  4. dedua band legend ni... rugi kalau tak pi...

    ReplyDelete
  5. wah legend ni, menarik ni kalau dapat join konsert ni

    ReplyDelete
  6. wings orang lama dalam seni muzik..layan sangat masa zaman anak dara sekarang xdan dah anak ramai hahahhaha

    ReplyDelete
  7. Tiket dia murah. Lama tak tengok XPDC.. come back la ni?

    ReplyDelete
  8. kumpulan hebat2 belaka..laki kita suka ni weii

    ReplyDelete
  9. Lama betul tak layan lagu-lagu XPDC ni. Harga konsert pun berbaloi lah. Peminat XPDC kena pegi ni. Menyesal kalau lambat.


    www.liahasty.com

    ReplyDelete
  10. Wahhh lagu best ni. Zaman dulu suka dengar lagu XPDC ni. Sebab dia banyak lagu yang catchy. Hehehe

    ReplyDelete
  11. Rasa macam dah lama diaorang plan nak buat concert ni kan. Sekarang baru dieorang start. Rasa dah dua tahun lepas masuk melodi diaorang planning buat concert ni

    ReplyDelete
  12. Yeah!! Konsert 2 lagenda yang bakal menemu para peminatnya Sabtu malam ini. Sama-sama kita saksikannya nanti..

    ReplyDelete
  13. Membesar dengan lagu-lagu dorang... Tapi sekarang dah cuci tangan hahhaa

    ReplyDelete
  14. Wow! Nampak mantap XPDC ni... evergreen band..

    ReplyDelete
  15. Ramai kengkawan yang minat nie - nanti Rawlins kabo kan kat diorang. Thanks share info nie.

    ReplyDelete
  16. terbaiklah. semoga konsert ini berjalan denganr lancar.

    ReplyDelete
  17. Wahhhh antara legend2 rockers jugak ni haa
    Msti kwan2 yg suka xpdc or cromok suka ni

    ReplyDelete
  18. PerghhhhhH! XPDC dan CROMOK buat comeback! For sure geng-geng yang suka dia akan datang nanti. Meriahhhhhhh ni dorang. Dah la penyanyi paling lejen!

    ReplyDelete
  19. Wow kumpulan rock lagend ni, Zaman Akak memang layan lah xpdc dengan cromok memang top...selalu pergi funfair sebab ada konsert hahhhh hapening dulu2.. ada konsert dekat funfair.
    Nak tanya usben nak bwk tak g tgk live... he he he

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...