Tuesday, November 21, 2017

Pusingan Akhir My Fun Cooking Competition 2017 by Lee Kum Kee

Assalamualaikum and good day everyone !

Pada 12 November lalu, telah berlangsungnya pusingan akhir My Fun Cooking Competition 2017 yang dianjurkan oleh Lee Kum Kee. Masih lagi ingat pertandingan My Fun Cooking Competition pusingan pertama yang aku pernah update dulu ? Kalau tak ingat, boleh baca dekat sini : My Fun Cooking Competition Round 1



Masih lagi diadakan di tempat yang sama iaitu di One Space @ The Square at One City. Pusingan akhir ini terdiri daripada 4 pasangan yang mana setiap pasangan ini merupakan pemenang pusingan mingguan yang diadakan sejak sebulan yang lalu. Pemenang setiap pusingan itu tadi, akan melayakkan diri untuk masuk ke pusingan akhir.


Di pusingan akhir ini, kita dapat menyaksikan satu selebriti chef yang diundang untuk sama-sama memeriahkan dan bertanding melawan pemenang-pemenang mingguan itu tadi. Jadi ia memberi satu saingan hebat buat para peserta yang lain. Selebriti chef itu tidak asing lagi dalam dunia masakan. Beliau terkenal dengan masakan menu-menu sihat kerana beliau amat menjaga pemakanan. Selebriti chef tersebut ialah Peter Davis. Beliau telah memilih anak buahnya untuk menjadi pasangan beliau untuk pusingan akhir ini.


Seperti biasa, kesemua peserta akan membeli bahan-bahan terlebih dahulu di pasaraya berdekatan iaitu di SK Market yang mana ia juga merupakan salah satu sponsor untuk pertandingan ini. Masa yang diberikan kepada para peserta adalah selama 30 minit untuk membeli semua bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak hidangan mereka.



Tema kali nie adalah udang. Para peserta ditugaskan untuk menghasilkan dua menu iaitu menu appetizer dan juga menu utama dengan menggunakan udang sebagai bahan utama. Masa yang diberi adalah selama satu jam.



Peserta-peserta di pusingan akhir ini hebat-hebat belaka. Biasalah, final round. The best among the best. Sudah pasti memberikan saingan sengit. Bahkan, selebriti chef kita pon rasa tercabar melihat peserta-peserta lain.



Masa yang diperuntukkan pon tamat. Setiap peserta mempersembahkan hidangan mereka ke meja juri dan menerangkan serba sedikit mengenai hidangan tersebut. Sebaik sahaja sesi mengadili tamat. Para peserta pon menunggu keputusan.



Sementara menunggu, terdapat satu demonstrasi masakan daripada Chef Chan Ki Hong yang juga merangkap salah seorang juri untuk pertandingan ini. Beliau menunjukkan kepada para pengunjung mengenai kepelbagaian kegunaan sos-sos daripada Lee Kum Kee. Memang ternyata banyak masakan boleh kita hasilkan menggunakan sos-sos daripada LKK.



Chef Chan telah menunjukkan cara memasak 3 jenis masakan. Masakan yang ditunjukkan merupakan hidangan yang telah diberikan buat penonton-penonton yang menyaksikan pusingan akhir pertandingan My Fun Cooking nie.




Antara hidangan tersebut adalah Flavoured Chicken Popcorn, Vegetarian Spring Roll dan juga Three Treasures Rice. Ketiga-tiga hidangan ini menggunakan signature sos dari LKK iaitu Oyster Sauce dan XO Sauce, berserta satu sos baru iaitu Asian Twist Salad Dressing.

Balik nie boleh kita terus buat. Nampak mudah saja cara memasak ketiga-tiga hidangan nie.


Dan pemenang pon diumumkan. Tahniah kepada pasangan ibu dan anak, Yap Chin Yew dan Hun Zhi Yean kerana telah memenangi pertandingan ini dan sekaligus menewaskan chef selebriti Mr Peter Davis. Mr Peter Davis finished at second place. Anyway he did great and all contestants did amazing too. Cuma rezeki kali nie berpihak pada Yap Chin Yew dan anaknya Hun Zhi Yean.


Aku sempat merasa setiap masakan yang dimasak oleh peserta dan ia memang sedap-sedap belaka. Pasti sukar untuk para juri untuk membuat keputusan. Tapi apakan daya, gelaran juara hanya boleh dimiliki oleh satu pasangan sahaja. Tahniah untuk semua kerana sampai ke pusingan akhir.


Maka dengan ini, berakhirlah My Fun Cooking Competition 2017 ini. Terima kasih kepada semua sponsor untuk pertandingan ini (Lee Kum Kee, Desa Home, Electrolux dan SK Market). Terima kasih juga kerana sudi menjemput saya untuk menyaksikan event ini. Pertandingan seperti ini sepatutnya diadakan lebih banyak lagi kerana ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memupuk semangat membantu dalam jiwa kanak-kanak dalam menguruskan kerja harian di rumah, termasuklah memasak.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, boleh lah terus ke Facebook Page mereka


Atau boleh terus menguhubungi Ms. Ling di talian 03-4287 0039 / 011-2608 8034

Jumpa lagi di tahun hadapan. See ya !

1 comment:

  1. Tahniah pada pemenang. Lepas ni zharif pula lah masuk. Mana tau hebat juga memasak ni kan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...