Saturday, June 24, 2023

Pakej Percutian yang Berbaloi ke Hatyai Thailand Bersama KOPETRO Travel

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku berkesempatan bercuti ke Hatyai Thailand bersama kawan-kawan. Ini merupakan kali pertama aku berkunjung ke Thailand. Sangat teruja sebab ramai kata Thailand merupakan syurga makanan dan harga barang-barang dekat sana murah-murah belaka.


Memandangkan ini merupakan kali pertama aku jejakkan kaki ke negara Thailand, jadinya untuk selamat aku ambil pakej dari KOPETRO Travel sebab pakej percutian ke Hatyai mereka sangat berbaloi. Tambah-tambah kalau korang memang jenis malas nak memandu, bolehlah ambil pakej dari KOPETRO Travel nie. Semua benda termasuk dalam pakej mereka termasuklah penginapan dan pengangkutan. Sangat berbaloi !



Banyaklah tempat-tempat menarik di Hatyai sempat kami kunjung. Jom aku bawakan korang semua tempat-tempat yang wajib dikunjungi kalau ke Hatyai Thailand.

1. Chang Puak Camp

Chang Puak Camp merupakan antara lokasi tarikan pelancong yang menerima kunjungan yang sangat ramai setiap hari. Di sini, pengunjung boleh menunggang gajah dengan harga 500 baht sahaja. Sangat murah ! Buat mereka yang ingin rasakan pengalaman menunggang gajah, bolehlah cuba. Tapi aku secara peribadi, sangat tidak menggalakkan kalian lakukan aktiviti ini. Kesian tengok gajah-gajah tu bawa pengunjung yang berat di atas badannya.


Sebaliknya, aku sangat galakkan korang untuk bergambar bersama gajah. Mereka cas 100 baht untuk bergambar bersama gajah. Untuk harga ini, pengunjung akan dapat bergambar bersama gajah untuk 3 pose. Pengunjung juga boleh ambil gambar menggunakan kamera/telefon bimbit sendiri.


Maka dapatlah aku merasa diangkat oleh gajah. Best tau, dapat sentuh dan berada dekat dengan gajah tu. Jangan risau, sebab pelatih mereka ada di situ untuk awasi. Takut memang takut tapi bila lagi nak merasa pengalaman diangkat oleh gajah kalau tidak sekarang ? Hihi.

2. Big Bee Farm


Big Bee Farm merupakan sebuah lokasi di mana tempat ternakan lebah dan produk-produk yang dijual berasaskan lebah. Ia juga menjadi satu tarikan pelancong kerana harganya yang murah dan pelbagai jenis produk berasaskan madu dan lebah dijual di sini.



Sebagai seorang pelancong, sudah pasti kita mahu membawa ole-ole untuk dibawa pulang. Bolehlah beli produk-produk berasaskan madu dan lebah di sini utnuk dibawa pulang. Yang bestnya di sini, mereka boleh menerima bayaran menggunakan kad kredit/debit. 

3. Pantai Samila


Secara jujurnya, ini merupakan lokasi paling ditunggu-tunggu untuk aku kunjungi sebab di sinilah terdapat satu monumen yang cukup terkenal iaitu monumen duyung emas di tepi pantai. Pernah gempar satu ketika dahulu apabila monumen ini dibom oleh pengkhianat. Tapi monumen duyung emas itu telah dibaik pulih dan terus menjadi tarikan pelancong yang berkunjung ke sini.


Kena beratur ya nak ambil gambar di sini. Jadinya tolonglah cepat sikit posing dan muka tolonglah beri kerjasama yang baik. Kalau tidak, kesian orang belakang yang tunggu giliran nak ambil gambar. Pantai Samila nie terletak dekat kawasan Songkhla City. Dekat kawasan pantai nie ramailah yang jual makanan-makanan tepi jalan yang korang boleh cuba.

4. Masjid Songkhla


Pakej dari KOPETRO Travel ini juga akan membawa pengunjung ke Masjid Songkhla yang cukup terkenal kerana senibinanya seakan-akan binaan one of the 7 wonders of the world, Taj Mahal India. Memang seakan-akan, tapi Taj Mahal jauh lebih cantiklah. 

5. Singora Tram Tour


Sementara kami berada di kawasan Songkhla, jangan lepaskan peluang untuk mengambil pakej Singora Tram Tour yang disediakan. Jelajah ini dengan menaiki tram mengelilingi kawasan bandar Songkhla yang penuh dengan sejarah dan bangunan/kuil lama yang cukup bersejarah.


Pengunjung juga dapat saksikan banyak muzium, bangunan kerajaan dan juga kafe-kafe hipster yang terdapat di kawasan Songkhla ini. Boleh dikatakan memang cukup banyak kafe-kafe hispter dekat sini. Pilih je nak berkunjung kafe yang korang berkenan. Juga, terdapat banyak instagrammable spot dekat kawasan sini. 


6. Klonghae Floating Market

Ya, tak sah kalau datang Hatyai tetapi tidak singgah ke Floating Market. Ini merupakan lokasi wajib singgah. Kalau tak datang sini, ibarat macam tak jejaklah Thailand tu. Kau lebih baik patah balik ke sini sebelum masuk Malaysia. Malu ya dengan orang kampung kalau sembang datang ke Hatyai tapi tak singgah ke Floating Market dorang.


Secara umumnya, Klonghae Floating Market nie cukup terkenal dengan kepelbagaian makanan unik masyarakat Thailand yang dijual di sini. Jangan risau bab halal sebab kebanyakkan penjual di floating market ini merupakan orang Islam. Di sini juga terdapat banyak baju dan cenderamata yang dijual.

7. Lokasi Makan Sedap di Thailand

- Cafe Amazon

Buat penggemar coffee, WAJIB datang ke Cafe Amazon. Cafe Amazon nie ibarat macam Starbucks di Thailand. Cukup terkenal dan banyak cawangan mereka di sekitar Thailand. Harga kopi dorang ya Allah murah sangat. Sedap pulak tu ! Kafe dorang pon sangat instagrammable. Rasa macam nak singgah hari-hari. 


- Restoran Islam Pae Daeng, Pantai Samila

Ya Allah sedap gila makanan dekat sini. Paling sedap ialah makanan tradisi masyarakat Thai iaitu Ikan Siakap masak Keongsam yang dimasak menggunakan ubut kelapa. Sumpah sedap gila ! Bukan tu je yang sedap, boleh dikatakan semua menu yang kami makan dekat sini semuanya sedap-sedap.


- Restoran Steamboat Buffet Halal 299, Hatyai

Restoran Steamboat Buffet Halal 299 ini terletak dekat Hatyai. Kenapa dipanggil Restoran Steamboat Buffet Halal 299 ialah kerana sajian steamboat disini merupakan makanan halal dan harganya hanyalah 299 baht satu kepala. Ya Allah murah gila ! Buffet makanan dia pulak subhanaAllah ! Banyak gila dan meriah. Buat penggemar seafood, korang boleh pengsan tengok pilihan seafood yang ada dekat sini. Udang galah ya yang dorang jadikan buffet. Kau ada ?


- Restoran Rusdee Boat Noodle, Hatyai

Thailand memang cukup terkenal dengan mee kuah mereka. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba boat noodle di Restoran Rusdee Boat Noodle ini. Harganya murah dan rasanya tiada tandingan. Ramai gila pengunjung datang makan di sini dan jangan risau sebab restoran nie memang cukup luas.


- Seaverse Cafe & Restaurant

Nak masuk tempat nie kena bayar 30 baht satu kepala. Murah je kalau convert duit Malaysia. Dalam nie bukan tempat untuk makan sahaja, tapi tempat untuk korang ambil gambar dan cuci mata juga. Banyak spot-spot menarik untuk bergambar. Sangat instagrammable ! Bila dah berpeluh-peluh bergambar tu, bolehlah singgah ke kafe mereka dan mencuba minuman atau makanan yang dijual di sini. Tapi kami beli air je untuk hilangkan dahaga. Buat raso-raso kata orang.


8. Lokasi Shopping Barang di Thailand

-  Nora Plaza

Sekiranya korang mencari barang-barang yang berasaskan kulit, boleh singgah ke Nora Plaza. Di sini terdapat banyak barangan kulit yang dijual dengan harga yang jauh lebih murah kalau nak dibandingkan di negara kita. Tambahan pula, pelbagai jenis kulit yanga da dekat sini, kulit lembu, kulit kerbau, kulit ikan pari, kulit burung unta, kulit buaya dan macam-macam lagi. Memang cukup menarik. Dan setiap pelanggan akan mendapat potongan 20% setiap pembelian.


- Kilang Gajus @ Ranu Kohyo

Di Kilang Gajus ini korang boleh beli macam-macam barangan kering yang cukup terkenal di Thailand. Biasanya korang akan nampak makanan-makanan nie dijual di Tiktok. Kalau dah sampai ke Hatyai nie, bolehlah terus beli di sini. Harganya sudah pasti lebih murah dan berbaloi kerana mereka jual secara borong.


- Rosecarree 

Buat mereka yang mencari kain sutera asli, boleh datang ke Rosecarree yang terletak di Hatyai ini. Kain sutera di sini asli dan harganya cukup berpatutan. Kain ela ada, kain tudung ada, kerongsang ada, aksesori ada dan macam-macam lagi. Bukan untuk wanita sahaja, malah barangan untuk lelaki pon turut dijual di sini. 


- Asean Night Bazaar

Satu lagi lokasi untuk korang borong barang-barang seperti baju, aksesori, produk-produk kesihatan/muka dan macam-macam lagi. Juga terdapat di sini ialah port tempat makan yang menyajikan pelbagai makanan masyarakat Thailand. Harga dia ya Allah, kalaulah perut aku nie tiada kapasiti, aku rasa semua makanan aku nak cuba.


- 7eleven

Kata orang, kalau datang Thailand, wajib singgah 7 Eleven dorang. 7E dekat sana tak macam dekat Malaysia ya. 7E mereka merupakan one stop center untuk pelbagai jenis barang. Sangat meriah ! Terutama sekali bab makanan. Jangan lupa cuba burger 7E mereka. Beli banyak-banyak buat stok bawa balik Malaysia. Hihi.

-----------------------------------------------------------------------------------

Secara keseluruhan, sangat berpuas hati ambil pakej 4 hari 2 malam ke Hatyai bersama KOPETRO Travel. Seronok sebab banyak lokasi yang tidak ada dalam senarai pakej, tapi ketika trip tersebut mereka bawa kami semua ke lokasi-lokasi tambahan. Sangat recommended untuk ambil pakej dari mereka sekiranya korang pertama kali berhajat ingin ke Hatyai sebab pakej dorang sangat murah tau. Pakej tersebut termasuk penginapan dan pengangkutan. 


Bahkan hotel yang kami inap selama 4 hari 2 malam tu pon selesa. Penginapan termasuk sarapan pagi. Cumanya aku nasihatkan korang untuk bawa universal charger dan juga extension plug. Kalau tak bawa universal charger, boleh beli dekat pekan dorang, dalam 40 baht je universal charger yang simple.


Selain universal charger, jangan lupa beli simkad dorang juga. Mudah untuk korang gunakan internet di sana. Boleh je roaming gunakan telco yang korang pakai. Bergantunglah pilihan masing-masing. Aku beli dengan kawan aku untuk telco Thailand. Murah je dalam RM20 untuk 15GB internet. Masukkan je sim kad dekat telefon, auto terus boleh guna.


RM379 (Pengangkutan + Penginapan)
RM659 (Pengangkutan + Penginapan + Makan)

Satu trip yang penuh suka dan suka dan suka. Tiada duka. One of the most memorable trip i ever had in my life. InsyaAllah ada rezeki, kita akan berkunjung semula ke Thailand untuk terokai bahagian lain di Thailand pula.



Terima kasih buat KOPETRO Travel kerana membawa kami jelajah sekitar Hatyai - Songhkla - Danok selama 4 hari 2 malam. Alhamdulillah kami pulang dengan selamat ke Malaysia. Perjalanan dan trip sangat smooth, bahkan urusan imigrasi pon sangat lancar. Tak kena tunggu lama pon macam yang digembar-gemburkan oleh orang ramai.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej dan KOPETRO Travel, bolehlah layari pautan berikut : 


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...