Friday, June 30, 2023

Majlis Bandaraya Petaling Jaya Atur 21 Program Bersempena Sambutan Ulangtahun ke-17 Petaling Jaya Sebagai Sebuah Bandar Raya

Assalamualaikum dan salam sejahtera

PJ Love U diangkat menjadi tema sambutan ulangtahun ke-17 Petaling Jaya sebagai bandar raya menerusi pelaksanaan 21 program sepanjang June ini, menurut Datuk Bandar, Mohamad Azhan Md Amir.


Beliau berkata, keraian itu akan disempurnakan dengan acara kemuncak Majlis Perasmian Smbutan Ulang Tahun Bandaraya Petaling Jaya ke-17 yang dijadual berlangsung di Laman MBPJ di hadapan Ibu Pejabat MBPJ di Jalan Yong Shook Lin, di sini pada 24 Jun bermula jam 8 malam.


Untuk pengetahuan semua, pengisytiharaan rasmi Petaling Jaya sebagai sebuah bandar raya dibuat pada 20 June 2006. Sambutan tahun ini merangkumi pelbagai program berbentuk jualan dan pameran, pertandingan dan kejohanan, sumbangan dan perkhidmatan percuma yang dirangka Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi mendekatkan diri dengan komuniti setempat.


Buat julung kalinya juga malam perasmian diadakan pertandingan acara perarakan yang membabitkan kategori Agensi/Badan Kerajaan, Badan Korporat, Majlis Perwakilan Penduduk/Persatuan dan Pusat Pengajian Tinggi (Universiti/Kolej) yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM6,500 selain sijil dan hadiah iringan.


Sebanyak 18 pasukan telah menyertai pertandingan perarakan ini. Pertandingan yang diadakan tertumpu di Taman Bandaran Kelana Jaya, The Spine, Dewan D'Kelana, selain lokasi utama di Laman MBPJ, Dataran Boulevard dan Pusat Bandar Seksyen 52. Pemilihan lokasi-lokasi ini bagi menghidupkan persekitaran Pusat BandarSeksyen 52 dan seterusnya mempergiatkan usaha mempromosi Bandar Raya Petaling Jaya sebagai kota seni.


Malam perasmian tersebut juga menyaksikan persembahan beberapa artis terkenal tanah air dan juga luar negara. Antara selebriti yang membuat persembahan ialah Neeta, Sarah Suhairi, Aliff Aziz dan dua penyanyi seberang iaitu Nabila Maharani dan juga Firman.


Sambutan ini diikuti dengan PJ Smart Ride pada hari esoknya yakni 25 Jun yang menyaksikan selebriti popular, Baggio Damasutra, bakal memberi cabaran dalam pertandingan kayuhan berbasikal sejauh 45 km. Penyertaan adalah percuma. Belah malam pula MBPJ mengadakan majlis PJ Berselawat yang menjemput semua masyarakat yang beragama Islam untuk turut serta di Laman MBPJ yang bakal diserikan oleh agamawan Habib Nael Ben Taher, Ustaz Basyir Azhari, Ustaz Fitri Abdullah dan Ustaz Adlu Kan Yong Sheng.


Sempena ulangtahun ini juga, MBPJ menawarkan penggunaan tempat letak kereta secara percuma , kolam renang, gelanggang badminton dan tenis. Selain itu juga 300 pendaftaran perpustakaan dan 1000 anak pokok diberikan. 


Semoga dengan sambutan dan usaha dari pelbagai pihak ini menjadikan Petaling Jaya sebagai sebuah bandar raya yang maju selaras dengan pelan strategik PJSSR 2023, "PJ Smart, Sustainable and Resilience 2023". Selamat ulangtahun buat Petaling Jaya yang ke-17 sebagai sebuah bandar raya !

No comments:

Post a Comment