Thursday, January 11, 2018

Istiadat Konvokesyen UPSI ke-19, Hari Bahagia Seorang Zharif

Assalamualaikum dan salam sejahtera

26 Oktober 2017, merupakan hari yang penuh bersejarah buat diri seorang Zharif, di mana pada hari itu merupakan hari konvokesyen aku. Hari yang aku tertunggu-tunggu setelah sekian lama habis belajar. Officially habis pada bulan February 2017. Actually lebih awal daripada tu. Rasa dah habis belajar saat hantar draft akhir thesis pada awal December 2016. So agak sedikit mereput nak tunggu tarikh konvo ini tiba. Bila diumumkan tarikh dan sesi, agak kecewa sedikit, sebabnya dapat hari dan sesi paling akhir sekali.

Thank you Syira for this screenshot ! Really appreciate it



Walaubagaimanapun, aku tetap teruja menanti hari konvokesyen ini. Maka pada subuh gajah 26 Oktober 2017, berangkatlah kami sekeluarga menuju ke Tanjung Malim, Perak. Memandangkan sesi aku sesi petang, jadinya kami tak bermalam di Tanjung Malim. Lagipula, hotel-hotel sekitar Tanjung Malim semuanya penuh. Maklumlah tengah musim konvo.

Aku bersiap-siap ala kadar je dari rumah, dah sampai UPSI baru aku betul-betul bersiap.

Taraa ! Bersiap sedia untuk dengar taklimat sebelum masuk Dewan Besar


Sesi taklimat

Dalam Dewan Besar, Dewan Tuanku Canselor UPSI

Detik yang dinanti-nanti 


Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tiada aktiviti gonjeng yang berlaku di atas pentas. Bila dah naik pentas and ambik ceritificate, ada satu rasa dalam diri aku yang buat aku rasa nak experience benda nie lagi sekali. Adakah itu tanda-tanda nak ambik Master Degree dalam masa terdekat nie ? Hihi



Anyway, aku nak ambik kesempatan ini untuk berterima kasih buat mereka-mereka yang hadir dan turut sama meraikan hari gembira aku nie. Terutama sekali buat keluarga angkat aku yang datang jauh dari Jempol Negeri Sembilan. Sanggup berpanasan tunggu di luar dewan. Terima kasih Achik Zul dan Achik Piah sebab datang.


And of course, my backbone, my segala tulang-temulang lah senang kira. Ayah dan Ibu. Ijazah ini aku dedikasikan buat mereka berdua. Tanpa mereka, siapalah aku. Terima kasih untuk segalanya.


Dan juga buat my anoying brother and sisters, Kakak, Jida Achin, Yin dan Zahin. Aku tak tahu nak berterima kasih sebab apa kat korang nie sebenarnya, sebab korang macam tak ada function je dalam mendapatkan ijazah aku nie. BHAHAHA. Ouh ya ! Mungkin nak berterima kasih sebab tolong ambik aku dekat KTM Nilai setiap minggu. K itu je.


Terima kasih Syira sebab datang. 
InsyaAllah kalau ada rezeki dan panjang umur, time Syira konvo nanti kami berdua datang yer. 

Dan buat kawan baik aku, yang banyak menceriakan hari-hari aku sewaktu di UPSI. Aku rasa one of the reason why i enjoyed my degree life is because of your existence in UPSI. Banyak sangat kenangan weyh. Ingat lagi masa kau ikut aku pergi event ZALORA. Malam buta baru nak balik UPSI. Sampai terpaksa naik KTM terakhir yang tiada ambil penumpang. Naik KTM ihsan budi bicara pemandu KTM namanya tu. Lulz. Aku rasa aku takkan berani datang event malam-malam kalau tak ada kau. Eh pernah lah sekali ! Datang event malam sorang diri and tersangkut dekat KTM Rawang sebab KTM ke Tanjung Malim dah habis beroperasi. Lol.

Looking forward to your convocation day next year !


Buat my batch, RAPAT, terima kasih untuk 4 tahun yang sangat manis ini. You guys are awesome people ! Alhamdulillah kesemua 13 kita konvo sama-sama. Malang sekali, tak dapat nak bergambar bersama-sama for the last time. Semua ada komitmen masing-masing. Nak ambil photoshoot di studio lah, nak ambik transkrip lah and macam-macam lagi. Nasib lah bila dapat sesi petang. Jadinya terkejar-kejar nak buat semua benda. But anyway, tahniah buat korang semua !! Wish you guys all the best dekat luar sana.

Kami batch RAPAT, juga konvo pada Oktober lalu, lupa ke ?  

Now enjoy the rest of the pictures !

Nak balik baru terserempak dengan Abg Chik





Sayonara UPSI !  

The reaction you make when your education loan can be converted to scholarship. Hardwork really paid off ! 

This happens when you are lonely and no one to talk to. Lulz !

Thank you for all these bouquet of flowers guys. Yang paling tak leh blah aku terima sejambak brokoli daripada junior aku. Lol. Thank you Taufeeq for the brocoli ! =D

Terima kasih buat semua pensyarah-pensyarah yang pernah mengajar aku sewaktu di UPSI, secara langsung mahupon tidak langsung. Tak lupa juga pensyarah-pensyarah di GCSU sewaktu aku mengikuti program pertukaran pelajar ke Amerika, terima kasih. Terima kasih juga buat staf-staf di bahagian Akademik yang banyak membantu aku dan tak jemu-jemu mengadap muka aku nie untuk transfer kredit dari GCSU ke UPSI. 3 semester aku menghantui kehidupan mereka untuk proses ini. Hahaha.

Terima kasih juga buat Kolej Harun Aminurrashid kerana telah menjadi tempat aku berteduh dari awal pengajian sehinggalah ke penghujung. Walaupon kita banyak konflik, but you know that i love you.


Dan yang terakhir sekali, nak berterima kasih dekat UPSI sebab telah menerima diri ini pada Feb 2013 yang lalu. Aku sangat bersyukur kerana telah diterima ke universiti ini dan dilorongkan ke arah bidang psikologi. Yang mana, pada asalnya aku tak tahu apa-apa mengenainya. Aku juga dulu seperti mereka di luar sana, yang menganggap psikologi ini adalah sejenis membaca fikiran. Ternyata bila menceburi bidang ini, itu hanyalah stereotaip semata-mata.

Sunggguh, aku banyak belajar mengenai manusia dan perbezaan setiap antara kita. Kita makhluk tuhan yang unik.


Dikurniakan Ijazah Sarjana Muda psikologi dengan Kepujian Kelas Pertama was beyond my expectation. Sangat bersyukur atas kurniaan ini. Tiada yang mustahil kalau kita berusaha dan bertawakal untuk mencapai sesuatu. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana banyak mempermudahkan urusanku untuk mendapatkan segulung ijazah ini.

Aku kini merupakan alumni anak kandung suluh budiman secara rasminya.

TERIMA KASIH SEMUA !!!

34 comments:

  1. Tahniah atas kejayaan.. Mmg best kan kalau dpt kawan yg sudi teman pergi event.. Apa pun semoga terus suksess okey

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Betul ! Tambah2 time belajar nie mmg busy. So seronoklah ad yg sudi temankan walaupon busy dgn assignments

      Delete
  2. tahniah. semoga terus berjaya . btw gambar memang superb lawa la hahaha

    ReplyDelete
  3. Tahniah zharif.. Semoga terus berjaya jadi pendidik yg berjaya..

    ReplyDelete
  4. Tahniah Abg Zharif! Hard work pays off. Moga berjaya sentiasa. :)

    ReplyDelete
  5. Tahniah Zharif!!! Semoga berjaya dengan dunia kerja pula..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... Tahniah Zharif. Semua gambar cantik-cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Guna kamera phone je kak 🤗

      Delete
  7. Tahniah di atas kejayaan! Moga semuanya dipermudahkan selepas ini. All the best in all your future undertakings.

    ReplyDelete
  8. Amboii, hari bahagia. Bunyinya macam kahwin je haha. Congrats Zharif. Dah lama rasanya tak blogwalking ke blog Zharif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha. Kahwin lambat lagi kot. Calon pon xde aihh. Hihi terima kasih Emi 🤗

      Delete
  9. Tahniah semoga semakin sukses lagi selepas ini menempuhi alam pekerjaan

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah akhirnya telah menamatkan zaman study dan selamat berkonvo moga keluar nanti dapat kerja yang bagus ok bro....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aminnn. Mudah2an begitu lah. Terima kasih Maha 🤗

      Delete
  11. Alhamdullilah, tahniah Zharif.. semoga dipermudahkan semua urusan ya..

    ReplyDelete
  12. Wahhh sonoknya btw congrats on ur big day.. sy lame lgi.. lg 32 thun InsyaAllah

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah. Tahniah zharif convo dengan kep kelas pertama. So proud of you. 🎈🎈

    Meriah gambar2 convo tu. Wah ada bau2 nak further master degree pulak ke. Selagi ada perasaan nak study tu better teruskan. Lama2 kalau tangguh jd mcm kak ana. Malas selalu. Haha.

    ReplyDelete
  14. Tahniah atas kejayaan. Semoga xapat kerja yang best dan gaji pun best ye.

    ReplyDelete
  15. congratulations, a belated one! anyway wow psychology! so what's next? you sure pandai baca pemikiran orang? mind-reader i mean. haha


    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  16. Tahniah Zharif. Akak tak join sesi komen pertama hari ni tapi nak komen gak. Hee Hee. Syok sangat perasaan bila dah grad. Nak nak first class tu...alhamdulilah. Tahniah Tahniah lagi sekali.

    ReplyDelete
  17. Tahniah di atas kejayaan. Bila konvo memag rasa seronok dan teruja kan. Doakan sy juga dpt sambung belajar lepas ni

    ReplyDelete
  18. Tahniah Zharif.. segala pengorbanan dan usaha mendatangkan hasil akhirnya.. hari konvekesyen pastinya hari yang mencatat kenangan indah buat zharif kan! apa-apa pun.. lawak la ayat gonjeng tu.. nape.. sebelum ni ada mahasiswa yang menari diatas pentas ke seperti viral dulu.. hihihi.. apa-apa pun.. TB doakan gerak hati nak merasa pengalaman naik pentas tu sekali lagi menjadi kenyataan.. amik master degree lak ek.. jeng jeng jengg

    ReplyDelete
  19. Tahniah atas kejayaan, moga terus maju jaya dalam apa sahaja yang dibuat. Suka betul tgok anak muda berjaya mcm ni

    ReplyDelete
  20. Congratulation Zharif, wishing that brighter opportunities come your way.

    ReplyDelete
  21. Cingrats zharif..
    Selamat melangkah ke alam pkerjaan ye...
    All the best

    ReplyDelete
  22. Tahniah...simpan memori ini rapat-rapat.
    Ya, dunia pekerjaan adalah lebih menarik dan mencabar. Tiada lagi pensyarah memberi syarahan.
    All the best!

    ReplyDelete
  23. Congratulation for your graduation. Is time to pursuit your career. all the best.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...