Wednesday, July 31, 2013

Perangai pelanggan yang menjengkelkan

Assalamualaikum

Terdapat banyak jenis pelanggan yang aku dapat semasa bekerja di bahagian electrical department di pasaraya The Store Banting. Kebanyakkannya semua okay, cuma kadang tu adalah beberapa pelanggan yang buat aku rasa sangat menjengkelkan. Jom kita tengok beberapa kelompok pelanggan yang menjengkelkan itu.

1. Pelanggan jenis nak tengok-tengok je dulu. 


Pelanggan dalam kategori ini cukup membuatkan aku sakit hati. Kalau setakat belek-belek tak apa, aku okay je. Tapi ini sampai dibuka kotaknya, keluarkan segala benda alah macam dalam kotak tu. Lepastu, bukan reti nak bungkus balik seperti sedia kala, tinggalkan macam tu je. Perghhh ! Padahal ada je yang display. Tapi gedik gatal tangan nak buka yang baru.

Aku kan kerja di bahagian electrical department, jadinya barang-barang elektrik banyak benda dalam satu kotak seperti contoh ada gabus, plastik, kertas dan alatan elektrik tu sendiri. Kalau dah buka, memang payah nak masukkan balik seperti sedia kala.

2. Pelanggan jenis nak beli tapi tak jadi.


Ya Allah sabarnyalah hadap pelanggan dalam kategori ini. Cukup membuatkan aku begitu menyirap sekali. Kebanyakkan pelanggan yang dalam kelompok ini adalah foreigner. Kalau setakat seterika atau mesin potong rambut tak apa tau kalau nak cancel. Senang je nak packing balik dalam kotaknya. Ini kes yang jenis nak cuba speaker atau DVD player. Korang tahu tak, nak setting benda alah dua nie payah ? Mengambil masa yang agak lama. Kalau dorang betul-betul nak beli, gagah je. Berbaloi juga kerja keras aku nak pasang. Ini dah penat-penat aku setting, dorang boleh tak jadi beli. Rasa nak hempuk je dengan speaker tu tahu tak.

Pernah aku dapat satu customer daripada Filipina. Masa tu dah jam 7.30 malam. Aku nak berbuka puasa, dorang boleh pula menggedik nak test speaker. Aku pon cubalah speaker tu. Bolehnya dia tak jadi nak beli. Sudahnya aku buka puasa jam 7.50 malam. Rasa geram gila aku masa tu.

3. Pelanggan yang berharap kita faham bahasa ibunda mereka.


Dalam kategori ini juga melibatkan foreigner. Kebanyakkannya pelanggan dari Bangladesh dan Filipina. Sorry to say, bau badan dorang je dah setengah azab, dengan bahasanya yang ado satu haram jadah aku tak faham. Ayoyo, nak datang negara orang tu, paling tak pun retilah sikit bahasa Inggeris. Broken English pon tak apa. Asalkan boleh difahami.

Bangla : Abang, itu lembu ada ?
Me : Hah ? Lembu ? Mana ada jual lembu dekat sini.
Bangla : Lembu lah abang, takkan tak ada jual.
Me : Maaflah memang tak jual lembu dekat sini. Lagipun macam mana nak bawa lembu-lembu tu naik tingkat 3.
Bangla : Itu lembu lahh (Sambil tunjuk atas)
Me : Errr lampu ke 

Tapi kalau foreigner dari Indonesia kadang aku suka tau. Sebabnya, bolehlah aku cakap jawa dengan dorang.

Indo 1 : Arek seng di po ? Seng koyo kiye o seng koyo kue ?
Indo 2 : Arek seng kiye lah. Eneng dak seng apik sitik, seng kiye koyo udah dinggo wong.
Me : Eneng.
Indo 2 : Eh boca kiye kok iso ngomong eneng Indo 1.
Me : (Mencelah) Hahaha sebab mak saya orang Jawa, sebab tu saya boleh faham.
Indo 1 : Laaaa dik Orang Jawa mana ?
Me : Orang jawa sini lahh.

Dan aku tak pasti sama ada, muka aku nie ada iras-iras kaum Cina ke tidak. Yang pasti, ada beberapa customer terus melulu cakap mandarin dengan aku. Aku pun dok terpinga-pinga. Ada tu, dia akan tanya dulu, "You Cina ke Melayu ?"

4. Pelanggan jenis nak harga murah tapi boleh pakai lama.


Korang sendiri boleh agak kategori pelanggan ini untuk kaum mana. Ya, tepat sekali ! Ini untuk kaum aku sendiri, Orang Melayu. Nak yang murah, tapi nak yang boleh pakai lama. Lepastu warranty nak 2 tahun, setahun sekejap sangat katanya. Perghhh ! Orang Melayu kalau demand memang tinggi.

Akak : Dik, ada tak speaker laptop yang murah-murah dekat sini ?
Me : Ada kak, ini dia.
Akak : Boleh tak, akak nak tengok semua tu ? Akak nak pilih.
Me : Boleh.
Akak : Laaa dik, nie kenapa nampak macam cap ayam sangat je ?
Me : -____-
Akak : Warranty berapa lama dik ?
Me : Speaker nie takde warranty kak.
Akak : Laa mana boleh macam tu, sepatutnya kene ada. At least setahun warranty.
Me : -____-

Nasihat untuk mereka-mereka yang di luar sana, janganlah nakbenda murah tapi nak nampak macam barang branded. Asalkan benda tu boleh guna dah cukup. Soal bentuk fizikal sesuatu barang itu, just accept the fact that those things are CHEAP. Soal boleh tahan lama ke tidak, well depends on how you use the things. Pandai jaga, maka tahanlah barang tu. As simple as that.

5. Pelanggan jenis cerewet nak mam......


Selisih malaikat empat puluh empat. Tolong jauhkan diriku dengan pelanggan jenis ini. Ini semua kaum ada, 1 Malaysia kata Pak Jibby. Ada je yang tak puas hati, itu tak adalah, ini tak adalah. Design tak cantiklah, warna tak menariklah, kotak dah buruk sangatlah dan bla bla bla. Ada je yang dia tak berkenan. Lepastu request nak tengok brand lain punya pula.

Kak oi bang oi, kalau nak sempurna sangat seperti yang diidamkan, apa kata pergi syarikat tu, lepastu design sendiri. Boleh ? Aku seringkali dapat jenis pelanggan dari kategori ini ketika mereka hendak membeli vacuum. Sehinggalah sampai satu saat, semua jenis dan jenama vacuum kena buka, kena cuba bagai, baru dia pilih. Bila dia dah selesai memilih, itu merupakan saat paling gembira buat diriku. Gembira bukan sebab aku berjaya yakinkan pelanggan tu untuk beli, aku gembira sebab akhirnya berambus juga pelanggan jenis ini. Menyusahkan aku betul.

Apa-apapun, semua ini sudah berlalu. Aku dah berhenti kerja dari situ. Tak ada apa yang perlu dirisaukan lagi. Gaji pon dah dapat. Dah bolehlah aku mula shopping untuk raya.

 

14 comments:

  1. bab nk beli lembu tu xtahan...hahaah

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum dik, hahaha lawak ok. akak mohon share dekat fanpage akak ye dik, hihii :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam kak sheila =) sila sila .... huhu

      Delete
  3. haaha...lawakk laaa pulakkk...tpi tu laa hakikatnyee...
    anyway..lom penah jd seller..kalo jadi mesti dah hangen2 da...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xper, dah lah nak kne control je kemarahan kita tu. kang takut dia report dekat org atas pulakk

      Delete
  4. ahhaha...comel je dik oi...
    ala biase lah tu cust. cerewet...padehal manede bende perfect dlm donia ni...

    #sib baek da berenti,kalau belom,stress la hari.. :)

    ReplyDelete
  5. bhahahaha =D ado jugok oghe lagu tu deh.. cap ayam pun boleh~

    ReplyDelete
  6. hahahaha sangat lawak. nasib customer, klo tak dah lama kena hempuk. bau badan tu yang tak tahan. klo negro lagi laa, 'i want chicken' Rupanya nak mcchicken. sabar je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lol, negro pon pelat jugak kah ? hahahhahaha

      Delete
  7. Hahahahhahahaha.. Gambar dengan entry match sgt ! Hahahah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini