Monday, October 23, 2017

My Fun Cooking 2017 by LEE KUM KEE

Good day everyone !

Pada 15 Oktober lepas, aku dan rakan-rakan blogger lain telah dijemput untuk sama-sama memeriahkan lagi event My Fun Cooking 2017 nie. Event nie berlangsung di One Space @ The Square, One City. My Fun Cooking nie merupakan event masak-masak, yang mana ia merupakan pertandingan berkumpulan yang melibatkan satu orang dewasa dan juga kanak-kanak yang berusia dari 10-18 tahun. Kiranya ada 2 ahli dalam satu kumpulan. Sangat bagus diadakan pertandingan ini sebabnya, ia dapat mendedahkan dan melatih budak-budak muda untuk turut sama-sama membantu kerja-kerja di dapur dan sekaligus dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan sesama mereka.



Pertandingan ini dianjurkan oleh Lee Kum Kee dan Desa Home.

Lee Kum Kee merupakan satu jenama yang ingin mempromosikan ke serata dunia akan Chinese cuisines maka ia menghasilkan produk-produk masakan Chinese. Lee Kum Kee telah ditubuhkan pada 1888 oleh Mr. Lee Kum Sheung. Hari ini, usia jenama ini telah mencecah 129 tahun dan ia telah menjadi kegemaran pengguna sebagai jenama yang menghasilkan produk-produk masakan Chinese. Setelah hampir 3 abad, jenama Lee Kum Kee menawarkan lebih daripada 200 jenis sos-sos dan perasa-perasa masakan dan ia tidak asing lagi di pasaran dunia. Produk hasil ciptaanya iaitu sos tiram, merupakan produknya yang paling terkenal dalam kalangan pencinta makanan. Dan yang penting, semua produk LKK adalah HALAL. Yeay !

Untuk maklumat lanjut mengenai Lee Kum Kee, boleh melawat www.LKK.com 



Manakala Desa Home merupakan sebuah jenama yang mengedarkan pelbagai jenis peralatan-peralatan rumah. Ia telah ditubuhkan sejak tahun 1995 lagi. Desa Home telah memenangi Malaysia Top Five Award seiring dengan jenama-jenama terkenal lain seperti Sony, Samsung dan LG. Desa Home merupakan pengedar rasmi untuk produk-produk ciptaan Sony, Samsung, LG, Toshiba, Philips, Haier, Pioneer, JVC, Yamaha, JBL dan pelbagai lagi.

Jadi, Lee Kum Kee dan Desa Home bekerjasama untuk menganjur pertandingan memasak ini.

Mari kita tengok siapakah peserta-peserta untuk pusingan pertama ini.





Sebaik sahaja wisel mula ditiupkan, para peserta akan pergi membeli bahan-bahan untuk dimasak di pasaraya berdekatan dengan menggunakan bajet yang telah ditetapkan. Bahan-bahan itu dibeli di SKM Market, yang mana ia juga turut menjadi salah satu sponsor untuk event ini.



Para peserta diberi masa selama satu jam untuk menghasilkan menu makanan utama dengan menggunakan sos-sos daripada Lee Kum Kee. Untuk pusingan pertama ini, ayam merupakan bahan utama yang diketengahkan. Para peserta akan memasak dengan menggunakan peralatan-peralatan elektrik yang disponsor oleh Electrolux dan juga Desa Home Theatre Sdn Bhd.



Setelah masa tamat, hidangan para peserta diberi kepada juri-juri untuk diberi markah. Setiap peserta telah menghasilkan hidangan-hidangan yang enak dan kreatif.





Sebaik sahaja sesi pemarkahan juri selesai dan dikira, pemenang untuk pusingan pertama ini pon diumumkan.

Pemenang pusingan pertama


Ibu : Kat Kok Han Teng
Anak : Chloe Chong Cheng Yee (11 tahun)
Nama Masakan : Kum Kee Golden Patties

The winning dish looks yummmy !!

Pusingan Pertama sudah selesai ! Tahniah buat semua peserta.

Terdapat 4 pusingan dalam My Fun Cooking 2017 nie. Ia bermula dari 15 Oktober sehinggalah 12 November 2017. Semua pusingan diadakan di tempat yang sama, iaitu di One Space @ The Square, One City. 12 kumpulan akan bertanding untuk melayakkan diri ke pusingan akhir. Setiap pasukan yang menang di setiap pusingan akan melayakkan diri ke pusingan akhir untuk bertanding bersama selebriti, Mr. Peter Davis.

Round 1 : 15 Oktober 2017
Round 2 : 22 Oktober 2017
Round 3 : 29 Oktober 2017
Final Round : 12 November 2017


Untuk maklumat lanjut mengenai My Fun Cooking 2017 nie, korang boleh jenguk Facebook page mereka di www.facebook.com/MyFunCooking2017 atau hubungi Ms. Ling di talian 03-42870039 / 011-26088034.


Boleh lah lepas nie aku cuba masak menggunakan barang-barang keluaran Lee Kum Kee. Terus feeling ala-ala Diana pemenang Masterchef Australia tau. Hihi

Pon boleh lah !

2 comments:

  1. Lee Kum Kee sauces are my savior in Canada! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai ke Canada produk LKK nie ? Wow hebat !!

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...