Monday, October 30, 2017

Miss World Prestige International Pageant 2017

Good day everyone !

Pada 12 October lalu, aku telah dijemput untuk menghadiri Miss World Prestige International Pageant 2017 gala dinner di Sunway Resort Hotel Grand Ballroom dengan bertemakan Smart & Elegance (Black, Gold, Silver). Bila dah ada tema-tema tu, maksudnya bukan event biase-biase. Jadinya, aku sebagai village people sejati haruslah bergaya sedikit untuk menghadiri gala dinner nie.

Very kampung ! LOL

Miss World Prestige International Pageant 2017 diadakan begitu gah sekali supaya ia setaraf dengan Paris Fashion bertaraf dunia atau setanding dengan upacara pertandingan ratu cantik yang lain.




Gauraro Joaillerie merupakan penaja utama untuk majlis ini yang mana ia merupakan sebuah jenama yang ditubuhkan sejak tahun 1830 di France Paris. Nama Gauraro Joaillerie sudah tidak asing lagi dari segi kemewahan dan pengaruhnya. Tengok saja majlis pada malam itu, memang seperti berada dalam kayangan. Sangat mewah !

Selain itu juga, majlis ini juga ditaja oleh beberapa jenama lain mengikut kategori.

Diamond sponsor : 
Hai-O Group, STO Malaysia, Vintage Collection.

Platinum sponsor : 
Malaysia China Silk Road Entrepreneurs Association, AGP Group, The Hulo Hotel + Gallery,
Ming Feng Marketing Sdn Bhd.

Gold sponsor : 
Fion Poon Fashion, Dynasty Tailors Sdn Bhd, Reborn Beauty House, Dragon Muay Thai, Power Storm Sdn Bhd.

Silver sponsor : 
De Vogue Wedding Gallery & Academic, Gelly Wee Make Up Studio, Miko Galere, 
Charater International Modelling, Mekar Subur Sdn Bhd.


Setiap wanita ibarat sebuah berlian, dan mereka mempunyai pilihan sama ada untuk menjadi sebuah berlian ataupon hanya sekadar batu tidak berharga. Untuk memegang takhta Miss World Prestige International Pageant nie, perlu ada 3 kriteria wajib. Iaitu kecantikan luaran, kecantikan dalaman dan juga sumbangan kepada masyarakat. Seramai 8 finalis telah melayakkan ke pusingan akhir. Dan mereka adalah,

1. Victoria Jean
2. Gharam
3. Eline Tee
4. Eawen Chia
5. Valerie Lau
6. Kimberley Claire
7. Jocelyn Teong
8. Mobina


Dan berikut merupakan keputusan penuh akan pertandingan ratu cantik ini.

Grand winner : Kimberley Claire
1st Runner Up : Gharam
2nd Runner Up : Valerie Lau
Miss Talent : Mobina
Miss Photogenic : Eawen Chia
Miss Popularity : Jocelyn Teong




Kalau pada tahun lepas, tema untuk pertandingan ratu cantik ini ialah "The Beauty of Great Love", jadi tahun ini, dengan tema "Dare to Dream Create Wonderful Journey of Life". Dengan tema tahun ini, para peserta digalakkan untuk mengetengahkan bakat mereka dengan mempersembahkannya secara terbuka di khalayak ramai.


Setiap peserta membuat satu persembahan pada malam itu. Ada yang menari, menyanyi, melukis, bermain alat muzik dan macam-macam lagi. Some are not really talented, hahaha. But some are very talented. Apa yang menarik perhatian aku ialah persembahan daripada pemenang takhta Miss World Prestige International 2017 nie. Beliau telah mempersembahkan satu persembahan yang mana beliau bermain violin untuk lagu Smooth Criminal by Michael Jackson. Sangat energetic dan sangat berbakat Kimberley Claire nie.

This is not the contestant, but she looks beautiful

Bagaimanapun, tuah berpihak kepada Mobina untuk takhta Miss Talent. Yang mana beliau telah bermain alat muzik piano dengan begitu hebat sekali. Di samping itu, terdapat juga persembahan-persembahan lain bagi memeriahkan lagi gala dinner malam itu.


Tetamu telah disajikan dengan sajian makanan chinese pada malam itu. 8 courses kesemuanya. Memang kenyang sangat aku malam tu. Makanan-makanan dia boleh tahan sedap tapi ada yang tak berapa nak diterima tekak. Apa-apa pon aku bagi 7/10 bintang untuk makanan malam itu.


I love this platter 

Also love this one !

This was the bomb ! I really love the taste.

I went to the toilet when this prawns were served. So i dont have the chance to take photos of it. The decoration was beautiful they said. Thank God, they remember to reserve two prawns for me. Hahaha

This one not really like it

The appetizer was so nice and delicious. But too bad, the dessert was not. I was not a big fan of the dessert on that night. I was hoping something sweet like cakes or ice cream. Instead, we were served something like laici kang. Something like that. I dont know what to call that as what.

Anyway we had fun that night. Thank you for the invitation.


Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai Miss World Prestige International Pageant 2017 nie boleh like and follow FB page dorang di : www.facebook.com/worldprestigeinternational

1 comment:

  1. Thanks for all your efforts that you have put in this.
    Very interesting information.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini