Monday, September 5, 2022

Berhujung Minggu Nikmati Hidangan Kopitiam @ Corus Hotel Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Rasanya belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat hari kemerdekaan negara yang ke-65 buat semua warga Malaysia. Bersempena bulan kemerdekaan haritu, Corus Hotel telah mengadakan satu promosi iaitu Kopitiam @ Corus Hotel pada setiap minggu bermula 27 August sehingga 25 September ini. Ikuti butirannya !


Alangkah satu nikmat dapat menikmati hidangan ala-ala kopitiam tetapi lokasinya di sebuah hotel. Pasti ia memberikan satu pengalaman yang cukup selesa dan berbeza. Yang pasti, rasa dan menu-menu yang biasa dijumpai di setiap kopitiam ada disajikan di sini. 




Apakah menu yang cukup significant di sebuah kopitiam restaurant ? Nyonya Mee Kari, Bubur Teochew, Nasi Lemak, Assam Laksa dan banyak lagi. Semuanya terdapat di Kopitiam @ Corus Hotel. Paling best, Roti Bakar Telur Goyang kegemaran aku juga turut dihidang di sini. Sedang dapat makan Roti Bakar Telur Goyang sambil hirup Kopi O Panas. Dappnya !




Bolehlah rancang dengan kawan-kawan untuk sama-sama menikmati promosi Kopitiam @ Corus ini pada setiap hujung minggu. Promosi 4 bayaran dewasa percuma 1 orang dewasa makan. Sangat berbaloi sebab walaupun ia berkonsepkan kopitiam tapi ia dihidangkan secara buffet yang mana korang boleh tambah dan refill sebanyak mana yang korang sampai kenyang. Berbaloi kan ?




Butiran harga Kopitiam @ Corus

Dewasa : RM58.00 nett
Kanak-kanak : RM38.00 nett

Promosi berlangsung : Setiap Sabtu & Ahad bermula 27 August sehingga 25 September
Waktu : 12 tengahari sehingga 3 petang


Korang boleh terus walk in sahaja tanpa perlu tempah dan boleh menikmati promosi 4+1 tu. Tapi sekiranya korang menginap di Corus Hotel pada hujung minggu,korang boleh menikmati 15% diskaun daripada jumlah keseluruhan bill. Boleh hubungi F&B Digital Marketing mereka di talian 03-2161 8888 ext 179.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...