Sunday, June 18, 2023

Ve'era Hair Saloon Diperluas Untuk Keselesaan Pelanggan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Buat mereka yang tinggal sekitar dan berdekatan Pulau Pinang, ada satu berita baik untuk kalian kerana Ve'era Hair Saloon kini diperluas bagi menambahkan keselesaan buat pelanggan yang datang berkunjung untuk mendapatkan perkhidmatan dandanan rambut. Ikuti rbutirannya.


Kalau sebelum ini, hanya dapat memuatkan 8 kerusi dandanan, kini dengan keluasan kedai lebih 1000sqft, Ve'era Hair Saloon mampu memuatkan 11 kerusi dandanan dengan jarak dan keselesaan buat setiap pelanggan. Kalau sebelum ini, susun atur kerusi sangat rapat-rapat dan tidak mempunyai ruang yang banyak. Kini, sudah pasti pelanggan akan merasa cukup selesa dengan keluasan dan kerusi dandanan yang telah dinaik taraf.



Untuk pengetahuan semua juga, Ve'era Hair Saloon adalah sebuah pusat dandanan rambut unisex yang telah lama beroperasi di Pulau Pinang. Kini terdapat dua buah cawangan, satu di Kepala Batas dan satu lagi di Tasek Gelugor. Ve'era Hair Saloon juga menyediakan ruangan khas untuk muslimah bertudung. Jadi buat mereka yang bertudung, bolehlah datang ke sini okay.


Apa yang Ve'era Hair Saloon boleh buat ? Well, almost everything. Guntin rambut, cuci rambut, rawatan keratin, bleaching, warnakan rambut,rebonding,perm dan macam-macam lagi. Harga pula sangat berbaloi dan yang pasti setiap bulan akan terdapat pelbagai jenis promosi. Pastikan korang mengikuti IG page Ve'era Hair Saloon supaya tidak terlepas promosi yang mereka adakan.


Pelanggan juga boleh dapatkan produk rambut Ve'era di saloon mereka. Set penjagaan rambut Ve'era memang best,aku sendiri sudah cuba.Suka pakai hair mask dan hair tonic Ve'era. Sumpah wangi dan sejuk je kulit kepala. Boleh beli secara atas talian juga.


Sedikit latar belakang Ve'era Hair Saloon, saloon ini dimiliki oleh anak muda yang kacak ala-ala oppa Korea iaitu Mr Gin. Belia juga mempunya produk penjagaan rambutnya yang tersendiri dan telah lama berkecimpung dalam industri dandanan rambut dan kesihatan kulit kepala. Boleh baca lebih lanjut mengenai produk beliau di sini: KLIK 


Sebarang pertanyaan lanjut mengenai saloon, mengenai produk Ve'era ataupun nak buat appointment, bolehlah hubungi nombor yang berikut : 017 - 314 9936. Untuk mereka yang nak datang ke Ve'era Hair Saloon, waktu operasi mereka adalah pada setiap hari jam 12 tengahari sehingga 8 malam.


No comments:

Post a Comment