Saturday, November 26, 2011

Hello Semester 2

Assalamualaikum !

Semester 2 sudah pon berlalu. Macam yang seperti aku janjikan pada diri aku, aku akan belajar lebih bersungguh-sungguh pada semester ini. Semoga aku terus istiqamah. Hahaha. Apa-apapun, aku nak memperkenalkan pensyarah-pensyarah yang mengajar aku pada semester kali ini. Jom !

Cikgu Hensem a.k.a Cikgu Shukri

Ada 3 jenis kelas di matrik nie. Untuk dalam kalangan praktikum, satu kelas tutor untuk latihan dan satu kelas amali untuk buat eksperimen. Manakala satu lagi kelas ialah kuliah. Ia menggabungkan beberapa praktikum. Kuliah adalah tempat untuk memahamkan nota dan belajar. 

FIZIK

Cikgu Hensem a.k.a mentor praktikum aku tidak lagi mengajar kuliah H4 lagi. Malah kelas tutor aku pon bukan dia yang ajar. Dia hanya ajar kelas amali sahaja. Kelas amali pulak jatuh pada hari Isnin. Yang mana semester ini, banyak cuti umum jatuh pada hari Isnin. Tak ke buat aku rasa gembira ? Hahaha. Semester 2 nie aku dapat pensyarah kuliah fizik baharu. Seorang perempuan berbangsa Cina dan beliau sangatlah sporting dan bersemangat. Aku suka ! Pensyarah untuk kelas tutor aku pon best. Tapi aku tak ingat nama dia. Kbye.


BIOLOGI

Untuk subjek Biologi pula, aku dapat pensyarah kuliah baru. Sumpahlah sangat mengantuk. Tak faham apa yang dia ajar. Hahahaaha. Rindu nak diajar oleh Pn Shaharum untuk kuliah. Semester lepas, Pn Shaharum mengajar kuliah dan tutor kelas aku. Tapi semester nie, Pn Shaharum hanya mengajar kelas tutor praktikum aku.Okay lah jugak daripada tak ada langsung. Suka dengan cara dia mengajar. Sangat keibuan. 

Pn Shaharum

KIMIA

Pensyarah untuk kelas tutor praktikum aku ialah En Ibrahim. Rasanya kalau sebut nama En Ibrahim nie, semua pelajar KMPP kenal kot. Beliau ni agak sedikit garang dan tegas. Itu maksdnya, aku kena siapkan latihan-latihan tutor aku sebelum datang ke kelas. Semester 1 haritu, kelas tutor praktikum aku dan kuliah, diajar oleh En Shahnon. Dia nie sumpahlah baik gila. Terlampau baik sangat. Untuk semester nie, pensyarah kimia untuk kuliah aku ialah Pn Norhayati. Dia nie okaylah, best jugak. Senang faham apa yang dia ajar sebab dia ajar satu persatu dengan detail sekali.

En Shahnon

MATEMATIK

Untuk subjek Matematik, Kuliah H4 dapat pensyarah yang sama masa Semester 1 iaitu Mr Lim. Maaflah, aku tak berapa nak faham apa yang dia ajar. Tak tahu kenapa. Sama ada dia laju sangat atau aku nie lembab nak faham. Tapi pensyarah nie, dia sangat kelakar tau. Loghat Penang dia pekat kalau cakap Bahasa Melayu. Manakala untuk pensyarah tutor, aku dapat pensyarah perempuan. Dia nie agak garang ya. Takut aku. 

Mr Lim

Itu sahaja untuk kali nie. Saja nak perkenalkan pensyarah-pensyarah yang ajar aku semester 2 nie. Apa-apapun, aku kena timba sebanyak ilmu yang boleh dari mereka, regardless lah macam mana sekalipun pensyarah tu. Dah janji nak pertingkatkan diri semester nie kan ? So jangan merungut.

Bercakap soal nak pertingkat diri, apa cerita hari nie keluar pergi outing duduk dekat McD berjam-jam mengadap latop. Kata nak berubah. Isnin nie cuti Awal Muharam. Aku ingat nak balk rumah tapi kewangan tidak mengizinkan. Maka mereputlah kita di KMPP. Nampak tak ? Masih lagi berniat untuk balik rumah. Acano nak berubah kalau asyik balik je. Kalau balik rumah confirm tak belajar. Merayap je kerjanya. 

Post edited : July 2021

10 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...