Sunday, August 4, 2013

Shopping raya sampai jam 4 pagi

Assalamualaikum

3 Ogos yang lalu, aku dan adik beradik aku pergi shopping raya di Kuala Lumpur. Maklumlah, aku baru je dapat gaji, inilah masanya untuk reward diri sendiri. Penat-penat kerja, kenalah reward diri dengan sesuatu, betul tak ?


Destinasi pertama yang kami pergi ialah Berjaya Times Square. Ini adalah destinasi wajib ya. Memang tak nampak dah lokasi shopping lain, mesti terbayang-bayang Times Square je kalau nak shopping baju. Jenis aku, kalau dah masuk sini, memang akan berjam-jam. Sebab aku jenis suka tawaf satu bangunan. Kalau boleh, setiap satu-persatu kedai aku nak masuk. Sebabtu aku selesa keluar dengan adik-beradik aku untuk bab nie.





Lepas dah berjam dalam Times Square, kitorang menuju pula ke Petaling Street. Nak cari beg tangan untuk ibu and mak si Faries. Kita beli beg dekat Petaling Street je mampu. Tempat mahal-mahal tak mampulah. Kita bukan orang kaya, kerja pon cuma sebulan je. Hahahaha


Apa yang aku tak suka dekat Petaling Street nie ialah sikap penjual-penjual dekat sini. Dorang suka memaksa kita beli, walhal kita cuma tanya je. Dan bila kita cakap kita tak mampu atau setuju dengan harga yang dorang beri, dorang marah. Dah kenapa ? Eee nak je aku mencarut tau. Datang sini, memang kena pandai tawar-menawar. Penjual sini suka mark up harga gila-gila lepastu acah-acah bagi diskaun. Walhal harganya lagi murah daripada tu. Nama pon barang tiruan, jadi memang tidaklah harga dia mahal. Wayang je semua tu. 


Lepastu kitorang pergi Jalan TAR dan Jalan Masjid India. Susah betul nak cari parking dekat sini. Ramai sangat orang. Ramai parking secara haram, aku pon ikut jelah. Dengan harapan, abang-abang polis tak saman. Alhamdulillah kereta selamat daripada disaman. Mungkin sebab kitorang banyak baca-baca kot. Kah !


Dahlah tengah puasa, berjalan di bawah panas terik matahari. Sangat menguji keimanan ya. Alhamdulillah masih boleh bertahan lagi. Tapi adik bongsu aku nie dah mula lemah longlai dan sibuk minta untuk buka puasa. Aku tak bagi berbuka sebab sekejap je lagi waktu berbuka. Lagi setengah jam nak berbuka masa nie.

Kitorang beli McD untuk berbuka. Tapi tak makan dekat situ sebabnya ramai gila manusia. Jadi kitorang beli bungkus dan berbuka dalam kereta je. Dah lah naik kereta Kelisa. Bayangkan berhimpit dalam tu 6 orang. Dah macam sardin dibuatnya. Memang kebulur betul masa berbuka. Macam orang tak makan setahun. Penat satu hari berjalan, dengan panasnya lagi.


Kau tengoklah tu wajah sebelum dan selepas berbuka puasa. Tak ke gedik tu ? Muka nak berbuka bukan main lemah lagi. Dah dapat makanan, amboi lincah terus. Drama sangat budak kecik nie.

Dah kenyang, kami sambung shopping lagi di Times Square. Ada lagi barang yang tak terbeli lagi. Barang aku dengan Faries jelah yang masih tak lengkap. Adik-beradik aku yang lain dah sudah dah. Dorang tak ikut kitorang berjalan. Dorang duduk makan dekat Crepe2U. Sementara aku dengan Faries tawaf Times Square tu cari barang.



Pelik juga kedai-kedai dekat Times Square nie sebabnya jam 9.30 malam semua kedai pakat-pakat nak tutup. Aku ingat kalau musim perayaan, dorang akan extend business hour. Tapi tidak ya. Mujurlah semua barang-barang yang dicari dah dapat. Masa untuk pulang. Yakin terus pulang ? Baru jam 10.00 malam kot. Cuba baca tajuk semula. Hahahaha




Sebelum jam 12 malam, aku kene hantar kakak dan adik perempuan aku balik ke kolej dorang dekat Ampang. Dorang ada program dekat kolej katanya. Motif sangat program buat dekat-dekat nak raya. By that time, memang KL sangat sesak dan jammed ya. Tersangkut atas jalan agak lama jugalah. Rupanya ada kemalangan. Masalahnya kemalangan tu langsung tidak menjejaskan lalu lintas, tapi kenapa masih jammed ? Ya, typical rakyat Malaysia. Kawasan kemalangan dorang akan mula memandu perlahan untuk melihat kejadian tersebut.


Selesai sahaja menghantar budak dua orang tu ke kolej, kami saki baki manusia yang ada dekat kereta masa tu singgahlah ke Uptown Ampang. Nak tengok-tengok harga je sebenarnya, kot kot murah bolehlah beli sehelai dua. Tak ada yang betul-betul berkenan, tapi boleh terbeli 2 helai baju, acano tu ?

Kami pon terus pulang. Dalam perjalanan pulang tu, terlalu di satu kawasan yang jammed berhampiran dengan hospital HUKM. Rupanya ada bazaar. Ia dibuka bermula jam 10 malam sehingga 5 pagi. Tak hairanlah dah jam 1 pagi pon masih lagi sesak dengan manusia. Aku pon singgah jugalah sebab dah alang-alang lalu. Tengok-tengoklah apa yang ada. Kalau ada yang berkenan, kita beli. Tapinya semua biasa-biasa je, plus semua barang aku dah beli. Kami cuma beli makanan je. Tak tahulah kenapa lapar betul perut malam-malam buta nie.


Lepastu barulah betul-betul pulang ke rumah. Dah telefon ibu awal-awal kitorang akan balik lambat, jadi tak adalah ibu risau dan fikir benda-benda tak elok berlaku. Alhamdulillah, dekat jam 4 pagi baru sampai rumah dengan jayanya. Sumpah sangat mengantuk masa nie. Bonet kereta penuh dengan plastik beg shopping. Perghh banyak betul kitorang membeli.

Post edited : August 2021

20 comments:

  1. 4 pagi baru habis shopping?? bahaya ni..huhu

    ReplyDelete
  2. hamboihhh kemain sehari semalam shopping yer..
    best ar korang, keluar sama2 adik beradik wpun berimpit mcm nasik impit 1 kereta.. =)

    ReplyDelete
  3. aku rasa puas tengok kome bershopping sakan. rajin bebenor shopping tengah puasa. penat seh.

    ReplyDelete
  4. seronoknya bershopping dengan adik-adik, rindu saat2 itu..

    ReplyDelete
  5. terus nampak Zharif MACAM hensem bila dukung adik tu... tepuk tangan :)

    ReplyDelete
  6. warrgghhh shopping ! TS the most best place lah utk perabehkan duet... muke haziqah nmaok sayu gilerr hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. TS mmg syurga membeli belah !! =D
      haziqah dia mmg mcm tu, berlakon je tu nak suruh kita kesian ...

      Delete
  7. sronok nyer korang shoping...huhuhu

    ReplyDelete
  8. Amboi shopping sakan. ada geng ni boleh bawa die kalau g ts after ni..kuikui

    ReplyDelete
    Replies
    1. ewahhhh =D kalau ada duit je baru pergi, xde duit mmg tak lahh =)

      Delete