Friday, August 30, 2013

Powerbank Pineng PN-910 : 11200mAh

Assalamualaikum

When it comes to powerbank, aku takut sangat nak beli. Yelahh, dah macam-macam cerita aku dengar. Ada yang meletop lah, tiruan lah, tak berkualiti lah. Seriously seram sangat. Tapi, lepas baca review from blog Yuyu Zulaikha yang super comel lote tu, aku mula yakin yang penjual nie sangat jujur. Dan aku percaya powerbank daripada dia juga sangat berkualiti tinggi. Dia ialah The Faiz Ibrahim. Pembekal powerbank yang berkualiti tinggi dan dijamin 100% original.


Kenapa mesti beli powerbank Pineng daripada The Faiz Ibrahim :

1- The design. Design dia cantik gila. Warna dia pon cantik-cantik. Ada silver, gold, grey and sapphire blue. Aku beli warna sapphire blue sebab warna dia tersangat cantik dan menyerlah.

2- No overcharge. Jangan risau, powerbank ini secara automatik akan switch off kalau battery phone dah penuh. Ini merupakan sebab paling kuat aku memilih powerbank dari jenis ini. Lagipula overcharging kan tak elok untuk kesejahteraan battery phone kita semua.

3- Masa pengecasan singkat. Seriously cepat gila. Sungguh tak percaya. Tapi inilah hakikat dia.

4- Boleh cas hampir semua jenis device termasuklah kamera, psp, ipod dan sebagainya, you name it.


Ini merupakan pertama kali aku beli barang secara atas talian. Agak noob sikit. Bab nak bank in pon first time juga. Memang tak pernah langsung bank in duit ke mana-mana account. TFI bukak order je, terus cepat-cepat aku order. Kalau lambat kang melepas kene tunggu next batch baru boleh order lagi. Sebab dorang menggunakan sistem batch bagi memastikan kelancaran perniagaan dorang. Quite nice jugak sistem batch ni.


Walaupon ini merupakan kali pertama aku beli barang secara online, tapi masa nak order tu berjalan lancar kot. Tak ada lah noob sangat. keesokkan harinya aku pergi buat pembayaran secara bank in dan sertakan bukti pembayaran melalui email. Dah selesai. Lepastu tunggulah barang yang di order sampai rumah.


Pembungkusan dia bagus dan secure sangat. Kalau tengok dekat kotak kedua-dua powerbank di atas, aku runsing sikit sebab berbeza. Yang grey dia punya connector cuma ada 3, while aku punya ada 5. Untuk menamatkan segala kerunsingan yang ada, aku call pihak TFI. Aku rasa owner dia yang angkat sebab aku kenal benar dengan suara Faiz Ibrahim nie. Rupanya yang grey tu yang terkini punya packaging. 2 connector yang kurang tu rupanya memang jarang gila digunakan so company Pineng tu dah berhenti keluarkan. Yelah, aku tengok pon pelik, memang tak pernah jumpa rasanya device untuk 2 connector tu tadi. So kerunsingan pon tamat.


So aku nak menyeru kepada korang semua, kalau nak beli powerbank, beli lah daripada TFI. Aku yakin korang akan puas hati. 100% original dan berkualiti tinggi.

11200mAh : RM 150
16800mAh : RM 180

Website : TheFaizIbrahim.com 
Facebook page : The Faiz Ibrahim
Full review boleh cek kat sini : Powerbank Pineng 11200mAh by Faiz Ibrahim 

Tempahlah sekarang, powerbank amatlah diperlukan buat masa kini memandangkan semua battery smart phone cepat habis. Pastikan beli yang original tau. Hanya di TFI, gitueee !


Post edited : August 2021

14 comments:

  1. amboiiiii... NORA DANISH yeee... jales nie... gagagaga pettakkk :P

    ReplyDelete
  2. aku pun terasa nak beli jugak. Penah gak aku pakai powerbank lain. tapi macam kena tipu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah beli dengan faiz ibrahim nie, pb tu akan tahan lama. original dan berkualiti =)

      Delete
  3. Assalamualaikum dik. akak tak beli lagi tapi pernah pm dengan dia. dia sangat humble punya orang. insyallah akan beli, tgu fulus masuk bank jeee. hehehhee. akak tergelak tengok instagram Faiz ni. ramai ada kawan dia buat gaya cam nora danish. serius lawak. kau pun sama. memang tergelak akak tengok dik. heeeeee ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak sheila. beli lah kak sheila kalau rasa perlu. sebab battery phone sekarang nie cepat habis. susah...

      Delete
  4. Kite masih mencari yg sesuai.... Info yg sangat details dan konfem akan beli jugak lepas ni... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagus, beli jangan tak beli =) dapatkan di TFI je tau. hahahhaa

      Delete
  5. Samalah aku pun pernah beli nga dia..warna sama ar..biru/

    ReplyDelete
  6. Salam...ape beza biru ngn grey tu?3 connector tu cmne?xfhm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. connector tu benda kecil2 yang akan disambung kan mengikut kesesuaian jenis device yg nak dicas. cuba tengok dekat kotak tu. ada benda kecil2 kan kat tepi dia ? hah tu yang di panggil sebagai connector. saya punya ada 5 connector, kawan saya cuma 3 je.

      Delete
  7. Kalau dia buat shipping internationally, mesti aku nak beli sebab power bank dekat sini mahal gila nak mati

    ReplyDelete
    Replies
    1. takperr, balik raya tahun depan beli yerr farah =) tp mcm lambat lagi jerpp

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini