Thursday, August 22, 2013

Lebaran 2013 : Drama 1 Syawal

Assalamualaikum

Yer, tahun nie punya hari raya agak dramatik sedikit sebabnya aku tidak beraya. Ada sedikit drama di pagi 1 Syawal tu yang membuatkan aku putuskan tak nak beraya. Aku betul-betul nekad, tak nak pergi beraya. Tapi kenapa ?


Aku sorang je yang tak pergi beraya. Keluarga aku semua pergi beraya macam biasa dengan sanak-saudara. Kenapa aku tak pergi ? Well, masa nie aku tengah ada masalah dengan keluarga aku. Aku rasa geram sangat dengan perangai dorang yang tak berubah-ubah. Setiap tahun benda yang sama berulang. Apa bendanya yang berulang ? Satu perangai keluarga aku yang aku cukup tak berkenan ialah lambat bersiap.


Entahlah, aku tiba-tiba meletup pagi raya tu. Dah sampai masuk waktu tengahari masih lagi tak bersiap. Dorang baru nak bangun tidur, baru nak gosok baju, baru nak kemas rumah. Semua benda suka buat last minute. Waktu raya, memang aku sorang yang macam beriya itu ini. Tapi dorang jenis lembab. Pagi raya baru nak gosok baju. Baru nak cari tudung. Bangun pula lewat. Mandi berjam-jam. Dahlah dekat rumah nie bilik air cuma satu. Itu belum make up lagi. It takes forever. Aku betul-betul hilang sabar pagi tu sebab benda nie berlaku tiap-tiap tahun di pagi raya. Terus nekad, aku mengunci diri dalam bilik. Hah korang semua pergilah beraya sana.


Keluarga aku pon pergilah beraya rumah sanak-saudara tanpa aku. Puas ibu aku pujuk suruh keluar bilik, aku buat tak dengar je. Lantaklah. Aku betul-betul fed up masa nie. Aku duduk dalam bilik sampailah aku tertidur. Jam 3 petang baru aku terbangun. Rumah sunyi sepi tak ada orang. Rumah sedara sekeliling pon sunyi sebab semua pergi beraya rumah sedara aku yang dekat Labuhan Dagang. 

Aku pon sarunglah baju hari raya pertama aku. Masa nie dah cool down sedikit tapi masih lagi rasa marah dan bengang. Aku pon pergilah naik motor ke rumah sedara aku yang dekat Labuhan Dagang. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit. Naik motor pakai baju raya ewahhhh betul. Aku saja nak check sama ada keluarga aku masih lagi ada dekat situ ataupun tidak. Ternyata semua sedara-mara aku masih lagi ada di situ. Aku tak masuk pon rumah tu, sekadar tengok je. Lepastu terus balik ke rumah semula. Aiyooo

Semua gambar yang aku letak nie semasa ketiadaan aku. Aku ambil je dari dalam kamera.





Sudah menjadi rutin setiap tahun lepas habis beraya di sekitar Selangor, keluarga aku akan terus bergerak balik ke Pahang. Aku pon mula terfikir, apa lah yang aku nak buat pada hari-hari mendatang sepanjang ketiadaan family aku di rumah. Rasa menyesal sebab aku tak dapat kawal emosi pada hari yang cukup penting dan ditunggu-tunggu oleh aku pada setiap tahun iaitu hari raya. Aku asyik tanya diri aku kenapa kenapa kenapa.

Tak lama lepas tu, aku dengar bunyi kereta balik rumah. Aku ingat siapalah yang datang beraya rumah aku nie. Ahh sudahh, memang tak lahh aku nak layan. Aku intai-intai, rupanya keluarga aku. Aku ingatkan dorang terus balik ke Pahang. Pelik. Tapi dalam hati masa nie terasa sedikit lega, sebab aku nak ikut balik Pahang. Dah lama sangat kot tak balik sana.


Rupanya dorang nak balik besoknya, sebab ayah dah penat sangat. Malam tu, sedara-mara keliling rumah datang beraya rumah aku dan bertanya kenapa tak ikut beraya. Malas aku nak jawab sebab mood aku belum 100% baik masa nie. Masih lagi rasa marah dekat keluarga aku. Kitorang pon berayalah rumah sedara-mara yang ada di sekeliling rumah sampailah jam 1 pagi. Kira beraya jugalah aku pada 1 Syawal walaupun cuma satu rumah sahaja.


Itu sahaja cerita hari raya pertama untuk tahun 2013. Tak beraya sebab apa ? Sebab merajuk dengan keluarga sendiri yang suka lambat bersiap. Itu je. Aku percaya, benda nie akan sentiasa berulang sampailah aku tua. 

13 comments:

  1. Mesti serius sampai terperap di bilik pagi 1 syawal.
    Tp nseb baik malam tu dah oke ea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xper, sangat serious sampai tak leh tahan dahh

      Delete
  2. alah, sayangnya 1 Syawal buat macam tu, takpe2, jadikan pengajaran, tahun depan jangan buat lagi, hehe

    ReplyDelete
  3. sygla 1syawal tak beraya ....staun sekali je jumpa 1syawal tu tau ^_^
    barang yg lepas jgn di kenang . jika dikenang meranlah diri ..huhu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayang kann, haishhh nasi dah jadi bubur... thanx ekin =)

      Delete
  4. chill yo!! tahun depan boleh beraya lg learn from pass ok ;p

    ReplyDelete
  5. apo kono eh jang? haha, ayah aq pon sama, tak kasi drive. bila aq mengantuk baru ayah aq nak pass, memey tak lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. depa tak percaya kat kita lah tu kann, haishhhh

      Delete
  6. Keep calm zarep, raya haji kan ada lagi? :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah jumpa blog orang Banting...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini