Thursday, October 12, 2017

Neubodi's Bra Drive is back !

Good day everyone !

Sabtu lalu, 7 Oktober, selepas selesai food review, aku terus bergegas ke 1 Utama untuk ke event seterusnya. Di 1 Utama, telah berlangsung satu program anjuran Neubodi yang dipanggil kempen Bra Drive. Kempen ini telah masuk tahun kelima diadakan dan telah berjaya mengumpulkan enam tan bra.

I don't. But they do.



Those yang tak familiar dengan kempen Bra Drive nie, meyh aku ceritakan serba sedikit pasal kempen nie. Kempen Bra Drive nie ialah kempen yang mana orang ramai diseru untuk menyumbangkan bra-bra terpakai atau yang sudah tidak dimahukan lagi, ke dalam "Bank Bra" yang disediakan. Bank Bra nie boleh dijumpai di mana-mana cawangan Neubodi di serata negara. Boleh rujuk gambar di bawah mengenai aliran ke mana bra-bra yang disumbangkan tadi itu pergi.


Sumbangan ini sangat bermanfaat untuk third world countries yang mana mereka memperoleh rezeki dengan menjual bra terpakai. Bra sangat penting bagi tujuan keselesaan dan keyakinan. Oleh sebab itu, bra merupakan barangan yang amat diperlukan. Manakala bra yang tidak sesuai untuk disumbangkan, contoh bra tu dah sangat teruk keadaannya, takkan lah orang tu nak jual pulak kan. So untuk bra yang dah teruk gila keadaannya, akan disumbangkan kepada Life Line Clothing. Yang mana, mereka akan menggunakan teknologinya yang tersendiri, menjadikan bahan-bahan yang terdapat dalam bra itu tadi, seperti spandex, nilon, wayar besi dan plastik, ditukarkan kepada bahan bakar pepejal yang boleh diguna semula untuk menjana industrial boilers and generators.


Aku agak sedikit segan sebabnya, majoriti wanita yang berada di sini. And anything yang ada di tapak kempen nie juga banyak menjerumus untuk kaum wanita. Nasib baik Jida Achin temankan aku. Tak ada lah awkward sangat.


Anyway, orang lelaki jangan pandang sebelah mata pulak dengan kanser payudara nie. Sebab lelaki juga boleh dapat kanser payudara tau. Bukan perempuan je tau !


Semasa kempen nie berlangsung, ada macam-macam aktiviti yang telah diadakan. Antaranya ialah konvoi berbasikal "Pedal Forward" yang telah diadakan pada waktu pagi hari kejadian. Selain itu terdapat pemeriksaan percuma kesihatan payudara yang dilengkapi alat sokongan dan pengesan awal kanser payudara darpada klinik gerakan Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA)



My sister played this wheel of fortune and she got free facial treatment from Melissachens.


Bra Drive "Sumbang, Sokong, Kitar Semula" Neubodi 2017 akan berakhir pada 5 November, jadi kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai kempen ini, boleh melawat laman Facebook Neubodi at www.facebook.com/neubodi atau laman webnya di www.neubodi.com


No comments:

Post a Comment